Thursday, May 14, 2009

Kahwin tu BEST!

Hari ni ada sahabat bertanya kenapa tidak pergi ke majlis perkahwinan seorang bekas pekerja syarikat sekarang, padahal cuma 5 km dari rumah aku. Astaga! aku lupa. kebetulan majlisnya hari ahad, dan hari ahad aku bersama keluarga ke putrajaya. Maafkan saya "Ainol Adam". nanti saya belanja kamu sate kajang.

cerita pasal bab undangan orang kawin ni, memang banyak terbaru aku terima. maklumlah hujung bulan ni dan awal bulan depan ni cuti sekolah. dalam nak kawin dan dalam perkahwinan, macam2 kita dengar dan adakalanya macam cerita lawak gila-gila pun ada. masa jaman toknenek kita dulu, kita tak heran kalau perkahwinan mereka yg hanya kenal bila selepas akad nikah. mereka hidup bersama berpuluh2 tahun, tak de kecoh pun. la ni, kita sibuk nak berlumba nak tunjuk sape kahwin paling singkat. ada sebulan, malah ada 10 haripun. Astaga!

gelagat berkahwin pun pelik jugak, ada yg sah jadi lakibini tapi tak nak bersetubuh. dan ada juga dah sah bercerai tapi masih melakukan persetubuhan. aku orang jahil, jadi biarlah tok2 lebai dan mahkamah kita adili.

bercerita pasal kawin, tetiba aku teringat tag dari maksu (http://ceritakosong.blogspot.com) yang minta siarkan sedikit gambar perkahwinan. dah bedek wife, tapi tak jalan. dia kata segan nak tunjuk gambar kahwin. kalau ikut hatipun saya segan gak sebab majlis kecil2an je dan buat kat kampung dan bukannya kat hotel mewah. tapi mengenangkan budget ciput, kami buat selayaknya saje. alhamdulillah segala yang wajib tu kami adakah sekadar mampu.
maksu, nanti saya usha kebenaran, nanti dia tak bagi tapi saya siarkan, kecik ati pulak kalau dia baca blog. saya dah siap scan, dapat green light je saya publish.

teringat kisah orang kahwin, aku stori sikit pasal perkenalan aku hingga kahwin. kami memang sekampung, ada persaudaraan, tapi aku langsung tak kenal wife aku. padahal aku dan ayah wife aku sangat rapat. may be kerana tuhan masih belum buka pintu hati aku untuk berkahwin, dan boleh jadi juga tuhan tidak mahu membuka pintu hati aku pada masa tu kerana kebuasan nafsu aku (maksud aku kenakalan). boleh jadi kalau masa tengah mengganas tu si dia berkenalan dengan aku, kami juga tinggal title bekas kekasih je kini.

pada yang kenal aku, mereka dapat sahkan bahawa aku bukanlah dalam golongan lelaki macho, hensem dan sewaktu dengannya. sedikit keistimewaan aku hanyalah 'muka yang manis' bak kata arwah tan sri p.ramlee "hensem tiada, manis ada....". dengan ketidakhenseman itulah barangkali gadis2 cantik lebih selesa dan rasa selamat berdamping denganku. he.3x, silap besar!

Ikhlas, masa aku pertama kali terpandang isteriku di masjid kg razali, kuantan; aku terus jatuh cinta. biasanya pun tengok pumpuan cantik memang aku terus jatuh cinta, tapi kali ini ada niat untuk memperisterikannya. kurang 10 minit kemudian aku terus cakap kat papa aku aku tertarik padanya. keesokkannya dah kecoh keluarga terdekat, dan masing2 menyuruh aku segera menanda. aku masih berat hati sebab 'kawan2' yang ada tu masih belum aku lepaskan. dalam aku doq fikir tu, makcik2 aku dah pegi risik dah. selang 2 hari datuk aku yg terlebih advance tanpa tanya papa aku terus meminang untuk aku. dalam tempoh seminggu kenal, tak sempat bercakap sepatah ayatpun, dia dah jadi tunang aku.

dalam pertunanagan, hanya 2-3 kali bertemu dan ditemani kakak aku. jumpa berdua hanya sekali je kot. dalam 6 bulan bertunang, kami akhirnya bernikah. Alhamdulillah perkahwinan kami masih utuh dengan sepasang cahaya mata. insyaalah, bulan 9 nanti dapat sorang lagi.

sape kata kahwin tak seronok?

memang seronok!

20 comments:

Ms.Lilies said...

aku dulu kawin pun xdela besar2an...tp zmn skrg punya kes cerai adalah sgt ngeri...berlumba2 lak nak cipta rekod

iNsaN BiaSa said...

sbb tu takut nk kawin..mcm2 da skrg ni..cerai berai cam jd trend plak kan..huhuu

asis said...

best ke??? tp muda lgi la

izman said...

ms. lilies,
mmg ngeri, harap dijauhkan dari kita semua.

izman said...

insan biasa,
jangan camtu.... kahwin itu ibadah. cuma carilah calon yg sesuai.

izman said...

asis,
err.... lupa kamu masih bawah umur. he.3x.

tapi memang betul best.

julietchun said...

org skang ni bercinta bertahun, kawin 2 mingu dah bercerai, camner tuh? mungkin sbb bosan sbb dah bercinta lama ye.

izman said...

julietchun,
may be la... tapi ada gak yg bercinta dari sekolah rendah sampai kawin bahgia. atas diri dan jodoh la kot.

ko lak bila lagi??

cendawanintim said...

aku pon setuju..kahwin memang seronok, nak2 pompuan, ada suami yang buleh menjaga kita...huhuhuhu

ima shhs said...

aku setuju ngan ko ler... nikah mmg best gilerr...

ish ish ish... tingat masa majlis aku dulu..huhuhu...

Jard The Great said...

erkk... ade calon tak utk aku?? ahaha..

izman said...

cendawanintim,
aku lagi seronok, semua makan pakai aku wife urus. tidurpun diurus. he.3x

izman said...

ima shhs,
bagus sebab ko sokong aku. macam aku rindu2, aku belek la gambar2 lama.

izman said...

jard the great,
calon utk ko? ko ingat aku agensi cari jodoh ke?

eleh.. ko punya calon aku yakin dah beratut menunggu. tunggu green light je.

xiiinam said...

kawen memang best...
kalau aku tahu...
darjah lima dulu lagi dah aku kawen...




he...he...he...

Monkey D Luffy said...

bertuah sungguh

sonata anak kancil said...

Entahlah kawen ni best ke tidak...terpulang kepada diri masing2! Overall best kot!!!

Sonata dah kawan & kawen ( tukar huruf a ke 2 tu kepada e ) selama 33 tahun!!! hu hu hu lama tu...best kan?
sampai sekarang masih macam sekolah lagi...

Lily.Lulu said...

ye band
kahwin memang seronok !!!
alhamdulillah
:)

nak dapat baby baru ye
tak lama je lagi tu
congrats !!

semoga perkahwinan dan keluarga bahagia abang berkekalan hingga ke akhir hayat ...

Papa-Itam said...

izman,
baca n3 ko ni buat aku teringat masa mula-mula kahwin semakin lama semakin sayang,syukur dapat isteri yang terbaik dan karang ni dah nak masuk anak tiga...

Nek Cun said...

Izman, berkahwin secara yang disahkan oleh syarak memang sesuatu yang baik dan amat menyeronokkan. Sebab itu ada sunah yang mengatakan 'Syaitan akan menangis apabila umat Muhammad berkahwin secara sah!'... Nekcun pun dulu kahwin tak ada cintan cintun, tapi Alhamdulillah tetap bahgia walaupun sudah melebihi 32 tahun umur perkahwinan kami!...