Tuesday, February 17, 2009

Aduhai Bahasa Melayu

hari ni agak pening dengan pelbagai aktiviti. interview, briefing, meeting dan prepare awal utk payroll.

isu2 semasa pergolakan di perak, pilihanraya dua bukit tak menarik hati aku. cuma yg aku agak ingin menyokong ialah gerakan membantah penggunaan bahasa inggeris untuk pembelajaran matematik dan sains di sekolah. kenapa aku bantah? sebab aku tak suka walaupun aku tak berkenaan, ini melibatkan maruah dan martabat bahasa kita.

secara jujur ini isu lapuk, dah beberapa tahun kot menda ni dilaksanakan. mana pejuang bahasa duduk masa tu? diorang tidur atau berita mereka ditiadakan dalam berita arus perdana kerana menentang dasar gomen. namun aku bangga juga dengan gapena (gabungan penulis nasional) yg akhirnya tersedar dan memperjuangkan dengan bersungguh2. ini bukan perjuangan sia2 kerana pejuang2 bahasa yg terdiri dari pelbagai proffesor yg turut serta malah bekas ketua dewan bahasa dan pustaka (dbp)juga. bekas ketua dbp ada, yg sekarang mane? tidur jugak lagi? gomen mula2 tak hirau akhirnya turut melenting bila laporan polis dibuat dan akan bawa ke mahkamah.

biarlah jadi isu mahkamah, aku sokong. isu soal kedaulatan bahasa melayu. kementerian pelajaran (atau pendidikan) yg sinonim dengan menteri melayu suka2 hati mak diorang tukar bahasa melayu jadi bahasa malaysia. dan orang melayu hilang bahasa. orang india ada bahasa tamil, org cina ada bahasa mandarin, tapi orang melayu cuma ada bahasa malaysia yg dipunyai oleh semua. salahkan digelar bahasa melayu, dan kita guna ramai2? malukah kita sebut bahasa kita sebagai bahasa melayu sebagaimana kita malu nak mengaku kita orang melayu.

dbp pada aku cuma boneka. tiada power rangers langsung. bak kata orang kampung aku "kerandut besar dan labuh tapi tiada telor". kementerian yg jaga sekolah pun sama je lah. species sotong. mereka buleh kata dasar pembelajaran dengan bahasa inggeris berjaya sebab grading mereka tentukan. bila ramai markah rendah, mereka turunkan grading. jadi semua nampak pandai. itu tokwan akupun tau.

orang jepun, korea, cina semuanya belajar guna bahasa ibunda mereka. mereka cerdik jugak. dan kita masih mengguna mesin dan kepakaran depa walaupun semua mesin dalam bahasa depa. jepun terus jadi bangsa yg moden, dan berdaya saing walaupun guna bahasa tok nenek dia. faktor utama kita malu mengaku bahasa melayu pernah jadi bahasa lingua franca. kenapa orang putih nak belajar bahasa melayu pergi indonesia, bukan ke malaysia? sebab kita malu mengakui bahasa melayu yg paling hebab.

ramai kawan2 aku cikgu dan aku tau ramai yg sama mangkuk dengan aku dalam bahasa inggeris. murid kita belajar matematik dalam bahasa melayu pun merangkak2 ni nak belajar dalam bahasa inggeris. dua kali susah hati. cikgu yg mengajar juga aku berani cakap majoriti cakap bahasa rojak bila mengajar.

pada aku bahasa melayu dah jadi bahasa kelas kedua di malaysia. sapa nak perjuangkan bahasa melayu? tak mungkin orang macam aku yg tak reti nak bezakan subjek dan predikat, beza kata aktif dan kata pasif. mestilah pada gomen yg majoritinya melayu, dbp yg tugasnya mendasar bahasa. kalau menda baru keluar pun baru terfikir nak namakan produk 'baharu', apa kejadahnya! dah 50 tahun kita guna perkataan ba'ru, tiba2 terfikir nak disebut ba'ha'ru? baru'a betul.

kesilapan bahasa melayu dimana2, ada orang kesah. kat blog itu bersifat tidak formal, macam mana dengan di akhbar, papan tanda jalan, iklan, media cetak, media elektronik. kerja sapa tu? DBP?

tak malukah kita suatu hari nanti bila anak2 kita dah lupa bercakap bahasa melayu? atau bercakap melayu yg ayat2 melayunya dah tak wujud. dulu kita mengasimilasikan bahasa asing untuk memperkayakan bahasa kita. tapi masih perlukah semua bahasa asing kita ambil dan menda yg sama dalam bahasa kita ditiadakan. aku yakin dengan kebanjiran ramainya rakyat asing seperti indonesia, bangla, pakistan, india, nepal, vietnam, rohinya, afrika dan sebagainya; lagi meriah kosa kata dan perbendaharaan kata kita suatu hari nanti. shame on umeno yg tak reti jaga warisan melayu.



nota kaki :
aku cuba baca beberapa kali sebelum publish dan aku masih pening dengan gaya bahasa dan susunan ayat yg berterabur. sama peningnya aku memikir apa nak jadi nanti dengan bahasa melayu. argh! layan je lah.

8 comments:

Muhammad Azli Shukri said...

sedih melihat nasib bahasa Melayu.

cendawanintim said...

aku pon sedih...

izman said...

muhammad azli shukri,
inilah nasib bangsa kita yg gah luaran saja.

izman said...

cendawanintim,
nasib baik ko sependapat ngan aku. hidup cendawan. aku raikan dengan makan sup cendawan malam ni. yi haa....

KV said...

aku tak reti bahasa inggeris. Tu sbb aku bersyukur aku tak jadik cikgu sains dn matematik. Karang aku yg stress. Bukan murid2. Hihi
Dan aku sgt fasih berbahasa melayu. SPM dat 1 tau. Hiks (bangga ni!!)

Mak Su said...

aku dah mula nampak anak-anak yang keciciran kerana pendekatan yang diberikan tidak membantu mereka menguasai bahasa inggeris dalam pelajaran yang menggunakan bahasa inggeris :(

good lah... good lah.... banyakkan lagi golongan yang gagal.

(bahasa aku pun dah jadi rojak)

nadya said...

Hallo mey,

1. Tentang isu bahasa ni aku kurang setuju sikit dengan pendapat kau.

Bila memperbincangkan mengenai isu bahasa, aku ada suatu perasaan berbelah bahagi sedikit. Ini kerana kedua-duanya aku setuju.


2. Aku melihat dikaca tv, dimana golongan pejuang bahasa (Gerakan Mansuh PPSMI) ini, yang penuh semangat, menghantar memorandum mereka kepada Hishamuddin (Menteri Pelajaran).
Namun, apabila mereka (Datuk Dr, Hassan Ahmad, Pengerusi GM PPSMI) ditemuramah oleh wartawan, dia menjawab menggunakan bahasa Inggeris.

Macam mana ni.. Disini aku dah pening. Ibarat cakap tak serupa bikin.

Apabila wartawan menemuramah YB Ku Li, maklumbalas beliau pun dalam bahasa inggeris...

Tambah aku pening. "Macam mana ni ?" kata aku dalam hati.

3. Namun begitu, berbalik kepada isu bahasa untuk sains dan matematik ini, pada pendirian & pendapat peribadi aku, aku amat berharap agar ia terus dikekalkan.

Kenapa ?

Kerana aku merasakan isu PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris)itu isu kecil.

4. Mereka sepatutnya memperjuangkan perkara yang lebih besar iaitu mewujudkan satu aliran sekolah di negara ini. Kita ada sekolah aliran tamil & cina. Bila Mukriz perkatakan soalan ini, takde sesiapa pulak nak menyokong perjuangan dia. Alasan... takut kaum2 lain kecil hati... "Apa ini ?"

Dalam perlembagaan mengatakan Bahasa melayu merupakan bahasa kebangsaan namun bahasa lain boleh diajar di negara ini. Jadi kenapa tidak dibuat sekolah kebangsaan untuk mengajar akan bahasa ini. Ia lebih menguntungkan bahasa melayu disamping mengeratkan integrasi kaum.

5. Bila orang berkata melayu hancur jika kehilangan bahasa melayu aku kurang setuju. Bagi aku pendapat itu terlalu subjektif.

Aku melihat perkembangan masyarakat melayu di Singapura. Generasi pemuda pemudi Singapura didedahkan pada dasar pembelajaran yang menggunakan medium bahasa inggeris sepenuhnya.

Hasilnya, majoriti mereka kini menghadapi kesukaran berbahasa melayu. Namun begitu adat & kebudayaan melayu masih kekal... Semangat pun sama... Jadi dimanakah hancurnya melayu.

Kalau dikatakan melayu kehilangan identiti kerana kehilangan bahasa melayu, itu aku setuju. Ini kerana aku melihat pemuda pemudi melayu jadi begitu. Mereka lebih mudah berhujah menggunakan bahasa inggeris berbanding melayu.Ini kerana pendedahan bahasa 100% inggeris. Namun didalam konteks PPSMI, ia bukan suatu aplikasi yang menyeluruh. Cuma tiga matapelajaran yang menggunakan bahasa inggeris. Sains, matematik & Bhs inggeris. Mana bukti yang menghancurkan bahasanya.

6. Kita membuat perbandingan negara seperti Jepun, Jerman, Rusia, Korea yang boleh maju dengan bahasa mereka. Masalahnya kita sama ke seperti mereka. Cuba lihat sejarah mereka. Saat kita masih berkeris, mereka sudah menggunakan senjata api. Saat mereka sudah menggunakan teknik pembedahan didalam perubatan, kita masih lagi menggunakan asap kemenyan. Teknologi mereka jauh.

Tahap disiplin dan kecintaan mereka terhadap ilmu pun hebat.Kita lupa hendak melihat, saat dimana mereka seperti kita mereka menceduk bahasa siapa.
Dizaman kegelapan di Eropah, banyak para sarjana mereka boleh berbahasa arab kerana teknologi arab merupakan teknologi yang termaju didunia semasa itu. Malahan, didalam bahasa perancis, terdapat banyak perkataan-perkataan arab didalamnya.

Bahasa Inggeris yang diguna pakai kini bukannya bahasa yang asli. Didalamnya terdapat banyak perkataan-perkataan yang diceduk didalam bahasa2 yang lain sehingga menjadikan ia suatu yang komprehensif. Namun apabila bahasa melayu kita menceduk bahasa2 ini, orang label sebagai pencemaran bahasa pulak... contohnnya "Sure heboh".

Alasannya, sebab kita ada perkataan 'pasti'.

Jadi apa salahnya jika kita ada 2 perkataan yg membawa maksud sama. Bukankah ia mencambahkan kosa kata bahasa melayu itu.


7. Kenapa mesti kita bergerak kebelakang. Budak-budak kita sukar sikit belajar dalam bahasa inggeris, kita kasi tukar kepada bahasa yang mereka mudah fahami. Jikalau begitu dimana gah nya yang kita ingin kita tunjukkan ...Dimana semangat melayu kita "Tak akan melayu hilang didunia" .

8. Bila bercakap soal ilmu, setiap individu perlu menempuh kesukaran. Sebab itu dinamakan mencari ilmu.

Agama Islam mengajar "tuntutlah ilmu sampai ke negara cina. "

Kita lupa ke kata2 itu.
Jadi didalam konteks ini sepatutnya pejuang bahasa melayu memikirkan bagaimana anak2 melayu ini boleh belajar menggunakan bahasa inggeris tanpa meminggirkan bahasa melayu.

Kalau tanya saya, jawapan saya satu aliran sekolah.

9. Kalau tak, kita kena rombak kontrak sosial secara keseluruhannya iaitu dengan cara menjadikan bahasa melayu bahasa yang membawa kekayaan atau pulangan material.

Maksud saya disini, Kalau di Indonesia, seseorang yang tidak pandai bertutur didalam bahasa melayu akan berasa sukar untuk melaksanakan aktivitinya perniagaanya.

DiMalaysia, kita lain. Kerajaan mengutamakan bahasa melayu tetapi syarikat swasta menggunakan bahasa inggeris dalam aktiviti hariannya.

Malahan ia, menjadi sebagai suatu kelayakan seseorang yang ingin menjawat jawatan yang tinggi untuk cekap berbahasa inggeris.

Di Malaysia, terutama dikalangan Melayu, jika kita kurang fasih bertutur dalam bahasa inggeris, individu itu akan merasa rendah diri dan malu. Kadang-kadang ada yang merasakan dirinya bodoh.
Ini mentaliti yang telah melanda didalam masyarakat melayu di Malaysia khususnya. Orang yang betah berbahasa inggeris kita lihat sebagai orang yang hebat.

Saya melihat keadaan yang berbeza di Singapura & Indonesia dimana orang yang tak pandai berbahasa melayu itu sebagai seseorang yang kurang cerdik. Suatu hasil yang bertentangan ... soalnya kenapa ?

Dikalangan pejuang bahasa kita pun sama. Anak2 mereka , mereka hantar belajar keluar negara. Kenapa tak menggunakan universiti dalam negara yang mediumnya bahasa melayu. Jawapannya ialah kerana ilmu. Ilmu itu berada dalam bahasa asing. Untuk mendapatkannya kita kena belajar & menguasai bahasa tersebut. Selagi melayu mempunyai mentaliti mencari perkara mudah, bagaimana kita hendak mendabik dada sebagai suatu bangsa yang bersemangat jitu serta gah diseantero dunia....

Suatu persoalan ????

ps : sorry beb.. terpanjang lak ...

nurazzah8 said...

Sila baca entri dalam blog Kak Elle, dari Singapura berkenaan seorang guru Bahasa Melayu berbangsa Cina yang berkerja di Singapura. Kak Elle ada sertakan emel yang ditulis oleh Cikgu Chin tersebut, kalah kita orang Melayu sendiri...malu dengan tatabahasa dan Bahasa Melayu yang lengkap dengan simpulan bahasa/peribahasa.

Di sini saya sertakan keratannya:

Hi Elle,

Jutaan terima kasih atas keperihatinan Elle sehingga saya dapat menjalin semula persahabatan saya dengan teman sekelas saya yang sudah tidak kedengaran khabar berita sejak berbelas tahun lamanya. Betul kata orang, jodoh pertemuan di tangan Tuhan, kita hanya boleh merancang tetapi kuasa Tuhan juga yang menentukan segalanya. Pelik sekali jika direnung kembali bagaimana kedua-dua teman sekampung ini boleh dipertemukan oleh orang yang jauh di perantauan ini(di Singapura). Itulah keajaiban dunia email dan internet yang begitu canggih sekarang! Kalaulah Elle tidak memuatkan ‘kisah’ limau dan ‘ang pau” di lelaman Elle, tidak mungkin kami dapat dipertemukan semula! Wow, kalau kekasih lama bertemu kembali, tentu lebih menarik ‘plot’nya! Ha! Ha! Ha!

Shirley juga merakamkan jutaan terimakasihnya kepada Elle. Inilah hadiah harijadi bagi saya yang tidak dapat saya lupakan(Tak lama lagi, 2-3 minggu lagi). Kami terus ke MSN dan sempat berborak untuk beberapa minit kerana masa tidak mengizinkan. Melalui Shirley, saya juga dapat menghubungi 2 orang classmate lama yang seorang sudah bermigrasi ke Australia dan seorang lagi masih berada di K.L.

Terima kasih sekali lagi!

Ikhlas dari saya.
Cikgu Chin & Shirley Lim

Keratan emel seterusnya:

Tatkala terbaca segala puji-pujian dan komen-komen yang memberangsangkan itu,hilang serta merta segala kepenatan dan keletihan setelah sehari suntuk berada di tempat kerja. Ini merupakan julung kali saya menyusur atau melayari dunia "blog". Tak sangka begitu banyak hikmah yang terselindung di sebalik aktiviti pemblogan ini. Memang benar kata pepatah Melayu, "menuntut ilmu tiada penghujungnya, bermula dari tapak buaian hinggalah ke liang lahat." Tidak terlintas langsung niat di hati ini untuk "mengangkat bakul sendiri" dan menunjuk-nunjuk kebolehan dan kepetahan saya berbahasa Melayu dengan menulis komen ini tetapi niat ikhlas saya ingin memaparkan keindahan Bahasa Melayu kita agar ia sentiasa menyerlah dan "Tak lekang dek panas dan tak lapuk dek hujan." Sama-samalah kita memartabatkan Bahasa Melayu agar "tidak hilang Melayu dari dunia" dan tidak ibarat "hidup segan, mati tak mahu!"

Cikgu Chin.