Wednesday, March 11, 2009

Kisah Mengambil Result STPM dan Tawaran ke 'U"

Terlebih dahulu aku nak ucapkan TAHNIAH kepada sahabat aku, cendawanintim (http://cendawanintim.blogspot.com) kerana disahkan MENGANDUNG anak kedua. harap wabak 'P' ini merebak kepada lebih ramai kawan2 aku yg lain. aku lagi harap ia berjangkit kat ila (http://sinopsisdariku.blogspot.com)pulak.

he.3x, entry aku yg terdahulu tiada apa2 yg sadis, cuma saje nak bermadah puitis sementara ada idea dan kecelaruan minda seketika. terima kasih pada yg bertanya khabar melalui blog, email dan phone.

awal pagi ini di tivi dan radio, termasuk di akhbar online, dikisahkan tentang kejayaan beberapa adik2 kita yg mendapat kejayaan cemerlang dalam peperiksaan STPM (sijil tinggi persekolahan malaysia). tak usah tanya berapa orang kita yg dapat cemerlang, sebab itu semua dah tau. asyik2 orang dia je cemerlang.

sebagai pelajar lepasan stpm, aku bangga dengan mereka. bukan senang menghadapinya, dan bukan senang nak cemerlang. dan aku pun bukan tergolong dalam golongan itu. cuma, selepas ini matlamat mereka adalah menara gading. dan mestilah universiti terbaik pilihan mereka.

dah cerita bab stpm dan masuk universiti. aku nak stori kisah aku juga. jangan sebut bab cemerlang, nanti aku terasa hati dan merajuk sebab aku bukan golongan itu. itu aku dah terangkan kat perenggan 3 diatas. aku nak stori bab aku menunggu2 surat masuk 'u'.

begini kisahnya....

masa result stpm akan diumumkan aku masih bekerja di emporium hock kee seng (hks) kuala terengganu. sebagai pekerja stor. bilik sewa aku kat jalan banggol tiada tivi, dan berita result stpm akan keluar diberitahu oleh makcik aku di wakaf tembesu. sebab aku tau result aku tak le seburuk mana, aku menghantar notis singkat untuk berhenti kerja. mr. lee (pegawai HR) agak keberatan melepaskan aku kerana aku agak menyerlah di bahagian stor kerana kemahiran aku yg dapat dalam masa yg singkat seperti kemahiran menyusun kotak, mengayat anak perempuan tokey yg juga pengurus stor, menyapu depan emporium tanpa segan silu, mengarah pekerja lain setelah diarahkan, menumpang membelasah pencuri yg ditangkap, menyusun duty roaster agar dapat kerja yg senang2, dan memaki hamun staff lain dengan bahasa cina jika menyusahkan pekerja stor dan banyak lagi.

aku nekad berhenti kerana aku dah tak sanggup lagi berhadapan dengan awek popaye yg asyik2 nak goda aku tengok wayang. masakan aku sanggup, asyik nak keluar menemani dia setiap malam sedangkan hati aku pada awek pasar payang. asyik2 tengok cerita cina, pening aku! lim lian na (bukan nama sebenar) apa crita agaknya sekarang? dulu, kalau kelaparan masa kerja, dialah yg selalu belanja air sirap. aku kerja stor gaji kecik, dia kerani gaji besor. kalau teringin nak makan a&w kat bangunan permint atau makan sedap2, dialah harapan aku, sesekali aku tumpangkan adik aku makan sekali. kalau sama2 tak de duit, makanlah kat medan selera kg. tiong, atau makan nasi bungkus. lagi sesak, makan mee segera perisa kari je lah!

eh.2x, lari tajuk pulak. ok, kita balik semula ke permulaan trek.

aku akhirnya berhenti kerja dan balik semula ke rumah papa aku kat pahang. result aku alhamdulillah! cukuplah dengan usaha aku yg sedikit. 5 Prinsipal. yg paling best aku disenaraikan dalam majalah sekolah antara 7 orang pelajar stpm paling cemerlang sekolah itu. jangan tanya aku rangking keberapa dalam 7 orang itu, aku penampar nanti. aku bersyukur dan dengan riak aku menunjukkan result dan buku itu kepada 'sahabat' aku yg asyik kutuk aku terlalu aktif disekolah dan menyatakan bahawa aku tak mungkin dapat 5P. sekarang ko tau siapa bodoh, kau atau aku... (aku ada buat sajak tentang ini dulu2).

nak habiskan masa tunggu pinangan 'u', aku dapat kerja sambilan jadi guru ganti. seronok gak jadi cikgu walaupun sementara. ada juga bekas anak2 murid aku dulu still panggil aku cikgu sampai sekarang walaupun tau aku kini hanyalah pekerja kilang.

saat mendebarkan berlalu terlalu lambat. aku bagaikan menanti buah yg tak gugur. aku jadi kurang selera makan. dalam sehari hanya 3 kali sahaja aku makan nasi, selebihnya aku cuma makan mee goreng, roti bakar, meegi, goreng pisang, dan lain2 didalam peti. begitulah tak lalunya aku. akhirnya.....

.... aku dapat surat jawapan 'u'. jeng...jeng ...JENGGGG!

dalam surat tu menyatakan bahawa .....
"slip jawapan bahawa permohonan anda untuk memasuki 'u' telah diterima dan diproses"

itu baru slip maklumkan bahawa borang aku baru mereka terima dan diproses. aku terus tungu, dan tunggu. dalam kalut menunggu tu aku akhirnya teringat bahawa aku bernazar untuk berpuasa 2 hari untuk setiap prinsipal yg aku dapat. dah dapat 5P, aku puasalah 10 hari. pada hari kesepuluh berpuasa, yg jatuh pada hari jumaat, sedang aku asyik bermain games age of empires, aku dikejutkan dengan laungan pakcik posto (posmen). aku malas nak layan, sebab aku dah hampir putus asa, apatah lagi ramai kawan2 dah dapat tawaran ke 'u' beberapa minggu lepas.

makcik aku pula panggil. ishh! potong stim betul lah! aku tengah menang games ni (sebab guna cheat code). dengan langkah longlai laksana cina kalah judi, aku ke rumah makcik aku yg terletak disebelah rumah papa aku. posto tu melas tunggu aku kot, tu bagi kat makcik aku. ada surat!

biasalah surat.... tapi ini surat daripada universiti utara malaysia (uum). aku jadi ghairah, dan membukanya. DAN.....ALHAMDULILLAH! aku diterima masuk ke UUM dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Sumber Manusia.



sekian......



IZZI ADVERTIZING -------------------------------------

Ketahui model-model perniagaan di internet sebagai punca pendapatan tambahan ketika krisis ekonomi ini

ATAU

Mendaftar sebagai affiliate dan mendapat RM10.00 setiap kali ada pengunjung yang membeli ebook tersebut melalui link/banner anda.

Ha.... macam minat dah tu. Sila klik banner dibawah ini :-

10 comments:

Mak Su said...

maksu ambik st, tak ambik pm. setakat 6 rendah jer. berjaya mengorat budak lelaki ting 3 dan abangnya ting 5 buat adik angkat, tapi sekarang aku tak tahu nama betul dia, chit!!

betul izman, masa maksu kat itm ler kenal ngan orang jarak 7, 8 buah kg dari rumah maksu, maksu tak ngorat dia pun, dia yg ngorat maksu, siap nak balik asrama jer dia kasik m&ms gitu. aauuwww. buat bekalan katanya, kot lapar.

budak tu hensem giler, rambut perang, mata cekelat. banding ngan aku, memang buruk giler. aku beast dia beauty, oops!

so aku tinggalkan dia kat puduraya tertunggu, aku tak datang pun. dan langsung tak keep in touch lepas tu. aku nyesal gaks sekarang, aku at least boleh kasik dia kad jemputan kawin. oops!

tapi maksu malaslah nak inform kat dalam blog, takut anak2 maksu baca, nanti depa kata maksu ni kasanova versi rembau gitu. oops!

izman said...

mak su,
he.3x, semua manusia ada cerita masing2. yg lama2 seronok dijadikan bahan cerita agar kita beringat dan mengingatkan yg lain.

tapi maksu ni boleh tahan gak kasanova dulu yer..... muah.3x

ILA said...

Amboi2!!!! kau sebut nama aku skali ye..
Terima kasih..harap2 'mashammm' air liuq kau..hehe

kalau mgandung nanti,sapa nak wat kerja aku ni???company ni tak sma dgn company lain tauuu...huhukkk

psstt..very sory tak smpat nak baca peranggan kau yg lain...

izman said...

ila,
oo... bab pregnant nampak je... teringin ke??

aku doakan cepat la. jgn jdkan kerja sebagai alasan. Allah pasti akan permudahkan urusan ko nanti.

staff 10 org pun kecoh. aku ada 200 orghang pun selambaa jee... sorang je buat.

Anonymous said...

dah ku terangkan sebelum ni Izman...(sewaktu perjumpaan kita)
bahawasanya kawan kau pegang ..HR,finance,Operation & PA kpd Bos..8 jam mana cukup kerja.

psstt..baru balik dari custom ni.buat gate pas.Cuba habaq kat aku..mana ada orang pompuan buat tu semua??except tomboy lerrr..

honestly..everyone hv to put maximum work.yup!that right what u said.Work must b smart..that y i still can b here..

:(

izman said...

AnonymousILA,
biasalah kitakan digaji utk bekerja, sudah semestinya diberi tugas setimpal.

memang masa enggak pernah cukup, 24 jam sehari juga tidak cukup! seharusnya kita buat ikut prioriti dan kepunyaan waktu.

aku faham memangnya engkau itu sibuknya ampun banget. aku juga begitu. kadangkala aku rasa mau saja tidur di kantor menyiapin kerjaanku.

apapun seharusnya kita bersyukur kerna masih mempunyai kerja dan masih punya otak untuk merencana semua kerja.

xiiinam said...

Errrr...aku tak nak lama-lama kat sini...Aku takut kena jangkit penyakit cendawaintim tu
.
.
.
.
.
.
.
.
Lariiiiiiiiiiiiiiiiiiik...

Nek Cun said...

Izman, nekcun ingat lagi masa dapat result stpm dulu nekcun dah jadi 'isteri atok'... dapat masuk ITM tapi terpaksa tolak kerana dah seronok kerja dan dapat gaji, lagi pun tekak dah mula nak 'mual-mual'(sakit pagi)... hehehe... Bila dah kerja beberapa tahun dan tengok ramai rakan sekelas dulu dah pegang jawatan tinggi, baru rasa menyesal kerna tolak tawaran ITM, so baru nak mohon masuk U... nasib baik masih boleh diterima.... mula dari situ nekcun tidak lagi menoleh ke belakang... ada 'jejaka' yang tak tahu status nekcun cuba nak ajak 'couple' tapi jadi 'frust menonggeng' bila nekcun kata dah ada 'gerabak' kat rumah!... so... kehidupan semasa di U nekcun agak hambar... tak ada couple mengaple... tapi nekcun tetap 'happy' kerana ramai lecturer yang jadi kawan sbb ada antara mereka yg kenal 'atok'.... hehehe...

izman said...

xiiinam,
u can run, but never can hide.

he.3x

izman said...

nekcun,
ok lah tu sebab masih sempat kejar cita2 masuk u walaupun dah ada 'gerabak'. ilmu tak mengenal usia. lagi best kalau ada orang 'kenal'.