Thursday, March 19, 2009

Aku & Kerja Sambilan

aku sebenarnya takde idea nak buat entri, tapi bila jenjalan ke blog2 tadi, aku tertarik ngan blog kapten monkey d luffy (http://monkeydlulffy.blogspot.com). kapten lanun yg kuat berimiginasi ni semenjak dua menjak ni asyik cerita pasal pengalaman kerja part time dia masa kat sabah dulu. since aku banyak kali gi sabah, terutamanya tawau; rasanya tempat tu boleh agak2. bandar tawau bukannya besor mane pun. aku dulu kalau rajin terus ke semporna, kalau flight dah lewat, tido dulu kat tawau. may be masa tu kapten ni pernah kerja kat situ. kuang.3x. (sori kapten, terlebih sudah gelakkan ko. tapi aku suka baca entri2 ko tu).

actually, aku banyak pengalaman kerja part time atau kerja sementara sama ada menunggu result periksa atau cuti semester. aku ni jenis hyperactive, kalau cuba dudukkan aku kat rumah sehari tanpa keluar, atau jumpa manusia2 lain kat luar, aku jadi kesawanan. antara kerja yg pernah aku buat termasuklah jadi penjual buah2an, jual goreng2an, kerja pasaraya, kerja kedai runcit, kerja cikgu ganti, kerja penoreh getah, kerja jual ikan, kerja cyber cafe, kerja cafe & bakery, dan banyak lagilah.

untuk hari ni, aku nak crita pengalaman aku kerja di sebuah cafe & bakery tersohor di bandar kuantan, pahang. toksah cari ler, cafe ni dah ditutup.

begini kisahnya.... masa semester break universiti yg agak panjang, aku tinggal dengan kawan baik aku di galing kem, kuantan. dia kerja surveyor tanah. sebab dia duduk rumah bujang, aku tumpang le. aku panggil kawan aku sebagai along, sebab dia anak sulung. kami tinggal berjiran dulu, dan masih rapat sampai sekarang. dialah orang yg banyak mengajar aku erti kehidupan dan tipu daya manusia. sebab along selalu kutip hutang, lawak je lah. aku ulang balik; sebab along selalu keluar bekerja dan meninggalkan aku dirumah keseorangan, aku jadi bosan. transport takde sebab along bawak. aku mula cari kerja. masa tu aku agak rockers edngan rambut yg agak panjang, pakai rantai, dan gelang. mana mampu beli emas, lagipun HARAM. aku pakai jenis tali atau kulit je. tengahari aku keluar cari kerja sebab aku bangun tengahari. tapi aku solat subuh yer. giler ke hapa kalau tak solat subuh, berdosa. lagipun rumah sewa tu betul2 depan surau. tuan rumah pulak ajk surau. tiap2 pagi mesti dia ketuk pintu suruh berjemaah. takde pilihan beb! he.3x...

aku ronda tawaf bandar kuantan cari kerja. kebanyakkan dia nak perempuan je. eleh! ingat aku hingin sangat ke kerja takat kedai hardware atau dobi atau kedai buku tu. pirah! aku cari lagi... tak dapat jugak. pelbagai ragam bakal majikan ni. antara sebab aku tak diterima ialah aku rambut panjang, aku tak tau cakap cina, aku bukan pompuan. ala aku tau mereka jeles kalau orang cam aku kerja situ, saham mereka mesti jatuh punya kena tengeh ngan aku. bila ditanya kelulusan, aku cuma cakap takat spm je. tu pon kantoi.

aku jalan lagi, pergi sebuah pasaraya yg agak hebat. mintak kerja stor. pegawai HR yg interview aku agak impress dgn pengalaman aku dalam mengenal, menyusun dan membuat dokumentasi. ye lah... aku kan pernah kerja di emporium hock kee seng, kuala terengganu. Alhamdulillah, aku diterima walaupun langsung takde sijil, dan masa interview tu peluh mengalir dari muka dan ketiak sebab tawaf berjalan kaki dan panas terik. pegawai tu kata "Ok, izman. esok awak boleh mula kerja. tapi potong rambut tu dulu". aku jadi sedih dan berkata "tak pelah encik, saya memang nakkan kerja. tapi kalau rambut saya jadi halangan. saya cari kerja lainlah". aku bersalam dengan hormat dan tidak lupa mengucapkan terima kasih pada pegawai HR itu. diapun tak ada pilihan, dah polisi pasaraya lah tu kot tak benarkan rambut panjang!

hari pertama aku hampa. aku balik rumah sewa. esoknya pagi2 lagi aku dah keluar cari kerja member aku hantar. aku cuba cari restoran atau cafe pulak. cafe ni dulu agak terkenal di kuantan dulu, sekarang dah tutup. barangkali sebab pemiliknya dah meninggal dunia. masa aku kerja dulupun pasangan suami isteri tu pun dah tua. ia terletak sebelah hotel agak ternama. sebelum aku masuk, aku dah siap baca doa penerang hati bagi kelancaran menjawab soalan2 nanti. aku masuk ke dalam cafe dan bakery yang bercermin gelap tu.

masuk je, mata orang dikaunter terus menjurus kepada aku. aku rasa malu, seolah2 dibogelkan dikhalayak ramai. aku cuba cover, dan berkata dalam hati "apsal semua orang pandang aku ni? tak pernah tengok orang ensem mintak kerja kedai kek?". aku kata dalam hati je lah, kalau kata kuat2, nanti muntah hijau pulak orang dalam kedai tu.

aku menghampiri kaunter, dan mula bertanya ada kerja kosong tak? si wanita cina jaga kaunter mula memanggil tokey kedai. seorang nyonya. dia bertanya aku beberapa soalan, termasuk soalan "Lu orang ada sekolah ka?". aku jawab "ya, mem. saya sekolah sampai tingkatan 5. sekarang kena kerja. saya orang susah". aku saje buat2 bodoh, padahal aku tau ingat tanya aku masih belajar lagikah. walaupun rambut panjang tapi muka orang cerdik masih ketara diwajah aku (tolong jangan muntah yer). mem tu cakap "ok, lu boleh kejila sini". aku cakap terima kasih, dan tanya bila buleh mula. mem cakap "lu kelija sekarang la". tanpa bertanya gaji dan waktu kerja, aku terus kerja. nampak sangat aku desperado. dari jam 10am, aku kelija sampai 8pm. makan tengahari disediakan. walaupun kedai cina, ia berstatus halal, dan 80% pekerja termasuk pekerja dapur adalah melayu Islam.

yang best. masuk kerja je, aku disuakan kepada line leader, seorang budak yg betul2 lepasan spm, tapi kerja dah beberapa tahun kerana spm dia memang hancus. budak lelaki melayu. mula2 aku berkenalan dengan kawasan kedai. pastu aku berkenalan dengan meja dan kerusi. aku kena hafal nombor meja yg disusun suka hati nenek tiri dia. caca merba, mungkin faktor fengsui kot, tapi aku cam suwey je nak mengingatnya.

pastu diajar cara tulis order. ni bab kalau aku ingat aku jadi hangin satu badan. rasa diperbodohkan oleh orang bodoh. ini antara perbualan kami dalam 'on the job training' tersebut:-

si pengajar : mang (panggilan nama aku. mamat ni keturunan teganu. mang...mang, ingat aku ni siamang ke?). awok tau dok nulis?
si kurang ajar : tau.
si pengajar : awok tau bahasa inggeris? sini tulis bahasa inggeris.
si kurang ajar : terkebil2 (menahan sabar dari menampar muka si pengajar)
si pengajar : tak pe mang. saye tau awok dok pandai. saye boleh ajor. kalau pelanggang mintok nasi ayang, awok kena tulis chicken rice dalam buku order. cuma awok eja 'chicken rice'.
si kurang ajar : c.h.i.c.k.e.n, chicken. r.i.c.e, rice. chicken rice.
i pengajar : bagus. saye tau awok buleh eja sebab itu senang. adik saye sekoloh rendoh pun reti eja. awok mesti tau tau eja chicken chop, lamp chop, sirlon stick, fish and chip dan banyak lagi...

sesi sibodoh memperbodohkan si cerdik pelajar universiti berlangsung dalam setengah jam. bagusnya dia cakap aku cepat belajar. 2-3 hari pertama kerja, masa ambik order, dia akan bersiri sebelah aku tengok skill aku. yg cilanatnya masa aku bari approach meja pelanggan nak ambik order, dia yg terlebih sudu dari kuah itu memaklumkan kepada pelanggan aku ni masih belum pandai, baru kerja. ek.. eleh, lorat la lu mat!

alhamdulillah, berkat aku belajar, dan sikap aku yg friendly, dalam msa sekejab je aku dah kamceng dengan senior staff yg jaga pantry. kalau boss atau si cashier pengampu boss tak nampak, dia akan suakan air berkarbonat atau bancuhkan air horlick kegemaran aku. minum horlick memang nahas la kalau boss tau, mahal oo....

baru dua hari kerja, aku dipanggil oleh tokey lelaki ikut dia. bestnya naik kereta mewah dia, aku ingat mesti dia nak ajak aku gi beli barang. meleset! dia bawak aku pegi tepi sungai kuantan. pergh! udara nya yg nyaman. ciss... pegi majlis perbandaran kuantan, kena cucuk ubat elak jangkitan penyakit bagi penyedia makanan. pastu buat kad penyedia makanan mpk. sakit siot! ingat aku ada gen anjing gile ke nak cucuk2.

alhamdulillah dari hari pertama aku kerja, aku dah berjaya manarik hati mem besar. berbanding orang lain yg liat menyusun barang didapur yg kotor, dan membuka menutup shutter door. aku jadi anak plastik (bukan tahap anak emas lagi)mem besar. tiap kali nak balik je pasti dia akan berikan 4-5 bijik produk pastry yg seminggu lagi nak expired untuk aku bawa balik. padahal semua cakap mem tu kedekut pahit. belum expired, bedal je lah. alhamdulillah, berkat aku baik ngan mem besar, aku selalu dapat makan tengahari special, kadang2 ikut mem dan boss pegi beli barang. yg best aku duduk belakang macam boss (sebab mem dan laki dia duduk depan). lagi best bila tokey itu ada dapat surat tulis melayu, dia mintak aku baca dan translate kat dia. sebagai upah, dia hulur rm10. rejeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.... aku dengan malu2 badak, ambik je.

alamak, dah terlebih sudah entry kali ni. sebab malas nak sambung, aku buat summary menda2 best yg pernah aku/kami buat kat sana.

1) kalau ada pelanggan kerek, dan memaki mana2 sahabat2 kami, memang pelanggan tu akan ditimpa suwey. pekerja pantry akan ludah dalam air dia, atau meletakkan hasil korekan hidung dalam makanan. sebab tu aku tak suka maki pekerja2 restoran. kalau aku maki pun, bila aku nak bayar atau dah tak nak makan lagi.

2) duit tips dikehendaki diserah pada cashier. kami ada tabung dan diagih setiap minggu pada semua pekerja berdasarkan token. aku mula2 memang ikhlas, semua tips aku hantar cashier, tapi aku mula perasan semua staff memang simpan tips tu dalam poket sendiri. so, aku amalkan kepimpinan melalui teladan. duit ringgit atau syiling 50 sen aku sebat, yg sen kecil2, bagi cashier. sehari untuk aku dapat antara rm10-30 ringgit.

3) mulut kena manis. ada guna jugak aku belajar HR. sesama staff aku ada competition. contohnya, kalau berjaya promote 3 set smoked salmon, kami dapat satu set untuk lunch. kalau individual payah sebab ia tak boleh dibawa ke hari esok. sebagai orang terpelajar (kononnya) aku ajar mereka berpakat. kalau hari tu contohnya aku dapat satu, si A dapat satu, dan si C dapat satu; kami declare kat cashier, aku dapat. so aku dapat makan menu tu. esok, bagi kat si A. lusa bagi kat si C. so, semua dapat rasa. alah... waiter dan waitress memang muka yg sama hari2.

saat lagi dua minggu kampus bersambung. aku mula berjumpa mem cakap nak berhenti. aku cakap aku nak masuk universiti. mem cuma senyum. dia cakap "wa tau, lu sekolah punya olang". masa last day aku kerja, dia suruh datang ambik gaji sebelum aku balik kampung. dia bayar gaji dan beri aku rm100 extra. boss lelaki sambil peluk aku seluk poket aku beri rm50. pastu dibekalkan pasry dan air untuk bekalan dalam bas balik jerantut.

budak tak lulus spm tu jadi kemaluan amat sangat bila tau aku pelajar universiti. mulanya dia tak percaya, saje aku tunjukkan kad matrik aku. malu dia, ada setebal kulit biawak rasanya kulit muka dia menahan malu. pengalaman kerja disitu banyak membantu aku dalam mengenal erti hidup.


izzi note :
panjang sikit kali ni, sempena cuti sabtu ahad, korang bacalah perlahan2.






IZZI ADVERTIZING-------------------------------------

Panduan membuat duit PERCUMA melalu survey ringkas.

9 comments:

Mak Su said...

whoaa... mulai hari ni, saya mulut manyak manis maaa

Monkey D Luffy said...

whoaaa... ada jumpa lagi ker pasangan yang sangat baik hati tu?

bagus ler org mcm tu kan?

SUZIE APAI said...

pernah jadi "siti sony" kt bangi masa cuti sem....hehhehe..

mmg keje2 mcm tu ler yg byk ngajor kita erti pekerjaan..

pekerjaan=tanggungjwb=bebanan=upah

letihhhh............

izman said...

maksu,
kena bermanis mulut. memang ada kegunaannya.

yg perlu dielak ialah kencing manis.

izman said...

monkey d luffy,
terlebih dulu aku ucap terima kasih kat ko sebab berikan idea pd aku utk tulis entry ni.

dah tutup, dengar crita dari adik aku yg duduk area situ, dua2nya dah meninggal dunia. anak2 dia memang businessman dan doktor. so, kedai tutup.

izman said...

suzie apai,
apsal cakap jdi siti sony tak cakap minah kilang? kuang.3x.

apapun pengalaman2 tu bawa kematangan dlm diri seseorang.

Anonymous said...

best le baca your blog..aku & kerja sambilan.. kelakar dan good story teller

ukhti_mujahadah said...

Salam'alaik..
Pergh best gila cerita pengalaman ni..
Haha..
Banyak boleh sedut ilmu kemanusiaan...
Aiwah~
T.kasih atas tunjuk ajar secara tak langsung melalui entri ni..
T.kasih tuan tanah.. T.kasih.. Barakallah

Zairul Akma Redzali said...

Sahabatku yang dihormati,

Perniagaannya berisiko rendah dan menghasilkan pulangan yang amat lumayan http://oun.stiforpmy.com/

Tidak inginkah anda jadi orang kaya dengan MODAL KECIL?
KLIK SINI http://oun.stiforpmy.com/ http://oun.STIFORPPRO.com

Mungkin anda boleh ikut cara saya jika anda menyimpan cita2 untuk berjaya dalam usahaniaga di Internet. Baca nih http://simplebisnes.net/oun

Bisnes mudah beginilah yang menjadi pilihan saya ketika saya masih rabun IT suatu ketika dahulu. yang ni http://simplebisnes.net/oun

Tahukah anda boleh buat duit dengan debit kad anda. Nak tau cara dia? Jom Buat Duit. KLIK SINI http://simplebisnes.net/oun

Satu Revolusi dalam cara berbisnes, mampu menjana income pasif sehingga usd2047.00 sebulan walaupun Hanya Dari Rumah !!!
Rahsianya disini http://simplebisnes.net/oun

Fenomena Terkini!!! Cara mudah giler buat duit hanya dari rumah dgn Stiforp. KLIK SEKARANG http://simplebisnes.net/oun

Jika anda tidak menjana sekurang-kurangnya rm100 sehari di internet, anda telah melakukan satu kesilapan, Jom tengok sini http://simplebisnes.net/oun


Semoga Membantu,