Thursday, April 23, 2009

Pekerjaan Dalam Perkahwinan (Untuk Wanita)

Sorilah kalau ada kawan2 datang ke blog aku hari ni untuk baca entry terbaru tapi hampa. kebizian banyak. so, sementara menunggu solat isyak ni aku update sikit, nak update lewat sangat malam ni tak boleh. ala korang faham2lah, hari bapa.

balik kerja, ditempat kerja dan pemberitahuan dari keluarga dikampung menyebabkan jadual ke kenduri kahwin aku agak penuh untuk bulan 5 dan 6 ini. adik perempuan aku (mak lain) akan nikah bln 6. sepupu aku hujung bulan 6. member seopis ada 2 orang nak nikah bulan 6. apsal bulan 6 ye? dah start musim dia ke? atau sempena musim hujan. kerana majlis kahwin terlalu banyak yg payah aku nak tolak termasuk dari pekerja di sini dan kawan2 lama. mau tak mau, kena pergi tunjuk muka. kalau tak dapat pegipun, aku seboleh2nya akan kirim 'salam'. orang dah bagi kad mahal2 tak kan kirim salam pakai air liur je kot. jatuhlah standard sirim aku.

cakap pasal kahwin, aku teringat perbualan aku dengan seorang sahabat berbangsa india bernama nirmala (bukan nama sebenar). di opis tempat aku pertama kerja dulu majoriti adalah perempuan, aku dan 2 boss aku jelah jantan diopis utama. jadi secara tak langsung, akulah manusia yg paling hensem di pejabat utama itu. ye lah.. yg lain2 tu pakai warna metalik, aku je pakai cat emultion.

si nirmala ni agak cantik, tapi jenis bendul walaupun keluaran universiti. dia mengaku pergaulan dia terhad, dan dia jenis anak yg duduk bawah ketiak mak. satu hari dia ke pejabat dengan sangat girang. ingatkan dia kena nombor ekor ke hape, tapi rupanya dia cakap mak dia dah dapatkan jodoh untuk dia. dia akan berkahwin tidak lama lagi. cilakak betul, species gatal nak berlaki rupanya!

aku yg memang terkenal dengan laser disk di opis mula bersoal jawab dengan nirmala apa yg dia faham tentang erti perkahwinan.

si mulut laser : nirmala, you gatal2 nak kahwin ni you tau tak kahwin tu apa?
nirmala : tau lah. mak i dah cakap. i kena hidup dengan lelaki tu sampai mati. kemudian lahirkan anak2 dia.
si mulut laser : cis! macam senang je u cakap. kahwin ni susah. so, u jangan happy sangat. u tak baca statistik berapa ramai orang dah jadi janda. dah berapa ramai isteri kena lacurkan oleh suami. ada isteri yg tak tahan dalam perkahwinan dan buduk diri. itu statistik betul, majoriti melibatkan bangsa u.
nirmala : tapi bakal hubby i mother i kenal. famili kami dah lama kenal. diapun educated, balik dari luar negeri.
si mulut laser : itu you lagi salah. kebanyakkan kes penderaan memang melibatkan orang yg kita kenal. kerana kenal kita cuma diamkan. dan akhirnya membawa kepada bunuh diri.
nirmala : habis, u tak nak kawin?
si mulut laser : mestilah i nak. syiok oo... kawin. tapi konsep i sebagai lelaki lain, u perempuan lain.
nirmala : apa yg lainnya?
si mulut laser : kalau lelaki kawain, dia akan jadi ketua keluarga. dia ada power. u kena ikut cakap suami u.
nirmala : i rasa ok je.
si mulut laser : u betul2 naif la.... u cuba tanya kak thana, kak liza apa erti perkahwinan. u sekarang betul2 anak manja. orang tegus u nangis. boss marah, u balik. dah kawin u tak boleh mcam tu. mother u pun dah tak boleh masuk campur.
nirmala : i rasa i boleh handle jadi wife.
si mulut laser : u belum rasai, u boleh cakap. sekarang u buat kerja di opis, balik mother u dah masak, pakaian u dia dah basuh. dah kawin itu semua kerja u.
nirmala : kalau basuh baju, i tau.
si mulut laser : nirmala, ini terus terang i cakap dengan u suruh u bersedia. bila u dah sign sanggup kahwin dan dapat tittle wife, u sebenarnya secara automatik menyerahkan diri u untuk bekerja 24 jam sehari sehingga u mati.
nirmala : apa kaitan kahwin dengan kerja sampai mati?
si mulut murai : ala... apalah benak sangat kamu ni! begini... setelah berkahwin sebenarnya kamu dah menjawat pelbagai jenis pekerjaan. kamu may be masih perlu bekerja dipejabat untuk support family. antara lain pekerjaan yg kamu kena buat ialah :-

1)kamu adalah TUKANG MASAK utk family kamu.
2)kamu juga TUKANG CUCI pakaian.
3)kamu perlu jadi TUKANG KEBUN untuk mencantikkan halaman rumah kamu.
4)kamu adalah AMAH atau BABY SITTER kepada anak2 kamu.
5)kamu adalah PENGAWAL KESELAMATAN kepada anak2 dan hartabenda suami kamu.
6)kamu adalah PEMANDU kepada anak2 kamu yg bersekolah barangkali.
7)kamu adalah TUKANG SAPU yang membersihkan rumah setiap hari.
8)kamu adalah JURURAWAT yang terpaksa bersengkang mata jika suami atau anak sakit.
9)kamu adalah TUKANG URUT yg memberi kelegaan kepada suami yg keletihan.
10) kamu adalah OPERATOR TELEFON yang menjawab panggilan dan memanggil suami kamu di rumah.
11) kamu ibarat POSMEN yg terpaksa menghantar kad2 atau barangan yg disuruh suami atau menjemput rakan taulan untuk majlis di rumah kamu.
12) kamu ibarat KERANI yang kerjanya mengisi borang2 dan pelbagai dokumen untuk suami dan anak2 termasuklah borang cukai dan perbelanjaan keluarga.
13)kamu ibarat GURU yang mengajar anak2 di rumah.
14) dan yang paling basic kerja yg perlu kamu lakukan dengan baik ialah sebagai GADIS PELAYAN yang perlu melayan keperluan nafsu suami kamu.

(diam)

nirmala : (termenung) u ni teruklah izman. u belum kawin, mana u tau semua ni perlu perempuan buat? i tak mau cakap dengan u.
si mulut laser : (tersengih dan kemudian turun ke kantin pekena teh tarik tanpa rasa bersalah.)



IZZI ADVERTIZING-----------------------------------

22 comments:

eiman@nurizan said...

hah? takde orang komen lagi.. jadinya nirmala tu kawin ke tak lepas kena saiko ngan ko?

Monkey D Luffy said...

kasihan si nirmala ko takutkan dia

izman said...

eiman@nurizan,
dia tetap kawin. lagi berkobar2 kot. ha.3x.

aku bukan tak bagi dia kawin tapi aku nak dia sedar realiti perkahwinan.

izman said...

monkey d luffy,
sebagai kawan aku nak ingatkan dia. dia langsung tak pernah mencuci satu piring sekalipun dirumah, apatah lagi mencuci spender sendiri. semuanya emak buat. biar dia tahu realiti sebenar.

memang lepas tu dia mengaku, perkahwinan dia memang memenatkan.

Anonymous said...

Izman, jahatlah kamu!! he, he, kawan tu nak mendirikan kuil, biarlah dia..Kakak kagum Izman ni banyak sungguh modal untuk berblog..

izman said...

kakak,
bukan takutkan, tapi sedarkan dia. he.3x.

banyak idea? idea mengarut banyak le..

trima kasih singgah. tak de blog ke buleh saya visit kakak balik.

asis said...

yela..sume pun pompuan..
tsk3..

julietchun said...

aku pun tetibe rasa seram cam nirmala gak. "jahatlah ko ni",kekekeke.

izman said...

asis,
nak buat camner... tapi lelaki yg bergelar suami tu biasanya org2 yg baik. kami akan membantu.

nadya said...

Mey ..cite ler experience ko gi dia punye majlis kawin lak...
ko kan duduk front row time tu..

izman said...

julietchun,
aku jahat? betul ape? cuba ko tanya kakak ko...

tapi again, carilah lelaki yg baik utk membantu membuat kerja tu.

izman said...

nadya,
cilako ko ni, asyik pecah lubang je.

mentang2lah aku dengan diorang sekulit, asyik2 aku je kena saf depan. kat kuil pun aku saf depan ko tau. tetamu istimewa, nasib baik aku tak makan nasi restu kuil.

Nek Cun said...

Izman, bagi Islam pula perkahwinan bukanlah sesuatu yang memenatkan bagi pompuan... ianya adalah satu rezeki dan rahmat kerana setiap kali wanita melahirkan anak dari perkahwinan yang sah, allah akan ampunkan segala dosa-dosanya. Isteri yang solelah dan mendapat keredhaan suami pulak, boleh memasukki syurga melalui mana-mana pintu yang dia suka!... bukankah itu satu keuntungan wanita yang berkahwin...
Tentang bermacam-macam tugas itu... sebenarnya bukanlah 'kewajipan isteri'... sekiranya suaminya mampu, maka suamilah yang 'wjib' menyediakan pembantu untuk menjalankan semua kerja-kerja tu... kerja yang wajib bagi isteri hanyalah sebagai 'gadis pelayan' untuk melayan nafsu batin suaminya!...
Nekcun rasa, kalau si Nirmala ni tahu kelebihan isteri dalam Islam, tentu dia terus nak memelok ugama Islam... dan entah-entah...akan ajak Izman kahwin plak!... opps!...jangan isteri Izman baca ni plak... kang marah plak dia pada nekcun!... hehehe....

izman said...

nekcun,
saya setuju. yg saya ceritakan tu cuma secebis kenangan lalu, masa masih bujang jahil.

saya setuju bahawa rumahtangga adalah tanggungjawab suami dan isteri secara bersama.

secangkir madu merah said...

izman, seorang perempuan yang sudah berkahwin memang memenatkan tapi kalau tahu keseronokkannya habis sekolah terus kahwin...

izman said...

secangkir madu merah,
saya setuju kak. kalau tau cam ni seronoknya kawin, dapat kerja terus saya pinang anak dara orang.

Jard The Great said...

lazernyer mulut... ahahaha...

skang dah kawen.. ko tak bising2 macam tuh dah???

cahayaqaseh said...

emmmm...kawin tu bukan senang...kena buat persediaan dan perancangan awal-awal.
bila dah bersedia untuk pikul tanggungjawab sbg suami, isteri, bapa, ibu, datuk, nenek dan seangkatan dgnnya (kalau umur panjang.

tapi sekarang ramai yang tak pikir panjang. sbb tu penceraian byk berlaku.

apa-apa pun semuanya terletak ditangan kita. bagaimana kita mengemudikan bahtera rumahtangga kita.


salam singgah
cahayaqaseh

izman said...

jard the great,
masih... tapi bukan di rumah. rumahku syurgaku.

izman said...

cahayaqaseh,
tapi tak le sesusah manapun... tanggungjawab je agak berat bagi siapa yg takutkan Allah.

Mak Su said...

haiyoo....takutnya dengan jenis2 pekerjaan tu

Lily.Lulu said...

heheheh
betul apa yang abang cakapkan tu

sekarang ni bila dah kahwin dan menjadi seorang isteri, macam2 tanggungjawab yang perlu kita pikul dan lakukan

Insya-Allah selagi terdaya, akan saya lakukan sebaik mungkin

:)