Saturday, March 14, 2009

Aku & Direct Selling / MLM

doq jalan2 meredah blog kawan2 tadi tiba2.... aku terhenti lama di blog Emy Sulaiman (http://fazemy.blogspot.com). Aku baca entry beliau berkaitan 'say NO to MLM'. Aku hormati apa yg diperkatakan dan tidak dinafikan banyak kebenarannya.

aku tak nak crita lebih pasal blog dia, sebab itu blog dia, dia boleh tulis apa sahaja. dan kita wajar menghormatinya.

sebab aku takde modal hari ni, aku nak crita pengalaman pahit maung aku dalam dunia MLM (multi Level Marketing) dan beberapa direct selling yg lain. Dalam hal mendirect selling ini, aku akan ada menyebut beberapa nama syarikat. bukan niat aku untuk menyatakan bahawa syarikat mereka bagus atau tidak, plan pemasaran mereka ok atau tidak; crita sekadar cerita aku yg tidak berapa berjaya dalam direct selling setakat ini. mana tau suatu masa aku boleh berjaya dengan mlm ini, siapa tau...

begini kisahnya.....

aku mula mengenal direct selling (mlm) secara sebenar2nya masa aku masuk universiti. kesempitan hidup di kampus, tambahan aku dilahirkan dari golongan kelas 3 anggur, memaksa aku mencari sedikit duit saku sendiri. kalau kampus di kota raya, boleh juga bekerja dimana kedai 7-11, atau restoran makanan segera. tapi aku belajar di kawasan hutan, bersempadan dengan siam letaknya kampus kami. tak keterlaluan aku katakan pada masa itu kami belajar tempat jin bertendang.

dengan sedikit loan, dan kiriman keluarga kira2 rm300 sebulan, apalah yg boleh dibuat. duit loan biasanya dihabiskan untuk bayar yuran, buku2, dan kolej kediaman. duit kiriman papa aku pula cukup untuk mengalas perut makan nasi bungkus. seikhlasnya memang aku hidup setakat cukup makan. sebab itu kalau tengok gambar2 lama aku agak slim, berbanding sekarang yg dah 'roi'. dikampus biasanya aku jarang makan nasi goreng telur bungkus (nasi pattaya) yg famous amos disana, selalunya aku hanya makan nasi dengan telor goreng; siap bungkus makan di bilik. untuk menelempias nafsu berpoya2, kadang2 lari jugak budget, dan terpaksalah kakak aku yg mengirimkan uang jajan.

jadi kapala ligat berfikir nak cari duit poket. walaupun duduk dalam kawasan hutan, tak kan aku nak jadi tarzan nak dapatkan makanan. so, aku dan kawan2 yg senasib biasanya akan ambik upah karang dan taip assignment. kadang2 jadi jugak balaci kawan2 dengan menjadi teman dating. biasalah, kawan nak dating, makwe bawa kawan dia, so akulah jadi mangsa itu. nak kata jadi gigolo tak sesuai pulak, sebab aku cuma dibelanja makan bersama dan boleh tengok wayang bersama2 (tempat duduk jauh2 la...). Oklah, lepas duit makan sehari.

disitulah bermula perkenalan aku dengan dunia direct selling dan dunia cepat kaya. ini antara yg aku pernah termasuk seperti berikut :-

1) skim jualan batu permata dari hong kong.
aku masih ingat ada kawan, sukma (bukan nama sebenar) ajak aku dan beberapa kawan dengaq taklimat. memang menarik, syarat dia beli satu set kalung berharga rm800 dan sistem auto generate komisen. boleh kaya ribu riban. syarikat ni kat luar negeri. ramai gak yg masuk. aku? tak masuk sebab aku tak de duit sebanyak tu. Alhamdulillah, aku tak terkena. sykt tu sekejab je ilang, yg masuk tak sempat rasapun komisen walaupun seringgit.


2) c*i network
aku masukpun kerana ajakan sukma (bukan nama sebenar)jugak. bayar starter pack agak mahal. aku masuk jugak sebab excited nak berjaya. tapi hampa sebab aku tak dapat mentain point tiap2 bulan, tambahan pulak terlalu ramai ahli dikolej aku, nak jual kat sape? aku biarkan je sampai keahlian luput.


3) tm global network.
sykt ni kawan baik aku si razman (memang nama sebenar) yg kenalkan. seluruh keluarga dia masuk, dan akupun masuk sama. malah aku dan razman pernah uruskan sesi penerangan sykt ni kat uum utk satu sesi talk. ramai jugak yg masuk. kami pulun gila2, dan atas pertolongan razman & family dlm group sales, aku dan keluarga dia terpilih ke seminar kecemerlangan sykt itu di melaka. memang grand, yg rasmi tu org politik besar. lepas beberapa ketika, ia melingkup. sykt melayu.


4) a*w*y.
aku secara ikhlas masuk kerana masa tu nak pakai henpon line 018 (mobikom). aku daftar line guna keahlian a*w*y sebab dapat diskaun 50%. pernah beli 2-3 barang je kot sebab aku memang tak faham plan dia, dan tak terfikir nak faham. bila dah kerja aku tak renewkan keahlian sebab company dah bagi aku henpon dan line 016 (digi). yg aku tak suka menda ni ialah nak beli barang kena melalui upline, upline aku duduk jauh dan punya la mangkuk.


5) cosway.
ini aku masuk kerana ajakan razman (nama sebenar) jugak. agak berat aku nak keluarkan rm60 sebagai yuran keahlian. tapi sebab termakan budi, dan adik kembar dia lawa, aku masuk dengan hati yg berat. tapi alhamdulillah ia sedikit mengubah hidup aku. dengan kemahiran bercakap dan memujuk yg aku pelajari dalam kelas pengurusan sumber manusia, aku gunakan sepenuhnya. aku pujuk kawan2 masuk, dan masa sesuai ialah masa dapat loan. razman beberapa kali membawa aku ke talk dan seminar cosway dibeberapa lokasi termasuk penang, sungai petani, alor setar, taipan subang jaya,dan kuala lumpur. motivasi aku meningkat, apatah lagi berjumpa dan berdialog dengan jutawan cosway seperti kapten mohan. pernah juga aku ke talk oleh mr al chuah (MD cosway)di wisma cosway KL. diperingkat 'u' aku orang pertama menyediakan kertas kerja kepada institut pengurusanan keusahawanan (ipk) universiti supaya dianjurkan seminar industri jualan langsung. aku dilantik sebagai pengarah projek. aku dapat menyakinkan seorang penyarah keusahawan yg membenci mlm untuk memberi ceramah pembukaan. aku ajak kapten mohan berucap, disamping perundingcara tersohor tuan haji yeap bin puteh. sambutan sangat menggalakkan.

dlm kesibukan waktu belajar, aku juga sempat membuka gerai jualan di pusat perniagaan universiti iaitu 'The Mall' untuk jualan barangan cosway. barang2 jualan tu aku ambik dulu dari stokis changlun yg percaya dengan aku. alhamdulillah setiap kali sales, memang tidak menghampakan. yg bagus tentang uum ialah, kalau nak meniaga kena ambik permit dan berdaftar dengan IPK. kalau PMK (purata mata keseluruhan) atau pointer jatuh lebih dari 2.0, memang permit ditarik balik. alhamdulillah, aku ok jer (bukan scorer la.... ).

namun bila dah kerja beberapa tahun, aku berubah menjauhi mana2 direct selling sebab nak jaga hati aweeeks. aweek rasa aku lebih sayang cosway dari mereka, dan henpon aku sering berbunyi. alasan aku untuk elak awek bising ialah downlines call tanya (sebenarnya awek lain). dan keahlian aku tamat tanpa direnew. bila fikir2 balik sape nak bagi duit dan tawaran murah termasuk redemption (penebusan barang), aku join balik ahli cosway. fresh start. aku buat keputusan ikut kepala sendiri. aku tak mau libatkan perempuan dalam keputusan ini. cukuplah sebelumnya dek kerana perempuan aku dah rugikan duit masuk yg angkanya boleh membuat aku pinar. benarlah kata pepatah cina "kelembutan buah dada wanita adalah pusara para perwira".

dah masuk kali kedua, kali ni aku tak de nak pujuk2 orang nak jadi ahli, tak de nak jual2 barang secara promote berlebihan. aku jadi ahli sebab wife aku suka barang2 dia, kami jadi pengguna sahaja. kawan2 yang datang ke rumah atau kawan sepejabat yg minat aku suruh diorang beli sendiri kat cosway yg cawangannya bersepahan. aku cuma bagi nombor keahlian aku. kawan2 yg aku tengok aktif membeli dan menjual, aku suruh jadi ahli sebab aku tak mampu nak bayar mereka komisen. Alhamdulillah, setiap bulan adalah sikit duit komisen masyuk! cukuplah buat beli gula2 untuk anak2.


6) h** o' marketing
ini aku terkena ngan kawan. dia ajak aku minum2 sebab lama dah tak jumpa. dah kawan, aku keluarlah, bawak anak lelaki aku sekali. dah jumpa, dia kata tunggu kawan dia sekejab. aku ok jer. tup..tup.... segerombolan kawan2 dia datang. mereka promote masuk dan digalakkan masuk skim berpuluh ribu ringgit. aku terkedu, kerana kawan aku just isi form. dan kata nak fikir dulu sebab duit sebanyak itu bukan boleh petik dari pokok. mereka siap dah sediakan borang apply loan.

yg aku sakit hati tu, perempuan yg buat promote hari tu siap merendah2kan kami sebagai orang yg ketinggalan, tidak mahu memajukan diri dan masih ditahap bawahan. ye lah, member aku dan beberapa ahli yg diceramahkan hari tu semua posmen. aku je kerja kilang. beberapa hati selepas tu mereka buat follow-up, aku kata tak berminat. mereka kata aku tolak tuah dan enggan berubah. biarlah! kawan aku dan beberapa kawannya yg lain masuk. mereka apply loan. bulan kedua, kawan aku call dan cakap dia dah dapat duit RM4000 kot. aku cakap baguslah. bulan seterusnya, dan seterusnya bila aku call si kawan tu, dia enggan menjawab soalan aku. pada aku, aku boleh usahakan duit sebanyak itu, tapi nak cari beberapa kawan yg kena duit sebanyak itu memerlukan usaha gigih, dan bayangkan kalau ada yg tak dapat sekurang2nya lagi 2 ahli... apapun, aku percaya buat yg minat meniaga ia tak merugikan sebab mereka masih buleh jual atau pakai sendiri set2 korset atau water filter tu.


7) hpa
ni aku kenal sejak di uum lagi, tapi aku tak masuk. bila kerja, ada kawan yg berniaga menda ni, dan keluarga aku menggunanya termasuk kopi radix, kismis, jus pegaga (bukan aku minum), minyak but-but dan beberapa lagi. disebabkan berpindah syarikat kawan aku tu syorkan aku jadi ahli. cuma rm20 dan aku senang hati jadi ahli dan membeli setiap bulan. adalah sedikit pulangan, cuma aku belum terbuka hati nak aktif dan menyertai kursus kepimpinan mereka. aku juga suka memberi keahlian aku bila ada sahabat yg ingin membelinya. kalau aku gi beli untuk mereka dan menjualnya dengan harga ahli, aku rugi duit minyak beb! kecualilah mereka kirim kalau aku pegi beli, itu kira ikhlaslah!


8) bio asli
ni aku masukpun tak de lah lama sangat. tahun lepas je kot. mula2 beli sebab kawan seopis jual minyak asli kelapa dara. wife aku sebelumnya memang gunakan minyak kelapa dara ni untuk diri sendiri dan anak2, dah ada orang jual diopis dengan lebih murah. baik beli kat opis. member tu kemudiannya dapat tawaran kerja di proton, dan menggalakkan aku jadi ahli. PERCUMA. aku masuklah. semuanya online, so senanglah bagi aku. bayaran aku buatlah melalui online, dalam 2-5 hari dapat barang.

dah dasar lelaki, kalau ada barang KUAT semua orang nak. aku belilah sebotol, dan usha2 pinjamkan kat kawan2 supaya cuma. sambil2 tu ceritalah sedikit khasiat dan kelebihannya. dah cuba.... Pergh! tak menang tangan aku melayan order yg banyak. akupun tak tamak, walaupun aku sepatutnya dapat untung sekurang2nya rm10 setiap botol, aku ambik rm5 hengget je. kalau kawan2 promote kat kawan2 diorang, aku ikhlaskan je duit untung tu. tak kisah, aku dapat untung yg company bagi dan masuk pool. pernah aku langsung tak ambik untung, tiba2 dapat pool yang bolehkan aku beli barang berganda2 harganya. syukurlah!

member2 yang malu2 badak nak beli melalui aku tu aku cakap "kalau ada masa korang tengok2lah website dia, kalau minat teruslah order online. dia akan terus hantar ke rumah korang. tak siapa yg tau. aku pun tak tau". (tak kan korang tak faham lagi, tu ayat promote lerrr...)



izzi note :
semua cerita diatas adalah berdasarkan pengalaman peribadi aku semata2. aku tidak berniat menjatuhkan atau menaikkan mana2 MLM. mungkin ditangan aku, tidak menjadi, tapi orang lain dah ramai jadi kaya raya. so, korang fikir2kanlah.




IZZI ADVERTISEMENT---------------------------------------------------

Sesiapa dah terpengaruh sikit2 dengan promo aku tu, korang buleh layari WEBSITE BERIKUT



diulangi, ini link dia, sila klik kalau minat www.bio-asli.com/?id=izzi

9 comments:

Monkey D Luffy said...

apa pun... tak nak join ler...

nak bisnes pun biar bisnes kecil asalakna bukan mlm

Nur a.k.a admansyah said...

ko ada bakat jadi bisnessMan rupe-nya! dan... x sangka sumer-nya bermula dr belajar lagi.

Keep it up Bro!

Boleh aku tanye 1 Q : ko percaya tak yg MLM boleh buat org jadi kaye? errr... mcm yg bergambo ngan Merc & BM dlm catalog tur!

izman said...

monkey d luffy,
ok.. aku criter je. ko bujang, kalau ko masuk, aku yg TAKUT subahat. kuang.3x

izman said...

nur aka admansyah,
aku percaya sebab memang dah aka sahabat yg berjaya. cuma usaha mereka sangat berlipat ganda, masa mereka sangat terhad untuk menda lain kecuali menda tu jer.

sesetengah catalog tu aku percaya. sesetengah tu aku muskil sebab plat kereta tidak ditunjukkan. akupun buleh ambik gambar ngan kereta mewah kat tepi2 parking lot.

Abang Long said...

Kad keahlian MLM memang banyak dalam poket Abang long.

Cuma yang masih bertahan ialah AMWAY, itupun untuk guna sendiri sahaja.

KV said...

ha*o marketing tu kan, ada jiran suami aku ni. Before ni dorang laki bini mmg berlagak ah depan kami. Kami wat bodoh jer. Tetiba abg dia (kawan suami aku gak) ajak nak jumpa. Sbg menghormati rakan, suami aku pergi lah jumpa. Rupa2 nya nak kempen suh jadi downline dia. Sanggup ketepikan ego dan keberlagakan dia tu semata mata nak ajak suami ku join. Haha.
Sayang weh 20 800 tu bukan senang nak kumpul.

ownz said...

citer bioasli tu tergantung la en. izman.. apa kesudahannya..
anyway selamat maju jaya.. :)

aida shah said...

MLM kat luar tu pada pendapat saya banyaknya cam fantasi dari realiti, macam pakai kereta besar tu sebenarnya free of charge ke?

p/s akhirnya bertemu MLM yang telus dan barang2nya halalan toyyibah.

ShineLight said...

Proud of u bro..memang hati kental..saya sekali saja kena smpai skg xmau masuk jerat lagi.auda memang otak bukan.mindbisness.