Wednesday, February 25, 2009

Kerja VS Cuti. Plan balik Teganu

Meeting petang tadi berjalan lancar tetapi belum tamat, disambung lagi besok. tadi pun tamat dekat jam 7pm. otak aku dah agak sendat. esok masih banyak yg aku kena menjawab terutama bab2 overtime yg terlalu ketara peningkatannya. bayangkan ada department yg overtime vs basic salary melebihi 100%. off cource department pun kena jawab kenapa bagi OT tapi department aku yg mentadbir juga kena jawab kerana kami yg monitor. mesti ada judgement untuk setiap perubahan dalam overtime. data2 semua dah lengkap, aku jawab je lah besok. actually ia penjelasan stright forward, cuma yg agak memeningkan sebab dibawah kelolaan aku ada pelbagai department dan beberapa buah syarikat. tu yg leceh! dengan data2 yg lengkap, dan dah pakai pakaian bullet proof termasuk seluar dalam bullet proof sekali; aku takkan undur! jawab tetap jawab. kena f**k dalam meeting tu semua orang kena. biasalah kalau jadi kuli, asyik2 boss je yang betul. kang aku carik kerja lain kang, boss aku pulak yg menyesal.

walaupun baru bercuti ke melaka akhir december 2008, dah mula rasa nak bercuti lagi. tapi macam biasalah kena kumpul duit dulu. aku kumpul RM0.50 sehari sebagai tabung melancong (nampak sangat pembohongannya). terasa nak balik teganu; nak makan keropok lekor losong puas2, nak gi cari sata kat ladang, nak minum air gelas besar, nak jumpa kawan2 lama, nak suka2 hati naik bot penambang gi seberang takir, nak beli bundle kat batu enam, nak makan masakan makcik aku yg sedap2, nak lepak2 bermain ombak kat wakaf tembesu sambil tengok makwe2 universiti darul iman.

untuk memenifestasikan hajat aku tu aku dah menggodek masuk web airasia dan aku telah menempah penerbangan ke teganu, tapi bulan enam la. tahun ini. ingat nak pegi lagi awal tapi terlalu banyak komitmen masa dan kewangan. wife aku tak dapat pegi masa tu sebab agak sarat, dan nampaknya aku gi sorang je lah. setakat dua hari satu malam je. tak leh lama2 sebab aku dah tak betah berjauhan dengan wife dan anak2. luqman hakim kalau lepas balik tadika aku tak call, dia mesti call aku. budak2 sekarang dah advance, kecik2 dah ada henpon sendiri dan dah pandai guna. senang kalau ada kecemasan, dia tau macamane nak call aku. dalam phonebook cuma ada selected nama je. kadang2 terlebih pandai, siap hantar sms kat aku, tapi macam biasalah luqman guna bahasa german. tah apa2 tah dipicitnya, dan sent. kalau aku tak balas, balik rumah mesti dia merajuk. the best part is... dia tulis tah apa2 tapi bila balik dia cakap kenapa tak bawa balik roti, kan tadi dia dah dah pesan. camtu pun ada! ingat hati kalau berjaya pujuk si luqman naik flight, aku nak beli tiket untuk dia sekali nanti. kalau dia ikut lagi seronok. wife ngan si pika kalau tak ikut, adik lelaki dia yang bujang tu boleh stay kat rumah aku tengok2kan diorang.

tarikh pegi teganu tu biarlah aku dan selected people je yg tau, aku bukan artis pun nak heboh2. kalau sempat nak jugak aku jumpa cendawanintim dan keluarganya. sape lagi member2 blog yg doq area kuale teganu yg nak jumpa aku??? ni tiket airasia yg dah aku tempah.



disana aku akan stay rumah makcik aku kat wakaf tembesu. aku pun belum hello dia lagi. tah la nak beritahu atau nak buat suprise. rumah dia ngan airport cuma 5-10 minit je. kang kalau aku tak bagitau, dia gi tempat lain payah aku jugak kalau guna public transport ni. biasanya dia gi manir je. tak kalutlah, hotel melambak. akukan ada diskaun kad hotel. kad hutang tu kalau terdesak, boleh gak pakai. he.3x..

transport kat teganu aku tak kisah sebab family dia ada 2-3 bijik kereta. kalau diorang tak pakai, rembat je. aku pun tak kisah gi bandor naik bas. dah lama aku tak naik bas. last naik bas ialah masa gi singapore bulan julai tahun lepas. kalau sempat aku nak gak lepak2 area pasor payang sambil2 borong keropok keping. nak naik beca rasanya aku tak sanggup, kesiang kat pokcik2 tu. pernah aku saje naik beca nok gi area istana maziah. tok sapa' 2-3 minit naik beca, aku jadi siang ke pokcik kayuh beca. dok larat kayuh aku yg badan agok berisi ni. last2 aku suruh dia berenti, dan aku tulung dia kayuh. bayoran dia aku boyor same'. siang kak orang misking.

isshh.3x apsal tulisan aku makin lama jadi bahasa lain ni. dah2 baik aku stop. kang hujung minggu ni aku dah sampai teganu. susah aku jugak, belum gaji lagi ni. Na...na...na... teganu kiteee!


p/s : terima kasih atas sambutan hangat pada entry lepas berkaitan awsurveys tu, kejab je mencanak2 duit masuk dalam akaun. tak sangka ramai jugak berminat. sape tak nak duitkan! pada yg mendaftar masuk tu, aku ucapkan terima kasih. nak ucap sorang2 memang ia takde nama. yang hantar email untuk bertanya, nanti aku jawab yer. sabar....

14 comments:

Monkey D Luffy said...

1. besa ler perang2 dalam meeting... politik2... yang tak pandai politik cam aku... uhuk...

2. jgn lupa kirimkan salam ku pada gadis2 terengganu... hehehe

izman said...

monkey d luffy,
ha.3x, aku pun tak pandai politik. biasanya aku memandai-mandai je.

aku kena stay 3-5 thn kot kalau nak sampaikan salam ko tu, itupun yg cantik2 je.

ILA said...

UIii...dia tunjuk diary & calculator..err..apa kaitan calculator tu dgn kau ekkk??
aku nak jugak diary tuuu!ada stok lagi??:P

sampaikan salam juga dariku buat 'tudung2' kat batu 6.hehe
skrang ni time udang & sotong besau2 naik....memang best!!

eshhh..napalah kau mesti tinggalkan isteri yg sedang sarat.

tak sepatutnya...

izman said...

ila,
saje tunjuk aku ada dairi dan calendar company. tu dalam meeting lah tu... costing. bw calculator kena mengira apa2, atau saje show off.

bini aku tak kisah. dia tau aku rindu makcik aku. dah sarat dia tak berani naik flight.

udang besau2? pasar port klang pun banyak.

marinahunny said...

weehh aku pun duk ganu jg..satu bangunan tmpat keja lg dgn kak cendawan...ada masa bgtau lah nanti smpat blh jmpa.

Jard The Great said...

nak minta kim kopok lekor.. hehe

izman said...

marinahunny,
oh ya la... lupe ko pun orang teganu. kalau sempat buleh jumpe nanti.

izman said...

jard the great,
he.3x kena ingatkan bulan 6 nanti. skarang cakap, memang confirm lupe.

ku tak sempurna said...

kihkihkih...

ko kena bljr bhs jerman... pasni anak ko anta SMS, tentu ko phm... :P
takdela dia melalak bila ko tak bwk balik roti :D


uiiii... seronok tu gi ganu... dah 3 thn aku tak gi sana... tp klu jln sorang2 best ke?? (ko nak usha awek takpe la :P)

psssttt... jgn lupa, tolong pakcik beca tu klu ko blk ganu... alang2 ko kayuh tu, biar smpi mlm... crkan pelanggan utk pakcik tu..

hikhikhik

izman said...

ku tak sempurna,
kena daftar GMI (german malaysian institute) rasanya aku ni...

hati aku cuma pada isteri dan anak2 je. kalau tersangkut no.2, no.3 dan no.4, itu takdir!

kayuh beca? dengan keadaan perut aku sekarang memang capek aku..

SUZIE APAI said...

hikss..tganu sudah byk berubah..maju siot!!! rindu jgk nk blk tganu...

izman said...

suzie apai,
ye.. kerana indu teganulah aku ingin terbang ke sana. argh! lamanya nak tunggu.

cendawanintim said...

yer..yer..aku tungguuuuu!!

izman said...

cendawanintim,
jangan pulak aku gi sana ko sekeluarga gi makang angin lain tempat pulok.