Monday, February 2, 2009

Makan tak Ingat Dunia kat Restoran Yuen Buffet Steamboat

Pada 30/01/09 (Jumaat) lepas; aku dan group syarikat aku kerja telah ke restoran buffet yg famous amos di sunway mentari, iaitu Restoran Yuen steamboat buffet. yg join aku kali ini ialah En rosli, saiful, khairul, azmir, aizan, sharizal dan najib. dalam ramai tu yg pernah ikut aku ke restoran tu cuma en rosli dan khairul. yg lain adalah kali pertama. untuk aku dan khairul, ni tah kali ke berapa puluh pun kami dah tak ingat.

mulanya ramai yg agak ragu2 nak joint takut tak halal dan tak berbaloi. maklumlah aku syaratkan rm30 sorang utk ikut yg meliputi makan, pengangkutan, tol dan sebagainya. jam 8pm kami gerak dari port klang. dah 8 orang, semestinya 2 kereta. kalau pakai lori, satu je lah. korang tengoklah saiz sorang2 cam badak air.

alhamdulillah sampai mmg cantek la sebab ngam2 ada parking dekat2 situ je. tak perlu menapak jauh. bab parking jauh ni menyusahkan bila lepas makan, maklumlah dengan perut yg sendat, memang menyeksakan kalau jalan jauh. kuang.3x.

alhamdulillah jugak sebab kami tak perlu menunggu lama. kami tunggu kurang 5 minit dah dapat meja. kami tengok geng2 yg menunggu lama jaki je tengok kami dapat tempat dulu. lain kali nak datang baca bismillah, langkah kaki kanan dan tekan minyak pakai kaki kanan.

apa? info? Ni hah....

Nama : Restoran Yuen Buffet Steamboat
Lokasi : Rujuk alamat terbaru seperti dibawah
Speciality : Steamboat Buffet (makanlah sampai boncet). chicken wing (terayaki sauce grill chicken wings??).
Harga : RM19.80 sorang (dewasa)tidak termasuk minuman dan 5% cukai kerajaan.
Waktu Operasi : 5.30PM - 11.00PM Setiap Hari

Ni hah rupa restorente tu.. kat area situ mmg byk restorente buffet, yg ni the best.



Ni antara pilihan makanan yg ada. restorente ni ada 3 tingkat, dan setiap tingkat mempunyai pilihan sendiri. tak perlu berebut2. cuma time aku nak ambik je, ramai je nak tayang muka. malas nak ambik muka2 tak semenggah diorang tu, kalau amoi2 ke awek2 ok lah. gambar mee, meehoon, nasi, buah2, kuih muih dan ais krim aku malas nak ambik gambor.









selain buffet makanan laut dan lain2 sayuran, ni yg mesti korang cuba kalau datang sini. chicken wings! ada orang kata nama dia terayaki sauce grill chicken wings, ada orang kata honey chicken wings. lantak koranglah nak namakan sebagai ape, tapi rasa dia memang sedap. kalau group aku pergi, mesti 3 kali berebut sebab kalau lambat mmg abis le... ramai peminat ayam ni. ni aku saje gambar dengan chicken wings tu, khairul tu saje aku ajak bergambar sekali sebab memang dia je tukang berebut kalau datang. dia kulit tebal sikit, so boleh berebut tanpa kemalu-kemaluan.



Ni 7 antara 8 org yg join sesi makan kali ni. yg sorang lagi mestilah kena ambik gambar. asyik2 aku je ambik gambar, bila muka aku nak masuk gambar.



Untuk kali ni, aku berhenti makan agak awal, malah aku org terawal berhenti makan. sebabnya aku dah nak kurangkan berat badan, yg kedua aku kena drive. kalau sendat sgt perut, aku lebih suka mengular je jadi co-pilot. melihat org lain sedang asyik masyik menambah ketam dan udang. aku hanya senyum sambil menikmati buah tembikai dan agar2. disusuli pula dengan makan ais krim 6 scoop. Alhamdulillah, cukuplah dengan rejeki sebanyak itu kali ni.

tapi untuk kali ni si saiful yg kali pertama sampai menjadi orang yg paling banyak melantak. semua org dah berhenti, tapi dia masih ambik udang lagi. org lain dah penutup ais krim dan buah, dia masih meratah udang. pergh! nampak perut kecik, tapi buleh tahan jugak buruk melantak dia dia. kuang.3x. buleh jadi member tetap group aku ni kalau bab2 makan.

Dikemaskini 10/4/2014:
Restoran ini telah berpindah ke alamat seperti berikut:

8G, Block A, Zenith Corporate Park, 
 Jalan SS7/26 Kelana Jaya 47301 (behind Paradigm Mall).
012-2998463 or 016-2086678 for reservation/enquiries. 

13 comments:

Monkey D Luffy said...

adoi... steam bot ni yang buat aku nak torai ni

cendawanintim said...

stimboat????

tengok gambo pon aku dah stim nih..!!

izman said...

monkey d luffy,
totai jgn tak torai. best gile o....

izman said...

cendawanintim,
ko ni nampak cendawan, nampak stimboat terus je stim. tapi memang best. Pergh! kecur lagi air liur aku.

izZti.izztiHa ;-) said...

wahh..sedapnyer..mmg bole byr sekali mknsmpi kenyang ek? nk g lah..huhu..

izman said...

izZti.izztiHa,
yup, makan sampai kenyang pastu bayar. seafood dia pun pelbagai pilihan dan fresh. tak rugi mencuba.

SUZIE APAI said...

hiks..konpius..pinggannye kecik ke..korang yg besor kababom dlm gambor tu?

izman said...

suzie apai,
err..3x. org yg besar kot. lupa nak ambik gambar sebelum dan sesudah makan. sorang2 naik mau 5 kg.

eiman@nurizan said...

sunway mentari tu mentari court ker? dekat je ngan umah aku ni haa.. haha

izman said...

eiman,
tah la, aku tak pasti. tapi sunway mentari tu bangunan2 depan sunway piramid tu ler.

Murni Daniel said...

ingat kan tak halal ...SBB tuu x masuk..name pun cine....next time nak cube lab...

Michael Yong said...

Yuen Buffet Steamboat has moved to 8G, Block A, Zenith Corporate Park, Jalan SS7/26 Kelana Jaya 47301 (behind Paradigm Mall).You can call 012-2998463 or 016-2086678 for reservation/enquiries. Check out their website http://www.yuenbuffetsteamboat.com.my/ and https://www.facebook.com/yuenbuffetsteamboat 

Bunga Seindah Biasa said...

sy amil gambar satu. mintak halal ye huhu