Friday, April 3, 2009

Aku Sebagai Mr. Mama

Semalam (02/04/09) seharian aku cuti, dan seharian juga aku jadi Mr. Mama. pagi2 aku hantar anak ke tadika, pasti hantar wife ke klinik ibu2 mengandung. since wife pergi checking aku sukarela jaga anak perempuan kesayangan aku, pika.

since wife ke klinik awal, dia dah sarapan sendiri. lepas anto wife, aku bawa pika pekena roti canai telur di kedai mamak. nak balik rumah aku beli surat khabar the star. di rumah, pika tak betah duduk, asyik2 nak beriba je. maklumlah tak pernah sekalipun duduk jauh dari ummi dia. suruh tengok tivi, tak mau. bila aku duduk baca paper, dia duduk atas aku. aku baring baca paper, dia duduk atas belakang aku. adui... anak kesayangan. pastu cakap 'ayah, nyanyi milla". sebab dah tak perlu earth hours, aku pasangkan je koleksi lagu2 milla. aku meneruskan bacaan surat khabar, tapi pika landing baik atas belakang aku. asal dia tak nangis, dah le.

punya la bosan, semua pages paper aku baca sampai lah ke 'obituary' pun aku baca. sebab pika berkelakuan baik, aku jenguk dapur. masak air. pastu aku basuh pakaian. pastu aku kemas dapur. pastu aku basuh pinggan. pastu aku susun pinggan kat rak. pastu aku cuci bilik air. pastu aku mop bilik. bila masa dah time, aku ambik luqman kat tadika. aku singgah beli sup daging dan gulai daging. ingat nak beli nasi sekali, tapi aku batalkan. masak sendiri, jimat. lagipun aku makan banyak, kalau tapau nasi, mau 5 bungkus. he.3x.

kat gerai sup tu, wife call. nurse mintak surat nikah dan IC aku. since dekat aku singgah je la. seronok anak2 jumpa ummi dia. yg tak bestnya misi2 saje nak fool kan aku.

misi : ni suaminya? mana surat nikah?
laki orang : Nah (sambil suakan kad nikah dan IC). kad nikah la. surat nikah kat rumah.
misi : kad nikah pun ok. apa nombor telefon isteri?
laki orang : err.. (sambil pandang isteri)
misi : saya saje nak tanya kamu? tau tak? tak kan nombor telefon isteri tak ingat?
laki orang : memang tak ingat. nombor saya sendiri pun kadang2 saya lupa. (sambil bacakan nombor telefon wife dari henset)
misi : tarikh kahwin ingat?
laki orang : tu ada tulis kat kad tu.
misi : anak dah berapa orang?
laki orang : 2 orang.
misi : tarikh lahir anak?
laki orang : yg pertama 21/12/2004. kedua 21/07/2006.
misi : bagus! ingat tarikh lahir anak. tarikh lahir isteri ingat?
laki orang : (sengih je)
misi : dah tau dah. lelaki ni kalau anak2 ingat. bini sendiri tak ingat.
laki orang : (diam de... pompuan ni memang kalau bercakap memang susah berenti)
misi : kerja apa? bagi alamat dan nombor telefon syarikat sekali.
laki orang : saya kerja kilang, ni alamat dan nombor telefon (sambil menyuakan kad)
misi : Oo... hari ni cuti ke?
laki orang : ye cuti. jaga anak la. kenapa anak dah nak masuk 3, tapi daftar kena surat nikah lagi.
misi : sekarang ni macam2 dah terjadi. ada yang dah bercerai lama tapi mengandung. ada yg mengandung setelah berkahwin semula, tapi kalau kira anak tu anak suami yg lama.
laki orang : Ooo...
misi : dah siap. tak payah tunggu. lambat lagi ni. so, makan kat kedai ke ni?
laki orang : tak, masak kat rumah.
misi : baguslah pandai masak.
laki orang : (tersengih mcam kerang busuk. he.3x. aku masak nasi je. lauk2 siap masak dah beli. aku tengok wife macam tak caya aku masak)

balik rumah dengan anak2, aku terus masak nasi. anak2 aku lambakkan mereka dengan roti, choki-choki, jeli dan siap buat susu untuk mereka. aku biarkan mereka bermain diruang tamu sementara aku berperang didapur. pengakuan ikhlas : itulah kali pertama aku masak sejak berkahwin dulu. masa wife pantangpun aku tapau kat kedai je.

sementara nasi masak, aku basuh kain 2nd round. pastu mop bilik bacaan pulak. sambil2 berlari2 jugak ke ruang tamu bila dengar si pika menangis. biasalah berebut makanan. aku tenangkan keduanya, sambil nasihatkan tentang kesusahan kanak2 kat afrika yang tiada makanan.

luqman : afrika tu kat mana ayah?
ayah : afrika tu dekat benua afrika. kan luqman dah tengok cerita orang afrika dekat astro. orang dia hitam, perut besar, tak pakai baju dan seluar.
luqman : dia perut besar macam ayah ke?
ayah : lagi besar. perut dia besar sebab kurang makan.
luqman : ayah makan, makan... perut ayah jadi besar. kenapa perut dia besar?
ayah : ayah perut besar sebab banyak makan, dia perut besar sebab kurang makan. ada cacing dalam perut dia. dia sakit.
luqman : dia sakit tak pergi klinik ke ayah? ayah dia tak bawak ke ayah?
ayah : ayah dia tak ada duit.
luqman : ayah dia tak kerja kilang macam ayah ke? ayah dia tak ada kereta?
ayah : tak ada. ayah dia naik keldai.
luqman : keldai tu apa ayah?
ayah : keldai tu donkey.
luqman : luqman tau donkey.
ayah : dah! jangan gaduh2 lagi. ayah nak masak.
luqman : ayah masak. ayah nak jadi perempuan ke?
ayah : bukan. ummi pegi check adik. ayah kena tolong masak. nanti luqman dan pika nak makan nasi tak?
luqman & pika : Nak!
ayah : dah, pegi main elok2. malam ni kita pegi tesco.
luqman & pika : yeah! tesco.... sayang ayah (sambik kedua2nya mencium pipi ayah)

pukul 1pm, wife call bagitau ambik dia, orang terlalu ramai. may be pukul 3-4 petang pun belum tentu siap turn dia. masih menunggu giliran tunggu doktor sedangkan ujian2 lain dah siap. wife diberi appointment baru minggu depan sebab dah tak sanggup tunggu. aku tak kisah sebenarnya sebab aku memang cuti satu hari. aku ambik wife balik rumah, dan dia terkejut. nasi dah masak, kain berbasuh, pinggan dah basuh dan disusun rapi, bilik2 berbau wangi di mop. wife cuma tanya "kenapa tak jemur kain". aku cakap 'segan'.

lepas makan dan solat, aku ajak wife dan family ikut aku ada urusan di bandar klang. pastu kami ke tesco klang. kali ni aku borong sakan sikit.
ala cukupkan barang2 yang belum dibeli lagi.

malam tu aku betul2 flat screen. penat jugak ye mengurus rumahtangga dan anak2 ni. tu baru sehari. kalau hari2 mau bengkok pinggang aku. penat tak penat, tanggungjawab sebagai suami kena tunaikan juga. err.. malam tadi kan HARI BAPA.



IZZI ADVERTIZING--------------------------------------

klik banner ini untuk maklumat lanjut...



Kandungan Ebuku Ini :
1) Sejarah Kaedah
2) Cara Mengira
3) Huraian Nombor
4) Nombor Kombinasi
5) Analisa Kekuatan, Kelemahan dan Potensi
6) Perniagaan Yang Sesuai
7) Arah Kejayaan dan Kekayaan
8) Potensi Penyakit
9) Kod Jutawan
10)Strategi Kejayaan dan Kekayaan

Minat?? Klik banner atas tu.

22 comments:

Tirana said...

Baru sehari rasa macam nak patah pinggang ye..bayangkan orang perempuan, surirumah macam saya, hari-hari mengadap kerja yang sama...hehehehe

Tijah said...

hahahahahh!!!!

gelak guling2 aku baca n3 ni. baru ko tau yer???? tapi kannn...aku rasa cam nakkkkkkkk jer printtt bagi laki aku baca.

izman said...

tirana,
ye... aku dah faham. tapi kalau hari2 buat dah biasalahkan??

izman said...

tijah,
kalau untuk kebaikan semua pihak, aku rela dijadikan contoh tauladan.

err... laki ko pernah buat cam aku buat??

ILA said...

Tesko???kau gi Tesko tadi mlm???
Tak bertembung lah pulakk yeakkk:p

Kau gi Klinik Pendamaran kerrr??
klinik kerajaan right???
Hmmm..nursenya mmg 'over' sikit mulutnya.Tapi hati BAIK:D

So Janggal tak jadi Mr Mama??
hehe:p

Tijah said...

laki aku? penah...tapi bleh kira dgn jari la brp kali. hahahaa. tapi masak mmg dia fail...

secangkir madu merah said...

Masak nasik tu jadik nasik tak? Ha..baru tau mcmna susahnya jadi pempuan ek? penatkan? itu baru satu hari je tu... dalam penat2 tu pon hari bapa tak dilupa ek.. lelaki.... lelaki.....

nadya said...

mey..apa punye kayu lar ...birthday isteri tak ingat... macam aku gak....
Sebab tu yg kena pandai masak.. bila isteri merajuk ada backup plan...

julietchun said...

nanti wife dlm pantang bleh ko praktikkan balik apa yg ko buat semlm,kekekeke.

izman said...

ila,
tak sempat malam kami pergi. orang tak ramai, aku kan cuti full day.

yup, klinik gomen, tapi bukan pandamaran. kat klinik kg pendamar.

izman said...

tijah,
so, aku tak de lah teruk sangat. standard majoriti lelaki bertaraf suami je lah.

izman said...

secangkir madu merah,
jadik nasi. nasi yg menjadi pujian isteri.

hara bapa tu dah tanggungjawab kepada agama, bangsa dan diri sendiri.

izman said...

nadya aka razman,
memori lelaki ni banyak kena simpan data, kita bukan mcm depa yg sikit2 nak merajuk. tarikh lahir dan tarikh kahwin cuma satu hari dalam setahun, aku tak kisah pun nak celebrate tarikh lain, hari2 pun tak kisah. tarikh cuma suatu nombor. (ayat alasan)

ko pandai masak telur goreng je kan??

izman said...

julietchun,
ha.3x... idea yg bernas (tapi belum tentu aku buat).

nadya said...

Takat goreng telur tu zaman waktu sekolah beb!... sekarang aku nak upgrade byk dah...
Sekarang aku dah boleh masak air ...muhahahah...

1 hari tu lar yg diorang akan ungkit tak ingat weiii... Aku baru 2 bulan kahwin aku dah tersilap tarikh, Terlebih dalam 2 hari. Itu bulan dah betul tu.. itu pun x kira gak... Kena aim bull eye punye..

Mey aku nak balik ke seberang laut mlm kang.. ko ada nak kirim ke ? kirim salam kat awek sana ke ape..

Monkey D Luffy said...

adeh... bestnya ada anak ;)

izman said...

nadya aka razman,
masak air apa kelas, baik aku pandai jugak buat mee bandung muar (pakai perencah ready made).

balik s'pore ke? bila nak jumpa aku ni?? kirim salam kat awek geylang. yihaa!.3x

izman said...

monkey d luffy,
nikah dulu beb; best nikah dan best dapat anak.

Iliana said...

oyooo...hebatnyaa..kagum sekali..
ayah mithali la katakan ;p
apa pun, selamat hari bapa..

V(^_^)V

izman said...

iliana,
he.3x (sambil kombang idung)

tak pe tiap2 minggu ada hari bapa.

cendawanintim said...

baru ko tau kan..

izman said...

cendawanintim,
he.3x.... dah ditakdirkan aku lahir sbg lelaki. tapi ditakdirkan juga aku jadi lelaki dan suami yg baik. he.3x