Friday, April 10, 2009

Cik kiaH dah Kebah Demam Panas

hari ni aku datang dengan senyum sampai ke telinga. pasal semalam Hari Bapa? ada la jugak kaitannya, tapi hari bapa aku sekarang dah tak de Off Day, so.... FULL STOP!
tapi ia lebih berkaitan kesihatan cik kiaH aku (kereta aku dah). cik kiaH aku dah pulih dari demam panas (aircond bocor).

demam panas ni dah berlaku beberapa waktu yg lalu tapi aku biarkan. mula2 tu aku pergi tambah gas aircond, tapi dalam 2 hari kering. sah! something bocor. aku pergi beberapa kedai, rata2 kedai bila tengok cik kiaH je terus letak harga tinggi. mentang2lah cik kiaH orang asing, suka2 hati je diorang letak harga. cik kiaH datang secara sah tau, bukan pendatang haram. cik KiaH pakai kad pengenalan penduduk tetap, sebagai orang KL lagi.

bila gas kering, kepanasanlah aku kalau pergi kerja, nasiblah jarak dari opis ke rumah cuma kurang 5 minit. yg tak syiok bila bawa wife dan anak2, panas! walaupun buka tingkap, tetap panas. luqman lagi best, dah la gi sekolah duduk belakang macam boss, dan aku kelihatan macam supir. dah tu siap tanya "ayah belum buat aircond ke? ayah takde duitke?". sabo je lah anak aku ni.

dalam 5-6 kedai aircond yg semua orang cin nun, memang aku kena tekan kaw2 punya. paling murah rm680, paling mahal rm830. tapi satu kedai paling aku geram ialah kedai kat area rumah aku, dah la kenal, dia sembelih aku hidup2. hari rabu masa aku beri kereta pada dia suruh check dan repair, dia bukak je pintu driver, hidupkan enjin sambil berdiri, mencium2 bau didalam kereta dan berkata....

cina repair aircond : abang, abang punye kereta aircond bocor. mau repair rm830.
melayu aircond rosak : lai, lu check dulu la.... belum check sudah tau harga ka?
cina repair aircond : saya sudah tau punya. aircond bocor, tukar cooling coil, servis. rm830.
melayu aircond rosak : saya tinggal saya punya kereta, lu check dulu, nanti lu call saya apa rosak, berapa harga mau repair..
cina repair aircond : tak payah la abang.... saya sudah tau. itu cooling coil bocor. tak boleh tampal, ini model mahal oo....
jiran melayu aircond rosak : (baru sampai kerana nak bawa aku balik opis) eh... ah lai, ini saya punya kawan punya kereta, apa rosak?
cina repair aircond : Oo... ini you punya kawan ka? saya ingat dia punya cooling coil sudah bocor banyak. kena kasi tukar.
jiran melayu aircond rosak : berapa?
cina repair aircond : rm830.
jiran melayu aircond rosak : mak ai...mahalnya. apasat mahal?
cina repair aircond : ini model susah la abang. kena kasi bukak itu dashboard.
jiran melayu aircond rosak : lu gila ka... mana ada orang repair aircond bukak dashboard. bukak itu drawer dashboard saje kan?
cina repair aircond : kena bukak semua dashboard la abang.
jiran melayu aircond rosak : (menyelip mata) kalau tinggal kereta berapa lama siap?
cina repair aircond : ini lama la abang. satu hari. malam pukul 8-9 baru siap.
jiran melayu aircond rosak : Oo... man, boleh tinggal kereta?
melayu aircond rosak : sampai malam tak boleh la... mau pakai kereta. nanti senang saya datang.
cina repair aircond : abang nanti hantar saya la repair.... saya kasi harga murah punya.
jiran melayu aircond rosak : berapa? lu kawan2 pun kasi harga tinggi..
cina aircond : kita kawan sudah lama, wa kasi lu rm680.
jiran melayu aircond rosak : nanti bila dia free saya cakap dia hantar you. nanti saya bincang dia. (sambil berlalu dengan melayu aircond rosak)

hari khamis, tengah aku buntu nak hantar kat mana, masa nak ambik anak aku si luqman kat tadika, aku berborak dengan jiran satu perumahan aku, yg juga baru aku ambik sebagai penyedia makanan cafeteria kat kilang aku kerja. dia cadangkan aku ke kedai aircond melayu, orang kelantan yg juga kawan dia. pukul 2pm hari yg sama aku pegi hantar aircond. aku mulalah speeking kelate yg kadang2 berbunyi macam bahasa siam. tokey kedai kata kena check dulu untuk tau rosak apa, tapi sementara kawan aku datang ambik, aku tengoklah dulu dia check kebocoran paip aircond guna alatan dia, pastu guna deria telinga dan kemudian air sabun. piping aircond tak bocor, argh..lega! tapi bila tokey kedai kata kena check detail takut cooling coil yg bocor.

tokey kedai : mey, kalu sikit2 boco buleh tampa gune solder, tapi kalu banyok boco atau boco besa, demo keno tuka coolong coil.
pelanggan : maha ko kalu tuka?
tokey kedai : keno tengok dulu boco mano, kalu buleh tapa, kawe tapa. kalau banyok tu kene tuka. kawe estimed dale rm400 ko rm450 jah. model ni mahal sikek.
pelanggan : demo tengok lah dulu, kalu buleh tapa tu, tapa dululah.
tokey kedai : tak po lah tu. kawe check dulu. kalu tau rosok gapo, kawe telepon demo dulu. kalu setuju baru kawe buak. tak maha, kawe wi harga saing2 jah. demo kelate dok mano?
pelanggan : (terkedu) mok ayoh kawe dah pindoh dok pehe (pahang) doh lo ni. tai sedaro maro rama lagi duk sano.
tokey kedai : pehe dok mano?
pelanggan : kak jerantut.
tokey kedai : kawe denga kak jerantut tu rama orang kelate.
pelanggan : rama.
tokey kedai : kalu kelate beloh mano?
pelanggan : (aduhh... kat mana ye?) kak pasir mah (pasir mas).
tokey kedai : ooo... pasih mah. kawe dok tanah meroh (tanah merah). kampung gapo pasir mah?
pelanggan : (arghh... lagi kacau. apa nama kampung tok nenek aku ni?)err.. tau lah (tak tau @ tak ingat). lamo tok balik, besonya mok nge ayoh kito jah balik nak-nak tahun. kito jare kelik.
tokey kedai : doh berapo taun tok kelik kelate ni?
pelanggan : err... tau lah. ado la 3-4 taun (sambil menahan malu)
tokey kedai : tok leh gitu mey weii... keno la kelek jupo sedaro maro.
pelanggan : meme ado raso nok kelik, tapi busy sokmo. raso2 tahun ni lepas bini kito beranok nak kelik jugo. nak bowok anok-anok kena' warih waroh. ingat nak bowok sampa taba (tak bai), munduk, naro (narathiwat). rama lagi tok2 sedaro sie' (siam @ thailand) nuh.
tokey kedai : molek la tu.
pelanggan : ok lah, saing dah mari tu, nati teleponlah.
tokey kedai : ok, bereh!

setelah beberapa kali tokey kedai call beritahu kerosakan dan anggaran kos, termasuk suruh tengaok dulu kerosakan sebelum dia tukar. aku serahkan pada dia je. dan akhirnya cik kiaH dah pulih dari demam panasnya. aku raikan dengan makan char kuew teow hayda kat taman pendamar indah satu.

apa? harga? siap tukar barang2 yg rosak yg nyata bukan cooling coil. buat full servis, betulkan meter aircond dan sewaktu dengannya... rm330. aku lupa apa nama kedai ni, tapi ia terletak di lot kedai kota pendamar. kalau nak maklumat lanjut, call tokey dia 017-2109751 (Rauf).





IZZI ADVERTIZING-------------------------------------------

Sertailah survey PERCUMA dan di BAYAR dalam RINGGIT MALAYSIA. Klik banner untuk info :-

22 comments:

luluchen said...

ooo rauf eh..den konal,satu tompek kojo dlu tu.(ni kira ada bunyi2 kelate ke..)

izman said...

luluchen,
banyak la ko punya bunyi kelate. itu cam bunyi nogori sombilan ajo.

Lily.Lulu said...

dabel charge tu kalau kat kedai cina tu

giler laaaa !!!
sib baik dapat jumpa kedai yg sesuai dan harga yg berpatutan

:)

julietchun said...

kalo pompuan yg anta keta lagi ler cin nun sembelih kaw2.

xiiinam said...

He..he...baca dialog ni, rasa macam ckLah ada sama di tengah-tengah korang tau....he..he..


Errr...hari bapa ya semalam?
Bila pulak hari pak Ngah..Pak Lang...hari Pak long dan Abang Lop?
Mueheheh

Rozita said...

ooo kim salam kat cik kiah

eiman@nurizan said...

confirm la tuh rauf keje sapura dulu.. ada bukak kedai area simpang ada kuil tuh.. bila ko kata gi kedai aircond melayu tu masa baca dah agak dah kedai dia... D-Razz ke hape nama kedai tuh.. hehe

izman said...

lily.lulu,
nasib baik jumpa gak kedai yg murah, dan org kite.

seronok betullah pengantin baru ni...

izman said...

julietchun,
may be lah, biasanya diorang sembelih org yg cam aku, tak reti pasal menda yg nak direpair.

izman said...

xiiinam,
terasa penghayatan ke? seronoknya (kombang idung).

hari pakngah, paklong pun semalam jugak.

ima shhs said...

huhuhu...:p

cendawanintim said...

seb baik jumpa kedai ngan rege yang berpatutan..

izman said...

rozita,
boleh. trima kasih singgah.

izman said...

eiman @ nurizan,
ye betul! bekas pekerja sapura ke? baguslah kalau dah berdikari.

izman said...

ima shhs..

he.3x

izman said...

cendawanintim,
Alhamdulillah, kalau tak, lagi rabak la poket aku.

Snow Peace said...

hahahhaha..anak boss ayah supir...sama kes mcm somi duk depan..wife duk blakang jaga anak2...so somi supir wife ngan anak2 boss...

izman said...

snowpeace,
gelak ye... somi mmg supir. anak2 memang bos, tapi wife takat jadi 'neng pembantu rumah @ baby sitter' je... he.3x

Ad Rifza said...

Manyakk mahal ooo sikalang kalo aicon ada rosakk ooo...Separuh gaji bleh habis utk aicon saja..huhu..so harap2 kete Ad nanti habis gas jer laa..tak nak laa bocor sana sini..huhu..

izman said...

ad rifza,
harap2 begitulah. mahal o... habis lari budget

ILA said...

Huby Aku pun baru tukauuu aircond C En Kancilnya..arga Rm300 gakkk..

Ehhh..mana de kreta jenama "CIK KIAH" oiii...kilang mana yg keluarkannn???

KV said...

mujur tok keno kencin ko cino tu, dih.