Thursday, February 5, 2009

Gelagat Penjual Ais Krim & Penjual Karpet

Perak meriah skarang sbb jd tumpuan. BN dah pegang simple majoriti dengan adanya sokongan 3 wakil rakyat bebas dan ahli lompat parti dan lompat lagi sekali. PR pula memohon Tuanku Sultan Perak membubarkan DUN. sekarang kita tunggulah keputusan Duli Tuanku.

Biarlah mereka uruskan. kita tunggu dan lihat je.

macam ramai yg tau, kerja rasmi aku selain kat kilang ialah sebagai pemandu peribadi anak aku. hantar dan ambik dari tadika setiap hari bersekolah. hari ni tak terkecuali, so ambik luqman tadi hantar balik rumah. tiba2 ada penjual asi krim bermotor datang dan berhenti depan rumah sambil membunyikan loceng. masa tu aku dlm rumah layan lintas langsung sidang TS najib dari ibu pejabat umeno perak.

bunyi bingit loceng membuatkan aku bosan, apatah lagi ia berterusan. aku nak dengar berita la!

aku jenguk ke pintu dan mamat jual ais krim tu tengok aku dengan harapan berbunga. ingat aku nak beli ais krim dia la tu. aku cuba buat muka garang dan tunjuk tangan suruh dia beredar. bukan tunjuk isyarat lucah ye kawan2. so, dia pun berlalu pergi.

disini bukan niat aku nak tunjuk aku ada kuasa nak halau orang, dan akupun bukan sesuka hati nak halau orang. apatah lagi orang nak cari rejeki dengan menjual ais krim. aku faham diorang berpanas berhujan sekadar untuk mendapatkan sedikit komisen menjual ais krim. tapi diorangpun kena faham sensitiviti orang ramai jugak.

pusing taman dengan bawa motor perlahan2 sambil bunyikan hon/loceng atau lagu "mat cool, mat cool, jom kita pekena ais krim mat cool" tu aku boleh terima. tapi jangan lah berenti betul2 depan pagar rumah orang berminit2 sambil buat2 bunyi2 tu. tau lah rumah aku ada 2 anak kecil yg suka makan ais krim. budak2 ni tak leh nak salahkan mereka, kalau mamat ais krim berenti depan rumah, diorang mesti nak beli punya. sesekali ok lah tapi tiap2 hari dan sehari ada 7-8 penjual ais krim kat taman aku tu, gile ke hape!

satu lagi, kebanyakan manusia penjual ais krim tak reti bahasa ni kebanyakan dia orang bangladesh. aku tak pasti imigresen ada bagi kelulusan permit kerja sebagai penjual ais krim? itu biarlah bapak imigresen dan bapak2 polisi yg jawab.

itu belum dikira lagi orang2 asing datang rumah ke rumah spt :
1)orang bangladesh dan indonesia part time potong rumput.
2)Org rohinya (myanmar) dan pakistan jual sticker ayat Quran atau minta sedekah.
3)org pakistan jual karpet.
4)org bangladesh selongkar sampah cari kotak/ tin untuk dijual.
5)Org china tanah besar jual asterol sekali bayar guna free seumur hidup, dan dapat semua channel.
6) org afrika jual jam dan tali pinggang.
7) orang negara india offer basuh kereta.

bukan aku nak menafikan hak diorang mencari rejeki, tapi aku harap biarlah secara halal. dan dengan cara yg professional. korang offer buat kerja, tapi tuan rumah tak nak. dah lah. jangan buat muka toye dan nak tunjuk lagak.

pernah 4-5 tahun lepas. dirumah sekarang jugak le. sampai rumah lepas abis waktu kerja, aku hentikan kereta depan pagar. kena bukan pintu pagar dulu la sebab pagar berkunci dan manual punya. ngam2 aku bukak pagar dan masuk kereta balik utk masukkan kereta dalam porch, satu mamat pakistan tiba2 masuk dlm porch aku dan parking baikk punye. aku keluar dan suruh dia keluar dari rumah aku. dia buat bodo je (memang bodo pun mamat ni).

aku keluar ke arah dia dan kereta aku masih kat luar pagar. aku suruh dia keluar, tapi dia suruh aku bukak pintu rumah. aku cakap aku tak mau beli, dia tinggikan suara "buka pintu, buka pintu. beli tak mau beli belakang kira". aku jadi hangin satu badan. aku marah dia dan halau dia keluar. cilanat, tak mau keluar. dia buka ikatan buntil karpet/ kain dari motosikal dan suruh aku bukak pintu.

dah memang manusia mangkuk, aku meluru ke kereta dan mengambil steering lock yg berupa besi besball. dengan besi steering lock ditangan aku cakap "saya tak mau beli awak punya barang. awak keluar atau saya hantam awak punya kepala". dia ingat aku main2. masih degil, dia masih mintak aku tengok2 dulu karpet dia bawa. malas nak layan aku cakap "ok, saya bilang sampai 3. kalau awak tak keluar, awak punya kepala pecah. nanti saya cakap polis awak masuk saya punya rumah kacau saya". aku pun bilang "satu, dua, ti.... ". masa nak sampai tiga tuga, besi steering lock tu dah betul2 atas kepala pakistani tu. aku memang nekad nak hentak kepala dia. mati ke tak aku belum pastilah sebab dia masih pakai helmet, tapi kalau aku hentak, aku yakin confirm mereng sekejab la. dia terus kata "ok, saya balik". sambil menyorong motornya keluar.

masa tu petang dan depan rumah aku tu padang permainan dan gelanggang sepak takraw. beberapa pemuda2 melayu meluru ke arah rumah aku sambil bertanya crita. aku cakap la. diorang cakap, jom belasah je bang benggali pakistani ni. bukan reti bahasa. aku cakap, dia dah pegi biarlah. tapi kalau belum tadi, memang nahas dia. Alhamdulillah sampai sekarang pakistani tu langsung tak pandang rumah aku kalau lalu. jiran rumah aku tu dia selalu singgah sebab beli ansuran karpet dengan dia.

apa moral crita ni? memang tak de nilai moral sebab akupun over jugak masa tu. maklumlah darah muda. sekarang dah buleh kawal, tapi dengan orang2 yg kurang hajar memang nasiblah.

10 comments:

SUZIE APAI said...

hiks...

1)perak dh parah yop!Sultan depa terer takper..hehehhe
2)dh lama aku frust duk mesia ni benornyer. ramai sgt org luar yg kuang ajor..tp salah rkyt2 mesia jgk sbb bg peluang depa msuk & bg peluang keje kt depa! klu check tokey sekerim ngn karpet tu mesti org kita...sedey di bumi sendiri.. uhuk uhuk

izman said...

suzie apai,
latest news, perak dah milik BN. sultan dah perkenan.

org kita dh terlalu selesa, semua kerja nak 'sub' je. nak jadi tokey katanya.

Jard The Great said...

pernah pegi indon tak??

lagi teruk keadaannyer...

izman said...

jard the great,
indon tak pernah pegi lagi. kalau ada rejeki lebih, plan nak gi tahun ni.

cuma dlm tivi penah tgklah kedaifan diorang.

apsal aku tak jumpa punat nak follow blog ko yer?

cendawanintim said...

aku tunggu news lam tb je pasal berita kat perak nun!

aku ske makan eskrem, tapi tak buleh makan sebab aku ada tonsil..huhuhu

izman said...

cendawanintim,
ada tonsil tak leh makan eskrim ke? aku tak tau... sian ko yer. tapi eskrim memang sedap, sesekali dapat eskrim BR memang bestlah.

Anonymous said...

Aku sokong. Orang yang Kurang Ajar memang nak kena maki. Opss PERAK dah tukar GOMEN. Berbulu meluat aku tgk orng politik ni.
Opss aku pun jual ice-cream - nanti aku berenti depan rumah kau main lagu Mat Cool Mat Cool kawan ku .. selagi Izman Jr tak keluar aku pasang lagu dengan kuat-kuat ... larikkkk

izman said...

Anonymous,
banyak la ko punya lagu mat cool. aku yg hilang cool nanti.

kalau ko jual beli satu percuma 3 aku setuju beli hari2. orait?

Monkey D Luffy said...

aku biasa berurusan dengan diorang skang ni... bangla2 ni. diorang cr kerja tmpt aku... memang degil... buat panas jer...

izman said...

monkey d luffy,
bangla ni paling suka kalau ada pekerja pompuan. tapi kalau ada yg suka jantan, baik ko cepat2 anto balik. kuang.3x