Monday, June 22, 2009

Selamat Hari Bapa

Alhamdulillah, aku selamat sampai ke kampung, majlis kenduri adik aku berlangsung dengan selamat, majelis bertandang juga selamat dan akhirnya aku sampai ke port klang juga dengan selamat. syukur! cuma badan sangat penat, biasalah.. uruskan majelis kenduri.

hari ni (22/06/09)agak terkocoh2 sikit, pasal banyak menda nak disettlekan. anak sekolah, kerja bertambun termasuk urusan gaji, uruskan wife ke klinik ibu mengandung. pun, syukur... semua settle!

malas nak update pasal kenduri sebab malas nak upload gambar dari henset. digital camera aku masih belum repair. nampak gayanya memang kena tukar baru. ala beli yg murah je dulu. aku sebanarnya suka camera slr belalai gajah tu. dapat pulak lensa tamron, puas hati!

oklah... aku cerita pasal kebiasaan! kebiasaan ni aku sebut habit atau habitat (boleh ke camtu?). dari kecik, bilik aku sebelah bilik papa aku. bila bangun untuk ke sekolah atau solat subuh, papa aku kejutkan. biasanya dari bilik dia dia cuma panggil nama untuk kejutkan. kalau degil, papa akan siap panggil nama penuh, kalau degil lagi memang siaplah kena rotan.

bila asyik kena rotan, sistem penggera badan aku dah disetting untuk mengesan keadaan bahaya. papa biasanya akan bangun awal pagi baca quran, kemudian solat subuh. biasanya papa akan ke surau. kadang2 tu kat rumah je. lepas solat papa akan pekena teh susu dan rokok, dan biasanya akan terbatuk2. lepas tu baru dia akan kejutkan kami adik beradik untuk solat dan sekolah.

biarpun usia menginjak remaja, masuk u, dan kerja, rutin berterusan sampailah aku berkahwin. papa tidak pernah lupa mengejutkan aku dan adik beradik lain untuk solat subuh. dah kahwin, aku ingat aku akan mengambil tanggungjawab tu, tapi isteri aku yg selalu jadi tukang kejut. maklumlah sejuk!

balik kampung baru2 ni, aku dapat bilik tu, selalu aku dan adik aku akan bergilir tidur bilik tu. tah hari sabtu ke ahad, sedang aku syiok tidur diselimuti kesejukan pagi, tiba2 aku dengar papa aku batuk.

aku bingkas bangun dan menerpa ke pintu untuk ke bilik air air untuk ambik air sembahyang. solat subuh la. tiba-tiba.......


...isteri aku menegur "abang nak gi mana tu?"
"nak ambik air sembahyang la. sembahyang subuh" aku menjawab.
"baru pukul 4 pagi bang. nak sembahyang tahajut bolah la" isteri berkata.

aku terus baring semula, menarik gebar dan sambung tidur.

ishh.3x, hebat betul penangan batuk papa aku. dia batuk saje aku dah bingkas bangun untuk solat subuh.

kepada papa "selamat hari bapa. papa adalah papa terbaik dalam dunia".

13 comments:

Monkey D Luffy said...

memang saspen giler

kakaka

Nur a.k.a admansyah said...

Selamat Hari Bapa utk ko!

Moga sentiasa menjadi teladan yg baik utk yr kids...

weiii... ko solat sbb takut bapak ker... takut Allah???

haruan tasek said...

bagus buat setting macam nie... daripada ada yang dirotan pun buat tak tau..

secangkir madu merah said...

selamat hari bapa utk izman dan yang sama spesis...

eiman@nurizan said...

selamat hari bapa izman..

pB said...

selamat hari bapa


tadi pB ke Pandamaran

Ms.Lilies said...

Hepi belated father's day...bapak2 mmg camtu..aku pun kalo balik kg mesti automatic jaga sbb dgr bunyi motor abah nak ke surau

julietchun said...

kalo ko solat pukul 4 tu mau papa ko terkejut,kekekkekee.

azreen said...

dengar batuk je terus bangun...bgus btull....

ima shhs said...

selamat hari bapa tuk papa ngko ekk...

izman said...

monkey d luffy,
suspen ko kata. sadis tu!

Mencari Sinar Bahagia @ Tommy said...

Hello Izman...

Happy Belated Father's Day...
Lama x dgr cerita dari U..
Mesti busy dengan kerja kan..
Hope U are doing well..
Hope to hear fr U soon..

nadya said...

uiii...Statement panas dar Nur a.k.a admansyah...

Yg ko nganga tu apasal mey ..jawab ! jawab !