Tuesday, February 24, 2009

Duit Melalui Surveys di Internet

Dah banyak kali aku sharing pasal diri, keluarga, kawan2 dan tak terkecuali bab2 MAKAN. itu dah jadi trade mark blog aku: MAKAN, MAKAN & MAKAN lagi...

tadi saje2 aku check akaun awsurveys yg aku masuk beberapa bulan lepas, dan korang yg biasa masuk blog aku may be perasan ada banner warna hijau katak pisang menempek kat sidebar belah kanan. kadang2 aku masukkan sebagai iklan dalam IZZI ADVERTIZING. iklan tu saje nak menambahkan pendapatan aku untuk membayar bil2 dan membeli novel2. kalau ada lebih tu boleh beli susu anak sekali...he.3x..



awsurveys ni aku masuk PERCUMA je. aku mane mampu nak bayar survey2 berbayar yg belum tentu mendatangkan pulangan. duit aku terhad, anak ramai, so kenalah berjimat cermat. nak promote lebih2 kat kawan2, ramai yg dah kureng percaya internet ni, maklumlah ramai kena tipu kes pelaburan internet hari tu. dan akupun terkena sama (padan muka). so, menda2 internet yg mendatangkan duit memang aku percaya, sebab aku percaya dengan kuasa internet. macam blogging, dulu aku langsung takde kawan di alam maya, tapi dengan blogging walaupun ditahap amatur, dah ada kawan2 maya. dan dah jumpa beberapa orang dah termasuk arsaili, ila, abang long dan mersik. syukur, kawan2 yg dikenali dialam siber ni sangat menyenangkan aku.

aku bukan nak crita pasal kawan2 tu kali ni, aku just nak share pasal awsurveys ni. mula2 tu aku masuk lepas aku saje2 google survey2 free di internet. memang banyak tapi untuk malaysia memang terhad. ada dalam 15 aku masuk jadi ahli percuma, cuma dua yg dah jadi duit setakat ini. dan salah satu ialah awsurveys. aku saje buat masa aku senang, dan disamping tu saje gatal2 tangan promote dalam blog aku yang pengunjungnya adalah beberapa orang, dan alhamdulillah berjaya juga mencapai wang terkumpul USD75.00 yg disyaratkan untuk keluarkan wang melalui paypal. dah capai, apa lagi, keluarkan teruskanlah. simpan buat apa, bak kata orang kampung aku "duit simpan banyak2 buat apa kalau tak pegi mekah. baik belanjakan". so, aku belanjakanlah. cuma bila cukup USD75 dan nak keluarkan pakai paypal, diorang tolak USD25 untuk pengurusan. adalah USD50 masuk akaun paypal, yg kalau diterjemahkan ke duit malaysia aku rasa lebih kurang RM175. tak banyak tapi duit, sape nak bagi. lepaslah beli susu anak2 dan beli coco crunch mereka. untuk aku bayar bil telefonpun tak lepas kalau banyak tu.. he.3x


Gambar : screenshoot akaun awsurveys aku yang tak seberapa.

akaun paypal aku dah lama ada, dah banyak transaksi aku buat termasuk keluarkan duit. dunia dah moden, dan malaysia tidak terkecuali mendapat limpahan kekayaan internet. sebelum2 ni duit2 yg masuk ke paypal lebih kepada aku jual setem, coins, gambar2, dan ada juga menjadi ahli affiliate yg juga aku masuk percuma. rekomen website atau sistem orang lain punya, diorang bagi komisen. dapatlah.....

kalau ada kawan2 yg berminat nak join survey percuma yg ada hasil (sedikit)aku syorkan masuklah dengan klik banner hijau katak pisang kat bawah ni. aku alu2kan sebab setiap kali ada orang masuk, aku dapat USD1.25. Kayo pakcik kalau ramai masuk! sambil tu pelan2 daftarlah paypal yg aku dah sediakan banner kat bawah. kalau link dia tak berfungsi, korang kliklah kat sini terus. kalau korang jadi ahli paypal yang PERCUMA jugak ni melalui link aku, paypal bermurah hati bagi aku sdikit komisen bila korang dah berduit nanti. jangan takut, dia bagi duit dia, bukan ciluk akaun paypal korang. paypal kenakan charge untuk kemudahan dia, dan dia akan bagi komisen pada sesiapa yg kenalkan paypal. klik banner atau link dan daftar sebagai ahli business atau premier. semua tu percuma je. tiada yuran tahunan atau lain2 hidden cost. kalau dah ada duit banyak dalam paypal korang link lah dengan kredit card atau debit card macam kad debit public bank atau al-rajdh bank. terus boleh ambik duit di malaysia bila duit dah masuk akaun.

cakap banyak aku tak berani, tapi bagi sesiapa yg ingin cari sedikit duit tambahan dijaman ekonomi meleset ni melalui awsurveys, memang aku alu2kan. disamping membantu diri korang sendiri, korang juga membantu aku jugak. dan aku ucapkan terima kasih. bila survey yg aku cuma yang lain2 tu ada hasil jugak, aku ceritalah lagi lain kali. kalau cerita sekarang tapi belum ada hasil, nanti korang kata aku debong (tipu) korang pulak.


Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

Website paypal klik disini

18 comments:

ILA said...

uiii..kau kata 'hijau katak pisang'???
betul2 aku cari gambor katak kat tepi tuu..tapi rupanya banner kaler ijau mcm kaler katak...

aduiii..napa blur sgat aku niii..

Ermm.bagus gakkk!! napa lah x ckp awal2.ari tu hmpir ter 'klik' banner tu..tapi asyik extend jerr..eshh..rugi lor..tak ter 'klik' awal2.

izman said...

ila,
ko carik katak pisang? ingat ada menu katak pisang goreng kicap hape! he.3x

better late than never. cuba je lah kalau minat, tiada bayaran.

nurazzah8 said...

izman, satu masa dulu akak ada bukak akaun paypal...konon nak cuba tapi lepas tu lama tak guna, masih aktif lagi ke? kena cari balik apa password dia.... masa bukak tu konon untuk letak ad kat blog, kalau orang klik, dpt lah kita duit....lepas tu akak pergi menunaikan fardhu haji, jadi lama lah tak bukak blog... rupa2nya adalah sikit duit (mmg sikit pun) tapi lepas tu akak terlupa...sampai hari ni...

kemudian teringin nak jual sedikit setem juga kat eBay ke... tapi tak tau macamana? akak ada koleksi setem yang lama2...sebelum merdeka lagi...zaman Malaya... agak2 berapa valuenya ye?

Zanna_MamaBatrice said...

gud info ler bro
share is caring kan..
thanks for d info...
lepas nie boleh ler zana klik kat
"katak hijau pisang" tu...he he he

izman said...

nurazzah8,
kakak, paypal kalau lupa biasanya pakai email sebagai nama akaun. kalau lupa password, dia akan bagi password baru terus ke email akak. rasanya masih aktif.

setem2 ni nilai dia berbeza ikut tahun dan kesempurnaan setem. kalau nak tau value, mcam saya biasanya akan gi amcorp mall survey2 harga setem yg sama.

izman said...

Zanna_MamaBatrice,
he.3x klik jgn tak klik (sambil terbayang lagi banyak duit yg akan masuk).

trima kasih singgah.

KV said...

maaf aku mmg jakun giler. Paypal tu apa kebeneda nya izmang oii?? Cer cerita ngan aku sket. Hihi

izman said...

kv,
paypal tu adalah bank alam internet. diguna utk simpan duit pelbagai negara utk masuk dan keluar duit. cuma kalau nak masuk ke dlm akaun bank kita dimalaysia, bank tertentu je diterima yg ada visa termasuk debit card. bank yg diterima link ngan paypal ialah public, alradjhi bank, dan beberapa lagi. kalau nak tau lanjut email je kat damak_76@hotmail.com

kebanyakkan sykt internet gunakan paypal sebagai cara memasukkan duit bayaran atau komisen kepada ahlinya.

Monkey D Luffy said...

percuma... apa salahnya...

Mak Su said...

wow! hebatlah izman. errrmmm, kena fikir2 ni, maklumlah, eden ni konsep curi2 masa dan tulang, pc sendiri tak dok, huhuuhu. nak taruh banyak2, tapi guna pc ofis takut kena detect plaks. errmm, aku fikir2kan

izman said...

monkey d luffy,
he.3x.... silalah.... (sambil senyum lebar)

izman said...

maksu,
survey blh melalui website dan ada option dikirim melalui email. hanya satu survey sebulan, tidak termasuk yg sedia ada yg blh diisi bila kelapangan. utk promote, tempek je kat blog, atau melalui email kat kawan2.

nadya said...

best nyer.. leh buat duit.... masalahnyer masa belum mengizinkan

izman said...

nadya,
take ur time. sibuk buat production ke?

ku tak sempurna said...

macam2 cara nak buat duit eh...

nak abis duit pun macam2 cara gak :D

-salam singgah-

cendawanintim said...

orait ar tuuuu....!

izman said...

ku tak sempurna,
trima kasih atas kunjungan. dtg selalu ekkk!

cari duit agak susah, nak habiskan cukup senang.

izman said...

cendawanintim,
ok la ......