Monday, June 1, 2009

Jualan Langsung

Dalam kegawatan ekonomi sekarang, aku nampak sesuatu yg positif dikalangan ramai pekerja kat tempat aku kerja. rata2 dah jarang keluar makan di luar masa rehat. rata2 cuma makan dikantin yg relatifnya lebih murah berbanding di restoran. bagi pegawai syarikat, makan tengahari percuma. sebelum ni ramai yg kurang nak makan even diberi FREE, tapi ramai dah start makan sekarang. bagus!

disamping berjimat dengan berbekal atau makan di cafeteria syarikat, ada ramai dah mula mencari duit poket secara sambilan. bukan jadi gro atau menjadi golongan 'anu dalam botol'. pekerja tempat aku ni, mereka cari duit HALAL. ada yg terlibat dalam perniagaan insurans, perniagaan unit amanah, main kutu duit dan kutu barang, menjual kerepek dan ramai jugak yg buat business direct selling yg dah established.

jualan langsung, mlm (multi level marketing) seperti cosway, amway, hpa, sireh emas, revell, cni, hai o' marketing, dan macam2 nama lagi yg ada aku tak pernah dengar seumur hidup aku membiak bagai cendawanintim selepas hujan (cendawan la..., cendawanintim tu kawan aku kat teganu). perang broucher dimana2, kosmetik, makanan dan minuman kesihatan, ubat kuat lelaki, vitamin dan sebagainya. dalam hal2 mencari duit lebih sebegini secara ikhlas aku takde objection. cuma jangan ganggu masa kerja, atau berjalan2 ke department lain masa kerja untuk buat promosi. nak kena show cause letter dengan aku, buatlah!

dan may be sikap aku yg friendly dengan segala kasta (kasta tengkorang kamu?) menyebabkan pekerja masih ada respek dengan aku (ye ke??). malah kadang2 datang opis tu tiba2 je ada 2-3 buah katalog atas tray aku, biasanya ini kerja kawan2 sejawat la. pekerja2 bawahan takdelah seberani itu. dan ada jugak yg aku atau wife berkenan dan beli. aku bukan peduli branded atau tak, aku beli dan pakai ikut kemampuan poket aku je. berapalah sangatlah gaji aku sampai nak gila branded. kadang2 aku beli pasar malam, kadang2 bundle, kadang2 ada yg kawan2 bagi hadiah.

yg terbaru aku order katanya akan sampai sabtu ni ialah set bilik tidur (cadar, sarung bantal 4 biji, sarung bantal peluk (aku mana ada bantal peluk. aku peluk bini je. tak kan aku nak sarungkan wife aku dgn sarung bantal peluk?), dan comforter. ini kawan aku si saiful nizam yang rekomenkan. akupun tak tau berapa banyak direct selling yg dia dan wife dia sertai. aku beli yg murah je dan promosi (penghabisan stok lama??). beli satu set, percuma satu set. ok lah, wife tak kisah, dan sebenarnya dia yg pilih. masa nak pilih set bilik tidur tu 3 hari berbincang. aku suka warna hijau muda, wife pilih merah. aku cakap hijau lawa, dia kata itu warna india. ish.3x! tak baik la cakap cam tu yang, mentang2lah abang ni kulit gelap, suka2 hati je cakap warna orang india. kalau suami kecik ati, tak cium bau syurga tau!

lagi satu aku marah, untuk pilihan set bilik tidur tu saje ada 3 buku katalog. bukankah senang kalau ada satu pilihan je, terus buleh ambik tanpa pening berbalah pasal warna. he.3x..... akhirnya dah puas wife pujuk, akhirnya aku ikut pilihan aku suka untuk set utama dan set percuma. aku yang bayar apa! untuk tak mau kecilkan hati isteri, aku setuju untuk tukar warna bilik dan langsir agar matching dengan warna set bilik tidur. win-win situation! still aku yg kena keluar duit kan?

sesiapa yg tinggal disekitar port klang dan teringin nak beli cadar cantik dengan harga murah, korang boleh contact kawan aku tu di talian 012-2113114 (saiful nizam). (saiful, dah tolong promote ni takde diskaun lagi ke??)




IZZI ADVERTIZING---------------------------------

Klik untuk menjadi ahli kajiselidik, dan anda akan dibayar. MASUK PERCUMA.

8 comments:

Abang Long said...

Set pelamin ada tak ?

Mak Su said...

kat tmpt maksu ada kuih percuma pada hari jemahat :)

Jard The Great said...

hehe.. kat mana mak su?? nk gi..

Kapten Luffy said...

hahahaha

blog ni hijau gak

Anonymous said...

macam2 ada..

ima shhs said...

huhuhu...jauhnyer nak menempah....

julietchun said...

ijau kaler india ke? yg aku tgk india suka pakai baju kaler merah ngan oren terang.

KV said...

wah, boleh pakai di malam jumaat nanti.;P