Saturday, February 14, 2009

Kenapa Ayah Buat Ummi?

Malam semalam (13/02/09) atas ajakan kawan yg ada urusan di bandar sri damansara, aku pun follow je. selepas selepas urusan, kami kemudiannya singgah di hentian rehat sungai buluh untuk menikmati kesedapan sate kajang haji samuri. inilah kali pertama dalam tahun ni aku makan sate ni. sekeping gambar untuk sakitkan hati orang yg memandang.



untuk semalam kami bedal sate ayam dan sate lembu. sebab kepanasan, aku bedal air nescafe ais. sate perut dan hati kami dah boring dan muak makan sebelum ni. sate kambing pulak aku tak gemor. sate arnab? aku makan tapi bila teringat kucing trus tak lalu makan. sate rusa pon aku bedal gak, tapi bila banyak duit le sebab mahal. sate ikan aku pantang makan. bukan pantang jumpa, tapi pantang betul2. sebab apa dipantang makan sate ikan kekacang tu kena la tanya moyang aku yg aku sendiri pun tak sempat jumpa. kalau mengikut crita datuk aku dulu ada crita disebalik tegahan memakan ikan kekacang bagi keluarga kami. nak curi2 makan takut pulak. so, kalau aku teringin makan ikan kekacang aku makan je ikan dan kacang sekaligus.

hari ni just normal day. ok.. sebab entri aku tak sah kalau tak panjang, aku stori sikit pasal gelagat anak aku si pika masa makan semalam.

lepas makan wife aku mula loya2 dan ke bilik air untuk wek2. biasalah tengah pembawakan. melihat ummi dia yg asyik wek2 dan lama di bilik air, pika mula menyusul dan bertanya umminya.

pika : kenapa ummi?
ummi : ummi muntah.
pika : ummi sakit ke?
ummi : tak. ummi muntah sikit je.
pika : sape buat ummi muntah?
ummi : tanya ayah.

pika berlari ke arah aku dan PEDEBUB! satu pukulan tangan kanan dari anak perempuan kesayangan aku mengenai bahu aku.

ayah : aik! kenapa pukul ayah?
pika : ayah buat ummi.
ayah : ayah buat apa?
pika : ummi muntah la..
ayah : (tersenyum) O0.... itu tanda dia pika dah ada adik. pika kata nak baby.
pika : mana ada baby...
ayah : ada! baby ada dalam perut ummi. nanti baby keluar lah nanti.
pika : pika nak baby. pika nak baby (sambil berlari ke arah ummi dia yg sedang makan asai boi didapur.

18 comments:

Tirana said...

Kadang2 seronok melayan kerenah budak kecik..menghiburkan..

izman said...

tirana,
memang seronok dan menghiburkan.

alhaqimi said...

tahniah!!

huhu: comey sungguh anak kecik neh. sincere betol soalannya!

selamat menempuhi sekali lagi nak berorang baru!

izman said...

alhaqimi,
trima kasih. budak2 biasalah..

eiman@nurizan said...

dah nombor berapa yang dalam perut tuh??

arsaili said...

salam bro..tahniah...rezeki meramaikan umat....semoga bertambah murah rezeki

Monkey D Luffy said...

hahaha... lawak lah anak ko

e-leeyana said...

wahhh...gud news ni..patut dapat makan free ni (kenduri)..congrats congrats..pandai ummi melarikan diri dari menjawab soalan pika kekeke

cendawanintim said...

tu la kekadang bebudak nih...tak teralyan kita ngan soklan2 diaorang..

ILA said...

tahniahhhhh!!diam2 nak tambah 3 yeakkk;)

psstt..diam2 ubi berisi:p

izman said...

eiman,
ini bakal anak ke3.

izman said...

arsaili,
trima kasih bro.

izman said...

monkey d luffy,
he.3x... nak lawan ayah dia kot.

izman said...

e-leeyana,
kenduri nanti. biasa ayah dia yg kena jawab. ayah kena tanggungjawab.

izman said...

cendawanintim,
tak terlayan, tapi seronok.

izman said...

ila,
he.3x. menda tu mana buleh buat kecoh2.

nadya said...

aku ingat, cukup lima tahun nanti...botak ler ko mey...

izman said...

nadya,
siapakah anda? adakah kita saling mengenal sehingga nama manja ku disebut? ish!3x...

kenapa 5 thn aku bakal botak? pening2 (sambil garu kepala). nampak gaya belum 5 thn dah botak la kalau memikir ni...