Monday, April 13, 2009

Ekspesi Muka Bayi Diawal Kelahiran

Tah ape aku nak berblog hari ni akupun tak tau. banyak sgt meeting, balik je rasa ilang mood nak pegang laptop. mood cuma nak bermain2 dengan anak2 dan bergaul dengan isteri.

untuk elakkan korang datang sini balik dengan hampa takde entry baru, aku sertakanlah gambar bayi yg baru2 dilahirkan. korang tengoklah ekspressi muka mereka. sebagai bapa yg pernah melihat isteri kesayangan bertarung nyawa melahirkan anak, aku memang rasa sangat bertuah. dan bertambah sayang pada isteri dan anak2.

saat yg paling seronok ialah masa lihat bayi itu diletakkan diatas perut isteri, dan si bayi menangis manja. uweee.... uweeee..! seronok betul! terasa mengalir air mata aku bila kedua2 isteri dan anak selamat. yg tak berapa syioknya ilah bermulalah 100 hari berpuasa bagi si ayah. perggh! penuh air bertakung dalam kepala, sampai meleleh ke serembrum dan sereblum (betul ke istilah tu, lantaklah!).

lagi satu bila isteri berpantang selain kena puasa ialah kena tahan berjaga malam. walaupun anak2 aku kecik2 memang menetek, tapi aku selalu gak berjaga tolong dodoikan anak tidur, nyanyikan dia lagu, dan tukang bancuh air untuk isteri. itu masih ok bagi aku, yg paling aku rasa azab ialah terpaksa hidu bau2 pelbagai2 rempah ratus. bau pilis, bau parem, bau minyak angin, dan pelbagai lagi memang awal2 isteri bersalin anak pertama berjaya membuat aku muntah hijau.

ada lagi.... dah la isteri kena pantang makan (dan suami pantang isteri), pernah satu kali wife masak air akar kayu dalam periuk khas dia. may be wife nak minum air akar kayu tu, dia letakkan dalam mug. aku yang balik kerja masuk dapur kedahagaan terpandang air teh. ye lah air akar kayu memang serupa air teh kecuali bau dan rasanya. aku terus ngap je. Uwekkk! berhamburan air akar kayu. pahitnya sampai ke sarap tunjang. punya la bengong kepala aku lepas minum air tu. kepahitannya terasa ke tulang hitam. untuk meredakan kepahitan tu, aku hantukkan kepala ke dinding, sambil2 tu masukkan sesudu gula kedalam mulut.

apa2pun aku bersyukur dengan kelahiran anak2 aku, dan pada kawan2 yg dah terjangkit sindrom P ni aku ucapkan tahniah. pada ila, aku doakan cepat2 lah jangkit sama.

sambil2 tu korang layanlah gambar bayi baru lahir ni yer. cute miutnya mereka. sebenarnya ada dalam 30 keping gambar mereka, aku bagi sikit jelah ye.















IZZI ADVERTIZING------------------------------------------


klik banner ini untuk maklumat lanjut...



Kandungan Ebuku Ini :
1) Sejarah Kaedah
2) Cara Mengira
3) Huraian Nombor
4) Nombor Kombinasi
5) Analisa Kekuatan, Kelemahan dan Potensi
6) Perniagaan Yang Sesuai
7) Arah Kejayaan dan Kekayaan
8) Potensi Penyakit
9) Kod Jutawan
10)Strategi Kejayaan dan Kekayaan

Minat?? Klik banner atas tu.

19 comments:

KV said...

yg tu siap genggam penumbuk nak marah betul agaknya.
Aku tak sanggup harungi pantang dah rasa nya. Huhu

Ms.Lilies said...

hehehe....imagine Puan Isteri yg minum tu cemana rupanya

Anonymous said...

masuk ni..dah 3 kali aku nengok gambar2 ni..lalu email.cuma bezanya kau letak sebagai entry..dlm blog.

elehh..ni pun kau dpt dr email gak kan...


ila..

izman said...

kv,
ish.3x, dah stop production ke?? muda lagi wei...

izman said...

ms. lilies,
aku cuba bayangkan, dan buat aku nak muntah. apsal pompuan menda pahit, kelat, payau, masam dan sebagainya diorang ok je. lidah diorang lain ke??

izman said...

ila,
dah 3 kali dapat? so.... tak teringin lagi ke??

julietchun said...

rumah aku sekarang bau macam kilang buat minyak panas kat Langkawi,maklum ler kakak aku kan baru bersalin 2minggu.

cendawanintim said...

wahhhhh, banyak gambo tu!!

Jard The Great said...

waa.. aku baru saksikan muka bayi baru lahir smlm.. hehe.. teringin lak.. hahaha..

Tijah said...

kau tak lama lagi kena berpantang la nampaknyer ye tak? hehehe

nadya said...

tu lar ...minum x baca bismillah... nasibb baik air akar kayu. Kalau kacip fatimah... asyik nak mengacip jer lar ko mey...

Mick_63mB3l2_SeTuJu said...

hee,,,
LuCU-lucU MUKaNya
TerINgaT Masa KecIL
MUka MicK YaNg mana Ya?

izman said...

julietchun,
sambil2 tu ko belajar2lah pegang baby ke hape.

izman said...

cendawanintim,
seronokkan nak tunggu baby lahir.

izman said...

jard the great,
teringin? baguslah ada keinginan. tapi cari pasangan, pastu nikah dulu yer.

izman said...

tijah,
iye..... 100 hari lak tu.

izman said...

nadya aka razman,
air kecutkan peranakan kot, kalau kacip patimah, lagi keraplah dapat baby, asyik mengacip je. ha.3x

izman said...

mick,
saya yakin kalau mick tentu yg mukanya happy aje, sesuai dgn mick yg periang.

Monkey D Luffy said...

aku nak yg cute ler