Tuesday, June 30, 2009

Bengkel Kemahiran Keibubapaan Pendidikan Awal Kanak-kanak

Petang Semalam (29/06/09)aku dan dalam seramai 35 ibubapa kepada anak2 yg bersekolah tadika kemas port klang dipilih untuk menyertai bengkel kemahiran keibubapaan pendidikan awal kanak-kanak yang diadakan di salah sebuah tadika di port klang. ia dipilih secara rawak dari beberapa tadika kemas di port klang. dah dapat surat, aku pegilah. cuma aku tak berapa suka asyik2 mengejut je suratnya. bagi hari jumaat masa anak balik sekolah dan bengkel hari senin. nasib baik aku tak bizi mana masa tu.

bengkel dari jam 2.00 petang hingga 5.30 petang, dalam aturcara la. tapi aku orang pertama sampai 15 minit sebelum jam 2petang. yang lain? semua ikut jam melayu. selepas daftar diri dan tunggu ibubapa lain yg aku yakin lebih sibuk dari aku, ye lah nak masak dan uruskan pakai suami yg kena kerja petang atau anak2 sekolah petang. dalam 230pm barulah ia bermula. majoriti kaum ibu, yg bapa hanya ada 5 orang je. sebab ia dari pelbagai tadika, cuma si khairul je aku kenal. tapi aku ambik kesempatan berkenalan dengan bapa2 yg datang. dengan kaum ibu, aku taklah boleh ambik kesempatan kerana takut suami diorang mengamuk pulak. aku cuma main senyum2 sumbing je.

sebab kena bawak anak tadika bersama, anak2 diasingkan dan diminta mewarna kertas lukisan. semua peralatan disediakan oleh pihak tadika. senang sikit makayah nak tumpu pada bengkel.

sesi pertama ialah ceramah berkaitan "penilaian perkembangan kanak-kanak berumur 0 hingga 6 tahun" oleh cik siti nur aqilah bt misnan. awal2 lagi ibubapa dah kena dera menyanyi lagu 'satu labah-labah'. lagu kacang putih je ni, aku masih ingat setiap baris lagu ni sebab aku dulupun tadika kemas jugak. cikgu muda ni bagitau apa rasional disebalik lagu, bukan takat nyanyi je yer, ada mesej dan pembelajaran didalam lagu tu. abis nyanyi labah2, kena nyanyi 'lima ekor monyet' pulak. siap kena lakonkan lagi. cikgu minta volunteer untuk lakonkan. aku saje tunjuk macho offer diri dan cikgu tu bagi aku pakai topeng buaya. aku tak mau tunjukkan gambar tu, nanti aku dibuang dari persatuan 786 yg dipengerusikan saiful kerana memalukan bangsa malbari. si khairul tu lagi best, terpilih jadi monyet bersama 4 yg lainnya. jadi, bila lain2 ibubapa nyanyi lagu monyet tu, aku akan berlakon dan kemudian menangkap monyet. aku kureng feel sikit nak tangkap monyet sebab semua monyet jantan. kalau ada yg betina, mau aku kejar sampai rumah (opss! terover pulak).

sesi kedua ialah 'penilaian perkembangan kanak-kanak berumur 0 hingga 6 tahun'. biasalah mula2 bagi talk, pastu buat xtvt. cikgu tu puan fadilah binti tusim. cikgu suat buat tarian sambil belajar sambil diiringi muzik. terkekek2 aku gelak tengok macam2 gaya tarian. aku ada rakam video tapi macam biasa, segan. cikgu kemudian cerita rasional disebalik permainan dan tarian. tak cukup lagi dera ibubapa, cikgu ni bagi xtvt berkumpulan 8 orang. diberi barangan yg berlainan dan diberi masa 5 minit untuk mencipta sesuatu. group aku dapat bongkah2 plastik.



mula2 tu blur gak nak buat ape. sorang nak buat masjid, ada nak buat istana, ada nak buat rumah dan ada tak de idea langsung. berkat kerjasama sepasukan, kamu berjaya siapkan model masjid. ingat dah settle, kena present pulak. cam biasalah, aku sukarela bercakap sebab semua malu2 kucing. apsal orang HR suka sangat bercakap? ni hah model masjid kami buat. saje aku letakkan anak aku si luqman dan anak si khairul yg bernama pa'an jadi model.



sesi ketiga olah cikgu hajjah aini binti haji fadhil. ni cikgu tadika anak aku. cikgu ni ajar tentang 'pendidikan pemakanan kanak-kanak berumur 2 hingga 6 tahun'. beliau ajar apa yg sepatutnya ibubapa bagi makan kat anak2 untuk kesihatan diri dan kecergasan otak anak2 mereka. bagus menda ni.



slot terakhir ialah 'demo masakan'. tak masakpun. cuma cikgu puan siti jaliah binti husin tunjukkan cara masak 'chicken boxing comel' dan 'puding roti adik manja'. bab cara masak aku malas nak layan, aku cuma terkam masa cikgu jemput ibubapa rasa masakan beliau. he.3x.... tapi aku cover2 lah sikit supaya tak nampak gelojoh. aku paksa si khairul yg ambik banyak, sebab dia memang muka tak malu sikit. kuang.3x...

dah abis semua acara, penyampaian hadian kepada semua anak2 yg masuk pertandingan mewarna. semua dapat hadiah. kalau tak dapat ada yg meraung nanti. taulah budak2. seronok luqman dapat hadiah. jam upin dan ipin tu! suka sangat si luqman.



untuk ibubapa yg datang, pun diberi hadiah. semua dapat. mula2 tu aku nak mintak hadiah lebih sebab asyik2 aku je interframe! tapi aku batalkan niat tu sebab tak nak di chop gelojoh oleh cikgu2 tadika yg masih bujang tu. hadiah untuk ibubapa aku saje tak nak bukak awal sebab aku yakin anak kedua aku si pika tentu akan berebut hadiah dengan abangnya. kat rumah beri hadiah pada si adik dan ianya berupa bunga henjut2 yg letak dalam kreta tu. oklah!



secara kesimpulannya, aku rasa berbaloi pergi bengkel ni. at least kita tau rasional disebalik pengajaran cikgu2 kat tadika tu. aku yakin ada ibubapa kat luar sana yg cakap anak anto tadika asyik main, nyanyi dan makan je. cuma kalau buleh pihak kemas lebih sistematk, kehadiran ibubapa dan anak2 dalam jumlah yg ramai dan bilik yg sempit membuatkan suasana hingar bingar. suara cikgu2 pompuan tu tenggelam oleh suara murid2.

15 comments:

Abang Long said...

Sebenarnya kursus sebegini WAJIB kita pelajari.

Banyak yang kita tidak tahu, tapi kita buat seolah kita pandai.

Bila Abang long pergi ... baru tersedar ... JAHIL betul aku ni !

julietchun said...

naper ko jadik buaya? tepuk dada tanya selera,kekeke.

mmg patut ibubapa hadiri bengkel camni,baru mereka tau dan faham cara pembelajaran yg disediakan utk anak2 ditadika.

eiman@nurizan said...

terer ko hapal nama2 cikgu2 nih, siap nama penuh lagik.. haha

izman said...

abang long,
setuju. tiada ilmu yg tidak berguna. yg salah cuma kalai salahguna ilmu atau ilmu syaitan.

izman said...

julietchun,
er... ada unsur mengutuk nampaknya! (ko pun perasan jugak ke menda2 camtu)

sesekali tu oklah pegi majlis ilmu tadika ni

izman said...

eiman,
jangan lupa, akukan orang HR. kerja aku ingat nama orang.

Jard The Great said...

waaa... berkenalan dgn cikgu2 lak.. eheh. bagus bapa sorang neh

JO said...

wah bestnyer. rasa mcm nk ada anak pulak. ahahah. comel2 anak ko :P

Mak Su said...

bagus gaks kemas buat kursus macam tu.... tak de ler kita was-was ngan sistem depa

rayz said...

mey ..apasal bila boya jer ada related ngan ko...asal boya jer ada related ...

Suah tul kalau cita kisah-kisah silam ni nak ilang...

Monkey D Luffy said...

bagus kalau ada sistem yg baik cam ni

lg bagus semua ibu bapa ada peluang pg

DaliaLiyana said...

bagus la u as a father..bagus gak kan benda2 ni...so, bila nak wat lagi...hehee..cam nak folo je...

secangkir madu merah said...

baguslah izman prihatin, selalunya klu mende2 mcm ni ibu2 jer yg peka, dasyat izman ni eh, siap hapal nama cikgu, nama penuh pulak tu...Tentu si lokman gelihati terkekek2 tengok papa dia jadi buaya.. kenapalah gamaknya cikgu tu bagi izman jadi buaya ek? kenapa tak jadi katak ke..ular ke?

cendawanintim said...

bagus..bagus...teruskan ngan pengisian ilmu tu..

haruan tasek said...

wah best program nie,.... baik untuk ibu bapa