Monday, October 6, 2008

Siri Ikhtibar : Hargailah isteri

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak.

Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja denganTuhan... jadi 'kilang ' manusia..
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan su amin ya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat su amin ya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia
hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

" Wahai Tuhan...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ....

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ..ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laailaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaahaillalLah', kamu pasti berjaya!"

Marilah kita ucapkan kalimah ini:
"Laa ilaaha illallah!" x 10

Sumber : email daripada Syahrul Nizam (qiyaii)


Gambar Hiasan : Pika dan ummi. Ni isteri aku, korang hargailah isteri korang. Gile aper hargai bini orang lain.

izzi note :
Kepada sahabat2 yang dah beristeri, hargailah isteri2 anda. Mereka banyak berjasa pada kita dan anak2 kita. bangun awal pagi mandi (faham2 je lah), menyediakan juadah bersahur, uruskan anak2, urus rumah, urus juadah berbuka. Ni musim beraya, mereka jugalah akan uruskan juadah untuk rumah terbuka.

6 comments:

Mak Su said...

hehehe, kalu hargai isteri org lain, kot kot dapat kuih raya sebalang free, ahaks

izman said...

mak su,
yg confirm dapat balang kuih raya atas kelapa ada la...

Nur a.k.a admansyah said...

baguih ler hang papar isu cenggini. Nanti aku nak suruh hubby aku baca! touching beb...

dulu aku dok pikir gak Izman... awat ler my mum `baik' noo.. ngan kami. kami merajuk die pujuk, kami tak nak mkn masakan die, mum yg `habiskan'. Now aku dah jadi ibu... baru ku-tahu! pengorbanan ibu @ isteri tiada tandingan-nya! ewaahh...

izman said...

nur a.k.a admansyah,
ibu2 ni baik pd anak2 sebab itu sifat azali mereka. bila teringat mami aku, bergenang air mata.

cendawanintim said...

owhhhhh, sangat la touching n3 ko nih...

kekadang, aku ngeluh jugak bila penat kat opis, di tambah plak ngan keje di rumah, jenis aku plak, tak ske tengok rumah bersepah, balik dari opis rumah tempat berehat dan manja2 ngan famili...itu sumer keje aku laaaa....keje opis plus keje umah..owhhhh...tak abis2 ngan kerja333...tu lom masuk bab dikerjakan lagik tuh..oppppsss!

izman said...

cendawanintim,
life is like that! cuma alangkah baiknya jika semua suami memahami dan membantu isteri mereka.

mcm aku ni tahap pemalas gak nak bantu dlm kerja rumah, so kena la bagi special massage ke makan special ke utk wife n anak2 sbg harga mereka.