Saturday, May 30, 2009

Derma : Sukarela vs Paksarela

dalam jam 2pm tadi (30/05/09) masa nak buat urusan perbankan di stesen minyak petronas, baru je keluar dari kereta, aku diserbu oleh 7-8 orang bocah (budak lelaki belum bersunat). masa tu aku datang sorang. since mereka bersapa baik dan sebangsa dengan aku (jawa rumpun melayu gak kan?)aku baik2 aje. kutip derma untuk sekolah rupanya. aku rasa nak menderma jugak tapi bila mereka syaratkan derma rm2 atau rm5 hengget, aku batalkan niat aku.

niat aku nak derma ikhlas, dan semestinya bukan duit syiling. tapi bila mereka buat syarat, aku terus cakap aku tak berminat menderma. nampak kedekutkan? tapi itulah aku. masa aku nak menderma, aku akan bagi berapa jumlah yg aku suka, dalam kes budak2 ni sebenarnya aku mood baik apatah lagi baru hari ni gaji. aku tak suka syarat. maafkan pakcik anak2.

sebut pasal derma2 ni, aku masih ingat masa sekolah dulu derma2 ni pun dah wujud. tapi kami bukan kutip duit macam mintak sedekah, siap demand lagi nak berapa kena derma. aku dan kawan2 bergerak dalam kumpulan kecil dlm 3 orang bergerak dari rumah ke rumah, bagitau tuan rumah kami nak kutip derma untuk sekolah dan kami sanggup buat kerja. konsep ni terpakai masa kutip derma untuk tabung pengakap (minggu kerja pengakap) dan terpakai untuk derma2 lain seperti derma jogathon, walkaton, derma itu dan ini. kami orang kampung, biasa hidup susah. bukan senang2 orang nak bagi duit. setiap sen bernilai.

untuk dapay duit, kami sapu sampah keliling rumah orang. ada kena tangkap ayam. ada tolong kupas kelapa. ada kena kukur kelapa. ada basuh pinggan. kalau kebetulan ada yg tengah buat rumah, dan bancuh simen, kami buat; mak aihhh! cam nak patah pinggang masukkan pasir dalam kereta tolak untuk bancuh simen. kami buat. kalau dapat 3 ringgit upah, dan kami pergi 3 orang, dalam borang kami tulis seringgit sorang.

pernah satu rumah tu, tuan rumah suruh kami sapu sampah bawah rumah (rumah kampung ada ruang dibawah lantai rumah). pegi 3 orang, sapu sampah kena menunduk, sampah macam siot je banyaknya, siap ada tahi binatang dan tahi anak2 dia. upah seringgit. bukan seringgit sorang, seringgit kongsi 3 orang. kami redha dan kami akur yg kalau tuan rumah mampu, confirm dia bagi sepuloh hengget. dalam borang kami tulis sorang 40 sen (lagi dua orang dapat 30 sen setiap orang). penat, balik rumah cam aku kecik2 dulu kena jaga lembu datuk aku lagi, pastikan ia kenyang, hidupkan unggun api kandang lembu. pastu maghrib mengaji. penatnya!

aku tak kata murid2 sekarang patut buat macam tu. aku yakin sebagai makbapak korang tentu tak sanggup anak korang alami kesusahan macam aku buat tu. malah aku sendiripun rasanya sukar untuk biarkan anak aku kutip derma sampai sakit badan. aku yakin ramai ibubapa terus bagi anak2 duit untuk diisi dalam borang dengan meletakkan pelbagai nama tipu. ramai kawan2 aku buat begitu. mereka tak sanggup anak2 meminta derma kerana mereka rasa mereka ada 'muka'. bagi anak rm20, rekalah sendiri nama sesiapa korang suka dan tandatangan sahaja. guru tidak peduli siapa derma, macam mana duit itu diperolehi, cukuplah kalau anak2 murid membawa duit derma. paling2 bagus, mereka yg dapat derma tertinggi akan dapat hadiah dari sekolah, atau sijil barangkali, atau sekadar pujian dikelas. berbaloikah?

apa2pun derma pada aku kena secara sukarela. akupun tak pasti kenapa perlu murid2 sekolah kena kutip derma? kawan2 bergelar cikgu may be boleh jawab. dulu sekolah sangat miskin, cikgu cuma mampu pakai motor kapcai atau kereta second hand. sekarang sekolah sangat mewah, cikgupun katanya dapat peruntukan komputer riba satu sorang dari kementerian. tak kan perlu suruh murid kutip derma lagi? tak cukup ke duit yuran pibg, nak berpersatuanpun murid bayar yuran, dan sumbangan dana kerajaan dan ahli politik? akupun tak faham.

12 comments:

haruan tasek said...

aku pun tak paham kenapa masih ada lagi minta2 derma sekarang. tak ada peruntukan kerajaan ke???????? apa kes

sonata anak kancil said...

hari ini semuanya berbayor! saya tak tahu sekolah lain - sekolah saya nak mohon2 sumbangan ni ( tak mintak derma ) adalah melalui pibg...bukan boleh mintak sembarangan...

murid makin ramai - aktiviti banyak - kalau boleh semua nak diberikan peluang - tu kalau tak cukup , mohon pelbagai sumbangan daripada pelbagai agensi...budak2 saya tak ada kutip2 derma ni!

Anonymous said...

nak kekalkan tradidi lme kot..

muadzlife said...

betul..setuju..kenapa derma nak bersyarat..tu musti cikgu2 yg bagi guideline tuh..budak2 jadik mangsa.

Kapten Luffy said...

bagus ler kalau buat kerja

itu kira sama2 menolong

zafi said...

i am agree with you
it should be sincere... :)

Unknown said...

aku penah tgk bdk2 satu yayassan nih berdiri tepi pintu mall la, berkeliaran kt pekanlaa.. walhal patutnya time2 tu diorang study ke apa... kesian jaaa...

sek akupon miskin gak dlu, almaklum, sek rakyat je, tp aku tak pernah lak pi mintak2 derma, kami buat hari ko-k, hari kantin, bantuan pibg, alumni... haihhh... susah la nak ckp...

mungkin dorg tu dr sek cam aku kot??

KV said...

aku mmg benci derma paksa. Kt opis aku hari2 org mintak derma. Nk bernafas pun tak boleh. Kata tak larat nak keje, tp mai opis aku boleh plk. So, cara senang melarikan diri ke tandas. Dan aku akan derma dgn rela hati kpd org yg aku rasa patut menerima.

hehe.. terpesong tajuk.

Insaflah said...

Cara tradisional yang menyusahkan dan memang tiada niat ikhlas. PIBG perlu memikirkan kaedah terbaik dan terkini untuk mendapatkan wang.

Nek Cun said...

Nekcun pun selalu kena serbu ngan bebudak minta derma nih... kekadang terfikir juga, adakah genuine ataupun ada dalang di sebalik kutipan derma ni... Tapi yang selalu kutip derma, kononya untuk sekolah ugama atau Tahfiz, sedangkan ada kawan nekcun seorang guru di sebuah sekolah Tahfiz, mereka kata mereka tak pernah suruh murid-murid mereka minta derma... tu yang kekadang, keliru gak dibuatnya!...
Tapi... iyalah, macam Izman kata, kita nak derma seikhlasnya, maka kalau rasa nak derma, derma ajerlah... tak kira berapa pun!... sepatutnya begitu, dah nama pun derma kan?...

ima shhs said...

hurmmm...suami aku cikgu...bendahari pibg sekolah dia lg... setakat yg aku nmpk kalo cikgu nak minta duit wat tampung apa2 prog mmg mudah sgt dptnya...
satu lagik, tak silap aku kan awal2 taun ader kene byr yuran pibg kann... itu dah kira derma ke pibg tuh...hasilnya digunakan bersama gakk...
pibg dia lak agak aktif lah kann... selalu gak dpt pruntukkan dari org politik (kut..)

pasal minta derma tuk sekolah tahfiz dan yg sewaktu dgnnya tuh...bg aku semenya karut blaka... dipergunakan sungguh2 budak2 tuh...melainkan aku betul2 tau dan yakin dgn lokasi dan aktiviti mereka kann...

tu jer lah izman....(",)

sue onn said...

perlu diberi perhatian serius oleh kerajaan sbb terlalu byk skrg pelajar digunakan utk mengumpul @ mengutip derma. benarkah duit itu utk pembangunan sekolah?.sapa juga yg tahu kalau duit tu digunakan oleh guru mereka utk bangunkan rumah guru mereka sendiri.Tiada siapa yg tau kan ada segilintir mereka sedang berehat2 menghabiskan duit derma ikhlas dr org ramai..Mungkin rakyat tak berkira sgt sekarang tapi kalau seorang hulur rm1 kena 100 org? banyakkan?