Terima kasih atas tinggalan komen2 dan ucapan2 selamat hari jadi daripada sahabat2. aku amat hargainya. titik.
aku nak stori sikit psl jalan2 aku sekeluarga sabtu lepas. belum basi lagi rasanya. macam biasa kalau ada pesta buku disekitar shah alam, aku memang tak tahan bontot, memang nak pergi. terutama kalau kat kompleks pkns. biasalah, inilah masa nak borong buku/novel dengan harga yg agak murah berbanding belian dikedai.
kebetulan dari 30/01-01/02/09 lepas ada pesta buku alaf 21 di kompleks pejabat dan kilang mereka di shah alam, aku sekeluarga meredah ke sana. apatah lagi dah excited nak jumpa sahabat maya yg baik hati iaitu abang long. dari port klang kami gerak ke shah alam lepas makan tengahari. then singgah sebentar utk solat zohor diperjalanan.
kami sampai di alaf 21 sebelum jam 2pm. ngam2 ho kami sampai hujan turun dengan lebatnya. nasib baik ada payung besar. tindakan alaf 21 mendidikan khemah sementara untuk pesta buku tu amat bagus kerana org ramai tak perlu bersesak2 dalam pejabat jualannya yg sempit.
di situ sempat juga aku jumpa dengan abang long yg ramah, dan turut berjumpa juga dengan saudara mersik yg menjadi moderator blog alaf 21 fan club. masa yg singkat itu amat berharga dan bangga berkenalan dengan otai2 novel ni. bagi aku diorang ni memang diehard fan alaf 21. macam aku ni baru jadi ahli kelab mereka, dan macam biasa aku tak taksub dengan mana2 publisher. cuma aku lebih selesa dengan karya2 novelis yg jujur berkarya dan bukan setakat tangkap muat.
malas aku nak crita panjang bab pesta buku alaf 21 kerana aku dah crita panjang kat blog hobi aku di www.interestinghobby.blogspot.com. korang pergilah sana kalau free nak tau tentang hobi.
lepas puas shopping sakan dengan diskaun setinggi 30% termasuk buku/novel baru dan terdapat juga novel2 lama dengan harga Rm5.00 sebuah, aku benar2 kepokaian. rasanya lebih 10 buah buku berjaya aku beli. isteri aku membalun beberapa buah buku resepi. anak2 pula membeli buku2 bacaan dan novel (novel??) diorang ambik, bila aku nak letak balik, meraung sakan. so, beli je lah.
then aku ke komuter shah alam utk menikmati kesedapan goreng pisang azmi. aku dah jadi penggemar goreng pisang ni sejak lebih kurang 7-8 tahun lepas. masa tu aku kerja kat seksyen 15 shah alam. aku diperkenalkan ke gerai goreng pisang azmi ni oleh ex-girlfriend aku dulu. mula2 tu dia ajak, aku rasa bodoh je nak pegi. apa nak kalut kalau setakat goreng pisang, apatah lagi dia beritahu kena berbaris. ingat aku budak2 sekolah ape nak berbaris2.
kerana sayang, akhirnya aku mengalah dan ikut jugak ke gerai tu yg jaraknya cuma kurang 2 kilometer dari opis kerja aku. first impression aku bila sampai ialah " ek eleh, gerai cinonet je. apa yg best sangat sampai baris2 ni. lembab betullah mamat gerai ni". dalam kekelatan hati aku berbaris jugak le. tak pe makwe comel dan seksi ikut berbaris. dalam ramai2 tu aku yakin ramai org berbaris doq usha awek aku sambil berkata "cilakak punya jantan tu. tak padan ngan kulit gelap, awek pergh! putih siot. macam cine. seksi pulak tu. ni mesti pakai minyak senyonyong". "minyak2 tak main le brader, ni ayat power punya" kata aku dalam hati. (kena ketuk aku nanti kalau bini aku baca ni. mesti jeles punya)
apa tajuk tadi? oh ya... goreng pisang azmi. dalam doq baris kali pertama beli tiba2 ada satu mamat melayu dengan pakai tali leher keluar bmw dengan satu marka. dia menonong je lintas barisan ke aras gerai. tiba2 ada mamat lain sound dia
mamat berbaris :"woi, brader, barislah.
mamat tali leher : u nak baris, barislah. u nak beli pisang awak, saya nak beli goreng ubi.
mamat berbaris : tak kire lah beli pisang ke ubi. barislah. tak kan lintas barisan.
mamat tali leher : u sibuk2 apsal. nak baris, baris le. saya nak ubi je.
mamat berbaris : (keluar barisan dan menumbuk mamat tali leher. nasib baik dileraikan oleh org ramai. mamat talileher kemudian blah. aku? tengok je sebab tergamam psl goreng pisang sampai gaduh2)
setelah berbaris dlm 20 minit akhirnya dapatlah beli rm2 hengget. dalam kereta aku cuma merasa satu. Pergh! sedap siot! rasa nak turun balik beli lagi 2-3 hengget. sejak hari tu aku jadi penggemar setia mereka hingga hari ni walaupun jauh, aku redah jua. tak le kerap 2-3 bulan sekali memang pegi ler.
ni sedikit gambar yg sempat aku snap.
untuk hari sabtu tu aku beli rm3 hengget. ia agak murah iaitu seposen sekeping. aku beli extra sehengget sebab nak bagi jiran aku rasa. dan dia terus jadi suka. lain kali beli sendiri yer! yg best lagi pasal goreng pisang ni ialah walaupun dah sejuk, ia masih sedap dan gurih. crita goreng pisang azmi ni jangan tak percaya yg diorang dah terkeluar dalam rangcangan "Ripley's: believe its or not?". aku tak tipu, tak caya ko tanya pengacara rancangan tu dulu vanidah imaran (V) dan rosyam noor.
10 comments:
Izman, pasal goreng pisang Azmi ni memang betul sedapnya. di Taipan USJ ni pun ada branch dia di Restoran Andaman. Sebenarnya restoran tu dah susah gak nak hidup sbb kena bersaing ngan Restoran2 'mamak' yang popular2 tu, tetapi oleh kerana ada pisang goreng Azmi kat situ, restoran tu boleh bertahan bertahun-tahun. Pembelinya bukan ajer orang kita, tapi tahu sajer ler kat USJ ni, Caa yg ramai, mereka pun sanggup berbaris, dah tu beli bukan sikit2, paling kurang RM5.Nekcun kalo nak makan pisang goreng Azmi tu kena makan kat restoran tu sekali, so diaorang boleh beri cepatlah sikit sbb kita beli air depa sama. Kalau takat beli goreng pisang ajer... berbaris ler lu... silap2 bila sampai turn kita, kena tunggu plak sbb pisang masih dalam kuali... hehehe...
tak pasal2 sorang kena belasah pasal gerai pisang tu... mesti power..
nekcun,
cayalah nekcun, at least bukan saya je kata sedap. dengar crita diorang dah ada 3 cawangan. alhamdulillah, psl niaga grg pisang diorang hidup senang.
monkey d luffy,
org melayu ni tu je aku tak suka. parti gaduh, agama gaduh, anak gaduh, makbapak gaduh. berbaris beli goreng pisang pun gaduh? sampai bila la bangsa kita nak maju....
kira ni ler goreng pisang paling sedap yang ada kat mesia nih...siap masuk tb lagik..
bila la aku dapat merasa..
cendawanintim,
kire plg sedap kat shah alam/klang la...
ko nak aku kurier ke? kuang.3x.
huhuuu...windu itu grg psg lerrr. tp skrg sudah pindah johor maaaa... sila kurier seposeng!
suzie apai,
tak ikan nak seposeng je, kos kurier pun berganda2 rega dia.
kalau rindu, turun le pekena kat shah alam.
Izman, ya...memang tidak dinafikan sedap...sehingga menjilat jari...hehehe ...
ada sorang kawan akak kat office pemurah...setiap kali pergi dia akan beli banyak-banyak...memang banyak , sampai RM20.00 !!! untuk kita orang semua makan kat office...
nurazzah8,
rasanya ramai dah cuba kesedapan grg pisang dia. mak ai... banyaknya kawan akak sekali beli.
Post a Comment