Monday, May 30, 2011

Bersama Tok Mat : Lembu Makan Sardin

dalam era kemodenan ni, aku tak nafikan anak2 dah banyak tak kenal binatang. sifat kebinatangan, aku memang harap dan berdoa anak aku takde, tapi at least mereka kenal nama2 binatang.

seebelum aku kawin, aku pernah gelakkan kawan aku yg bercerita yang anak2nya tak kenal antara lembu dan kambing. biasalah orang johor bahru. tapi bila dah kawin dan beranak pinak, cerita yang sama terjadi pada anak2 aku. selalu sangat mereka tertukar antara lembu dan kambing. ye lah, binatang yang sangat asing kepada mereka sebab mereka membesar tanpa kelibat binatang2 tu. pergi zoo negara atau zoo melaka tu memang tiap2 tahun, tapi lebih kepada tengok rimau, gajah, cipan dan seumpamanya.

bercerita pasal lembu, masa remaja dulu aku tinggal dengan datuk aku, tok mat. tok mat adalah polis penen yang garang. tok mat pada suatu masa tu ada membela lembu pawah dari kerajaan. kerajaan beri lembu betina, penjaga lembu kena cari mana2 bapak lembu untuk membuntingkan lembu betina itu. kemudian dapat anak lembu. anak lembu itu akan jadi hak milik orang yang memawah lembu terbabit. ibu lembu itu pula masih boleh dipelihara atau boleh diserah balik kepada kerajaan.

biasalah orang kampung, tanah luas. tanah datuk aku di batu balai memanjang ke belakang dalam 5-6 ekar. di depan itu biasalah tapak rumah datuk dan tapak rumah papa aku. 2-3 ekar pertama tu kawasan tanam pokok kelapa, pisang, durian, rambutan dan seangkatan dengannya. lagi kebelakang ialah tanah getah.

masa datuk memawah lembu, sebenarnya akulah yang menjaga lembu2 itu. balik sekolah, lepas pergi mengaji rumah cik aji (emak ustaz ahmad dusuki), giliran aku untuk mengalihkan lembu2 itu ke tempat yang ada rumput. kalau tak de rumput? aku kena cari rumput dimana2, beri lembu itu makan. biasanya tempat yang banyak rumput adalah ditepi hutan kecil dibelakang rumah kami. di sekitar pokok buluh yang dah bertahun2 kewujudannya. even dari kecik selalu bermain disitu, seriua jugak, tok mat selalu cakap ada orang halus disitu, syaitan juga suka bermain disitu. ala tok mat selalu sakat aku, suruh aku jadi pemberani. even aku selalunya takutkan syaitan disitu, aku terpaksa juga bawa lembu2 makan disitu. aku lebih takutkan tok mat dari syaitan disitu. syaitan barangkali setakat menakut2kan aku, dan paling2 demam sehari dua. takpe tok mat bomoh, dia boleh jampi. tapi kalau tok mat yang marah, mampos aku pergi sekolah tak ada wang saku, tak boleh tumpang kereta dia ke sekolah. kalau lagi teruk mungkin tak dapat aku makan nasik kat rumah dia.

dah pastikan lembu dapat port yang baik untuk makan rumput, bolehlah aku ke sekolah cina batu balai untuk main bola. paling best dapat tengok gadis pilihan aku bermain dengan sepupu2nya disitu. adik soh, itulah gelaran gadis manis yang aku minati masa itu. sebaya aku. sambil2 main bola, sambil2 aku tengok dia. bila bunyi generator enjin lampu dipasang, aku cepat2 balik rumah. nak kena ambik lembu di belakang dan bawa ke depan, ke kandang lembu la. pastu kena hidupkan unggun api, letak kayu api untuk pastikan api tu menyala sampai pagi. begitulah hari2 sampai tok mat jual lembu yang diperolehinya.

semua diatas adalah mukaddimahnya, aku nak cerita pasal lembu makan sardin.

lembu2 tok mat makan rumput yang tumbuh secara semulajadi, bukan rumput yang ditanam atau beri makan pallet. tapi kekadang tok mat yang sangat rajin berkebun meracun semak samun ditanahnya. tu yang orang cakap bodoh macam lembu; bukan lembu tu tak nampak masa aku dan tok mat meracun disekitar tempat lembu2 tu makan. bukan lembu2 tu tak boleh hidu bau racun, tapi rumput yang kena racunpun dimakan jugak.

lembu yang dah termakan rumput beracun dapat dilihat dari fizikal yang lemah, kurang selera makan rumput dan mulutnya berbuih.

kami dikampung tak bawa lembu sakit jumpa bomoh, bawa ke hospital juga tidak. kami gunakan rawatan tradisional, pakai air akar kayu. heh... itu tipu je. kalau lembu tok mat keracunan, biasanya akulah yang jadi mangsa kena beri sardin pada lembu2 tu. kenapa akupun tak tau, tapi ia sangat mujarab. lepas 30 minit makan sardin, lembu2 tu dah mula berselera makan rumput.

err... kalau orang yang minum racun, boleh ke kita bagi makan sardin?

8 comments:

Wanpetunjuk said...

Salam ziarah...

Erkkk....nak ubati lembu yg keracunan kena bagi sardin. Menarik ni.. :)

aza ni said...

man.
sardin cap bapak ayam ke yang merah?

zaman tu ada dua brand je kan?

Anonymous said...

panjang gila mukaddimah

sardin tu ada bahan kimia melawan racun kot

izman said...

wan mohd hidayat :

pertamanya, terima kasih kerana singgah disini.

yup, itulah realitinya pada zaman itu. sardin sekarang tak pasti pulak la.

izman said...

azani :
kalau tak silap saya la bang, sardin tin merah. ye, takde banyak pilihan masa tu. yg merah bagi lembu, cap ayam manusia yang makan.

izman said...

aimi & pakcik hashim :

cam tak biasa... ha.ha..ha....

may be kandungan khasiat sardin tu bagus, atau kimia dalam tin sardin yang bagus. he.he.he...

Iliana said...

fuhhhh..ilmu baru ni..ke lembu Tok Mat je yg gitu??? Nak sardin cap ayam je ke? hehe

izman said...

iliana :
semua lembu kot... atau lembu zaman dulu2 je. entahlah