Tuesday, March 17, 2009

Aku & Supplement

Tak sangka lak kena tag hari ni oleh Puan Suzie Apai (http://suzieapai.blogspot.com). Dah berkurun rasanya dah tak kena tag (atau tak jawab??). tag kali ni jenis soalan tahap budak darjah 4 anggur je. soalan tentang supplement atau ubat2 tambahan yang aku ambil setiap hari.

Crita pasal supplement ni aku nak imbas kenapa aku ambik supplement ni. begini kisah dia :-

dimasa bojang aku dulu, aku terlampau aktif berjalan malam; untuk kerja dan dikerjakan (opss! ape maksud dia ni?) so, aku perlukan makanan tambahan, aku makan roti canai, capati dan sebagainya.

Apa? tak menjawab soalan?
itu mukkaddimah jer. sebab aku hypermarket a.k.a. hyperaktif pada waktu malam, tidak tidur siang, dan makan tidak menentu; aku tiba2 tersedu2 (hiccup) tiga hari tiga malam tanpa henti. orang cakap kurang air, aku minum 2 tong air (saiz 500ml laa). doktor kata jangan makan pedas, aku stopkan sekejab. doktor kata jangan minum ais dan minuman bergas, aku ikut. tapi sedu-sedan tak jugak berhenti, yg nyata bomtot aku jugak lunyai dicucuk oleh jarum2. sedu tak berenti. kesian aku! doktor2 dan misi2 yang terlebih dulu menodai aku sebelum sempat aku persembahkan kepada isteri tersayang dimalam pertama. ish!3x, aku tak berdaya. aku diamkan je masa misi sapu cecair apa tah yg sejuk tu sebelum doktor injet aku. aku rela dalam paksa.

dah 3 hari tak berenti, dan mengacau tidur dan masa date aku. aku nekad, aku admitkan diri aku ke hospital swasta disubang jaya. mula2 dia buat x-ray, semua ok. pastu buat ultra sound. cinalat betul, sejuk banget perut aku bila diletakkan cecair macam hingus kuda atas perut aku. pastu aku menahan gelak akibat kegelian digolek2 alat ultra sound tu. apa ingat ada baby ke dalam perut aku ni?? sesekali doktor menjeling dan mengisyaratkan aku supaya diam. dah aku ni teruna, mestilah geli (teruna, orang kampung aku cakap ada 1000 kali). result? ok.

sebab aku masih hiccup, diorang jalankan satu lagi ujian. ujian kesuburan... itu lawak je lah. masukkan camera dalam perut melalui mulut. sebelum ujian, pegawai bertugas cerita prosedur ujian dan menyatakan ia sangat sekejab. sebab ia antara hospital hebat di malaysia, aku menyerah diri je pada Allah dan berusaha dengan teknologi mereka. aku tanya "sakit tak?". mereka jawab "tak sakit, lagipun ia beberapa second je. tak sampai seminit". pergh! cepatnya. aku setuju. mereka juga tanya adakah aku nak abadikan pengembaraan penjelajahan perut kedalam CD. aku cakap "boleh gak".

dari aku masuk pada seawal jam 2am, aku tidak dibenarkan makan untuk elakkan gangguan pada gambar. aku redha. ujian ketiga dah pukul 2pm, aku masih belum boleh makan. cuma minum air masak je. masuk bilik ujian, doktor dan assistant dah bersedia. doktor cerita prosedur dan aku angguk kepala seolah2 relanya unta mekah menghulurkan leher walaupun tahu akan disembelih. aku dibaringkan mengereng. tapi sebab tidak dibius tidur, cuma dispray mulut dan tekak, aku masih waras. apa kejadahnya sampai 5 orang assistant doktor ni berdiri sekeliling aku, siap pegang kaki dan tangan aku lagi. jeng...jeng..JENG!!!

masuk saje kamera (bukan camera yg biasa2 tu, ni canggih punyer), taulah kenapa orang pegang aku. rasa daging macam disiat2, NYILU sangat. air mata mengalir mencurah2 akibat kesakitan. air liur melejis2 (mengalir tanpa henti). aku dengar, jururawat wanita yg memegang tangan kanan aku meminta aku bersabar. "sabar tok hang!" kata aku dalam hati. nak cakap tak boleh sebab dalam mulut ada wayar camera.

ujian tu berlangsung dalam kurang 30 second, aku rasa macam 30 hari lamanya. tapi balik rumah dan bila tengok CD tu dengan wife sekarang, aku cakap aku rilek je. tapi wife aku tak percaya la....

sebab punca sakit dah ditemui, aku dibekalkan sebandul ubat2an yg langsung tak sedap. aku ada jugak minta ubat perasa oren atau sirap bandung, tapi tak de kata mereka. bayangkan berpuluh butir ubat aku kena makan setiap hari. aku jadi insaf. aku mula menjaga kesihatan dan selepas itu mula mencari supplement sebagai zat tambahan.

pertama aku cari jeli gamat. ia untuk mengubati luka2 diperut aku akibat terlebih asid perut. lebihan asid ni boleh disebabkan oleh perubahan waktu tidur tak menentu, waktu makan tak menentu, makan terlalu banyak makanan berasid dan berkarbonat, makan kari atau sambal banyak, dan boleh jadi sebab tension. tension! boleh jadi, bayangkan kalau sehari 2 orang ajak dating, memang tension beb! sorang kat maluri, sorang kat shah alam, sorang kat pj, sorang kat banting, ingat best ke berkejar2an. nak pikir alasan pun tension woi! salah2 kang, pecah lubang!

berbalik pada jeli gamat. mula2 tu aku disuakan jeli gamat dari langkawi. pastu aku makan gamat cosway. bila gamat cosway dihentikan pengeluaran kerana habis gamat diblender, aku pilih gamat gamoden. untuk perut memang bagus. masih amalkan, tapi ikut suka hati aku daa..

kedua, aku makan spirulina. ia berkhasiat, dan nafsu makan aku makin meluap2 walaupun sesekali memang rasa kenyang. aku makan macam yoyo, ikut suka hati aku jer.

ketiga aku makan vitamin c. untuk kesejahteraan. kalau vitamin c aku habis, abu bedal vitamin c anak2 aku yg lebih enak sebab ada bentuk buah-buahan dan berwarna warni.

efek ubat2 ini yg pertama ia berjaya menghabiskan duit aku sebab ia kena beli. kedua ia menyurangkan kekuatan aku makan sebab budget untuk beli makanan dah berkurang akibat beli ubat2 tu. ketiga aku rasa lebih sihat. bila aku sihat aku mampu berjaga malam untuk menyaksikan filem2 tamil di chanel 202 sampai pagi dan masih boleh ke pejabat dengan tak mengantuk.

18 comments:

SUZIE APAI said...

hahahaaaa.......tragis sguh la kesah suplement kamu nih..smpi ke thp tu ko di kerjakan...tak perla.

izman said...

suzie apai,
begitulah kira2nya.

ok utang tag abis yer.

Monkey D Luffy said...

suplement memang mahal kan... huhuhu

p/s: aku pun dah ternoda ni.. kena cocok bontot... :(

izman said...

monkey d luffy,
ha.3x.... ko dah ternoda, siapa lagi sudi nak kat ko...

nurazzah8 said...

haahhaha...gelak sorang-sorang baca entri kali ni... lawak sungguh... mula-mula kena kerja dan dikerjakan...itulah...sape suruh pasang awek ramai...pandai-pandailah nak tutup lubang kan...

sebab tu jgn percaya bila misi atau doktor kata "tak sakit".... itu reverse psychology... sebenarnya sakit lah tu...

pastu yang gelaknya pergi makan vit C anak2 ... hahaha.... nasib baik tak jadi perangai mcm anak2...

eh..just nak tahu, apa sebab boleh jadi sedu sedan tak berenti tu ye?

ILA said...

Bab kau tibai vitamin C anak2..tu yg tak bley tahan. Tak patut okeyyyy

sebab tu kena jaga pemakanan.POmpuan lagi cerewet lorrrr...

YanDarwisy said...

wah..sarat sungguh jawapan mu! bleh arr bukak farmasi. KPI dah satel? den tgh kering otak ni!

nadya said...

ehh...ko bukan penakut ubat ke....tu lar asyik mintak dinodai jer...

izman said...

nurazzah8,
ye la kak, reserved psikologi ni memang menakutkan.

sebab sedu ialah rembesan asid berlebihan akibat makan dan tidur tak teratur.

izman said...

ila,
kalau baik untuk anak, baik jugaklah pada bapanya.

baik ko cuba makan vitamin kanak2, best woo.... cari perisa sirap bandung.

izman said...

YanDarwisy,
he.3x, itu saki baki ayat cari makan tu.

kpi dah siap, cuma tunggu dengar presentation department lain jumaat ni.

izman said...

nadya,
woit... bila nak tukar nama ni???

ciss.. aku memang takut ubat sejak azali lagi tapi kalau sakit memang tibai la. supplement memang kena makan. spirulina tu bukan ke engko yg promote aku makan? japenese plum yg ko suruh makan memang aku tak ngam la...

Nek Cun said...

Izman... sebenarnya supplement tu tak perlu kalo kita menjaga pemakanan kita dari mula... Frankly speaking nekcun memang tak pernah ambil supplement sejak dari anak dara sunti dulu sampai sekarang... ada gak ramai kekawan yang selalu ajak2 beli supplement Amway lah, cosway lah dan entah apa-apa way lagi... tapi nekcun tak pernah ambil pun... Hanya amalkan minum air zamzam... Alhamdulillah, setakat nih boleh tahan lagi... 'masih power!'... hehehe...

Mak Su said...

teruknya pengalaman 30 seconds...sadis gaks.

izman said...

nekcun,
saya setuju. kalau lihat tok nenek kita, makan ulam2 je sihat sampai umur 100 thn lebih, awet muda lagi.

izman said...

maksu,
memang sadis. 30 second to flame, not fame.

ku tak sempurna said...

wakakakakaka... sakit perut aku baca entri ni...

sungguh sadis...
nasib baik masa buat ultrasound tu tak ketemu baby.... muehehehehe... haru haru...

aku dpt bygkan kegeliannya ltk gel tu...

muehehehehe

izman said...

ku tak sempurna,
org pompuan kena ultra sound tu ok la, haku kena??? apsal org pumpuan ok jer tak geli pun!