Monday, February 23, 2009

Stesen Bas Klang Sentral

Hari ni aku cuti half day pagi. hantar adik aku ke stesen bas klang sentral. adik aku stay kat rumah aku beberapa hari, dan dah bosan kot. biasa kat kampung melaram dengan motor keliling kampung, kat sini mati kutu le duduk rumah je. aku kerja, cuma boleh bawa jalan2 malam lepas kerja, itupun takat shopping compleks je. hari sabtu ahad, aku mati kutu jugak nak bawa gi mane, budak dah besar, jantan lak tu. mane nak jalan ngan abang dia lagi, tambahan pulak aku bawa anak. tak rock la weii!

Tengok muka dia dah muka asam kecut, hari sabtu lepas lepas ambik balance gaji dia di kelana jaya, aku tinggalkan dia kat jusco bukit tinggi, klang. aku suruh dia jalan2 dari pagi dan aku cuma ambik dia dlm jam 630 petang. aku cuma pesan, nak makan ke solat ke, cariklah sendiri kat situ. kalau ada hal baru call aku. rumah akupun dekat je, dalam 5 minit. bukan keseorangan, dia datang dari kampungpun dengan anak jiran aku yg sekelas dengan dia, jantan gak.

tajuk awal tadi stesen bas klang kan? sebab dia nak balik semalam aku ada hal dan bila urusan aku selesai hari dah lewat. aku suruh dia balik pagi ni. awal pagi lepas hantar luqman ke tadika, kami ke klang sentral yg terletak di meru. memang jauh le stesen bas ni, dah dekat area tesco setia alam sana. ni sedikit gambar masa aku kat situ:-








secara keseluruhan, aku rasa klang sentral ni memuaskan. jauh tu memang terasalah sebab semua dah selesa ngan stesen bas lama dulu. bagi aku yg tak menggunakan kenderaan awam ni, tak kisah sangat. orang yg kerap berulang alik lah yg ralat. kemudahan aku rasa memuaskan dengan adanya pelbagai pilihan kedai makan, serbaneka dan sebagainya. kaunter tiket bas aku rasa kureng sesuai ditingkat atas menampakkan majlis perbandaran klang (mpk) kurang prihatin pada golongan kurang upaya. kedai2 banyak yg masih kosong, termasuklah gerai makan di food court. tempat menunggu indoor sangat luas dan selesa, tapi tak de tivi ke mpk? bosan le menunggu bas ekspress lama2. parking lot juga terhad, tapi tapak lapang berbatu dibuat ala kadar didepan terminal utk kemudahan meletak kereta. kawasan parking bas ekspress juga macam tak mencukupi memaksa bas ekspress yg belum nak berlepas terpaksa menunggu di tepi2 jalan.

dah anto adik aku tu, aku balik le rehat. lepas ambik luqman dari tadika dan makan nasi aku kerja la..

hari ni bizi siapkan data untuk pembentangan budget hari rabu nanti untuk xtvt sepanjang bulan januari 2009. aku cam biasa lah urusan gaji vs overtime, overtime vs productiviti, medical cost, absenteeism & disciplinary cases, training report, dan lain2 berkaitan le.

Disebabkan ada pekerja yg nak dihantar ke singapura hari rabu ni, aku tolong untuk urusan imigresen. ada 2 org yg nak pegi tapi takde passport. aku saje bawak pegi tunjuk imigresen port klang, sambil2 beli borang. urusan pendaftaran aku suruh diorang pegi sendiri esok. gile ke hape nak suruh aku ikut, kalau aweks ok lah, ni balak2. tak siooo aku!

disebabkan penat naik tangga ke imigresen (saje tak guna lif)kami pekena air dulu kat kedai makan tinggat bawah imigresen. kedai ni aku suka gak makan sebab makanan dia variety setiap hari. antara yg aku suka makan kat sini ialah mee kari dan nasi goreng seafood. mee peria dan nasi goreng peria kawan aku kata sedap, tapi aku tak suka peria. Untuk petang ni aku cuma pilih horlick ais dan satu steam ban dengan kaya. nak tau macam mane rupa dia, layan je lah gambar bawah ye...

14 comments:

smurf said...

salam ..
stesen bas tu baru buka yer ! saya cadang nak balik meru hujung minggu nie ... Bas ekspress dr kuantan stop kat situ jgk ker ?

Abang Long said...

Baru nampak stesen bas yang baru. Maklumlah, sudah lama tidak menggunakan perkhidmatan itu.

Monkey D Luffy said...

masih baru lagik... nampak tersusun jer... hehehe

izman said...

smurf,
semua bas express masuk situ. org meru ke??

izman said...

abang long,
kalau tak kerana hantar adik, may b saya pun tak sampai situ.

izman said...

monkey d luffy,
memang tersusun le skarang, tengok sikit hari lagi....

ILA said...

Assalamualaikum utk tuan rumah.
uiii..dia buat mcm 'ala2' KL central lah ye..
patutnya kau bawa adik kau gi tengok citer 'geng pgembaraan ' tu..kdekut benorrr..hehekkk:p

hmmm...dah gi emigresen tu ..napa tak singgah??kut ye pun hntar sebungkus milo panas ker..hampehhh:p

Mak Su said...

klang sentral? tak pasan ler. kat meru ek?

Penoreh said...

salam...

pic yang last tu menambahkan kelaparanku bro.. :)

izman said...

ila,
ko punya syarikat mana buleh makan time kerja kan??

dia tak nak, aku dah offer.

izman said...

mak su,
yup. kat meru. bagus gak lah tak sesak berbanding bandar klang.

izman said...

penoreh,
he.3x, malik noreh pekena tu memang kow punya!

cendawanintim said...

mesti ada gambo makanan..apakah??

izman said...

cendawanintim,
apakah ape? aku nak pemakan kuat... makan je lah.