Thursday, March 12, 2009

Pesta Durian

Pada 11/03/09, tiba2 aku dikejutkan dengan ajakan untuk menikmati keenakan raja buah, iaitu DURIAN. ia lagi special sebab ia banyak dan FREE. terdapat 5 kotak buah durian, dan sekotak buah manggis yg disediakan oleh executive chairman syarikat aku bekerja iaitu Dato' Tan Kim Hor (TKH). buat sesiapa yg tak tahu, boss aku ni ialah pengasas bersama merangkap chairman kepada Tan chong Group, APM Group dan TKH group. beratus2 company dia, tapi memang sempoi. memang humble sangat. yang aku ingat sangat kalau jumpa dato' ialah dia selalu nasihatkan aku banyak minum air masak dan berjalan kaki untuk rahsia kesihatan dan umur panjang.

pesta durian itulah kata2 yg sesuai sebab ada lebih kurang 120 biji durian. yang lagi best, dato' yang hantar sendiri (tapi driver dia la bawak). durian2 tu memang fresh, terus dari ladangnya di bentong, pahang. sebenarnya menda ni tak pelik sebab tiap2 tahun dato' akan jamu kami durian, tapi kali ini memang sangat banyak. semuanya durian gred yg baik termasuk durian D24.

alhamdulillah, aku yg memang hantu durian ni memang tibai cukup2. tak perlu berebut sebab banyak. yang makan majoriti orang melayu, ramai geng2 cina tak makan sebab kata busuk. BUSUK! kalaulah ada perfume bau durian untuk kereta dan rumah, confirm aku beli.

ni antara gambar sempat aku snap. sebelum balik, aku saje ambik beberapa puluh ulas untuk santapan anak dan isteri tersayang. tapi ada yang memaksa aku mengambil yg belum dikupas. dalam terpaksarela, aku ambik 2 biji durian yg belum dikupas, dan ambik jugak satu plastik isi durian yg dah dikupas. bestnya. seronok sakan anak2 aku dapat durian.





Nikmatilah kesedapan durian best ini dari rasa mulut aku .... BEST!



dah crita buah durian, saje nak tunjuk gambar2 lama masa musim durian di kampung aku di batu balai, jerantut (pahang).


ni pun gambar lama. anak kedua aku, pika sedang bedal durian masa dia kecik2. umur setahun kot. dah orang kampung... biasalah.


akhir kata.... Jangan Jeles!



IZZI ADVERTIZING-----------------------------------------------

Dapatkan rahsia-rahsia untuk bergelar JUTAWAN daripada jutawan-jutawan seperti Dr. Irfan Khairi (Jutawan Internet), Dr Azman Ching (CNI), Billi Lim (dare to fail / Berani Gagal), Dato Hussamudin (Karangkraf)& ramai lagi melalui ebook lengkap ini.

keterangan lanjut, sila klik banner dibawah :-

16 comments:

Ummu Mishkah said...

fuh..
sedap nyer durian tu!

izman said...

ummumishkah,
memang sedap.

trima kasih atas kunjungan. dtg selalu.

KV said...

kat kampung aku durian belum luruh la. Ish..bila blum musim ni terliur plk.

izman said...

kv,
terliur aku dah terubat. he.3x.

nurizan said...

tiap tiap tahun ke ada makan durian, dulu tempat keje lama takde pun?? ke aku yang tak tau?

izman said...

eiman@nurizan,
he.3x, tempat kita kerja dulu memang takde. ni tempat kerja baru, dato' memang jamu tiap2 tahun.

sykt baru.... bonus takde, dia beri durian. kuang.3x

nurizan said...

kalau takde bonus memang patut bawak balik sorang 2 bakul durian tuh,, bleh jual.. heh

Mak Su said...

alhamdulillah

rezeki tu.

maliksutanmuda said...

durian ni mmg raja segala buah. tp apa kan daya, saya ni bukan peminat durian. pelik kan....saya pun tak tau sejak bila saya tak makan durian padahal masa saya bebudak saya suka makan durian...huhu...

* takut la tgk abg izman makan durian...nasib baik isinya je leh makan, kalu kulitnya boleh makan agaknyer macam mana la rupenyer yer...heheh...lariks!!!

izman said...

eiman,
bagus gak idea ko tu, kalau lain tahun takde bonuslink, aku angkut semua durian jual tepi jalan.

izman said...

maksu,
rejeki jangan ditolak.

burg! apsal sendawa tak habis2 yer.

izman said...

awieworld,
wah.3x... sedapnya lari lepas mengata depan2 yer. yg tengok tu sikit je sebab depan camera, kalau off camera, sendiri mau ingatlah...

Rayz said...

wah wah wah sedap ko bedal durian tu ek... nasib baik bini aku x mkn durian... makanan larangan kat umah aku tu..

Kapten Luffy said...

takper ler... aku nampak jer walaupun teringin

izman said...

nadya,
woi, tukar lah nama tu.

bukankah ko juga hantu durian? aku ingat lagi kita makan durian ditepi empangan apa tah di perlis dulu. gambar masih ada sebagai bukti.

izman said...

monkey d luffy,
ko tak makan durian ke? bukankah lanun makan serba serbi, termasuk kuda laut.