Friday, June 26, 2009

Michael Jackson (1958-2009)

Kematian Michael Jackson (MJ) menggemparkan seluruh donia hari ni. ye lah... superstar! aku dengar berita tu masa nak ke opis pagi tadi. tak pelikpun sebab aku tahu ajalmaut tu hak Allah. mati adalah pasti, cuma kita tidak tau bila, dimana dan bagaimana akan menghadapi mati.

sebagai peminat setia, aku tumpang sedih. bukan kerana sedih tak dapat terima MJ meninggal, tapi aku sedih sebab tak tau adakah MJ meninggal dalam keadaan Islam seperti pernah digembar gemburkan atau mati seperti asalnya.

crita pasal minat MJ ni, aku minat dia dari jaman belum akhil baligh lagi. yo lah! minat lagu billie jeans. dia punya lagu dan tarian mengundur tu betul2 buat aku inzal. bila dah ada duit sendiri aku start beli kaset dia. tape video dia pun ada. hari2 pasang sampai nak putus tali tape video tu.

masa sekolah menengah tingkatan 2 atau tiga, video game MJ iaitu moonwalkers tengah laris. hari2 aku dalam games.

aku ingat lagi masa papa aku ke singapore, aku kirimkan baju Mj sehelai. melaram tak ingat dunia dapat baju. tak taulah kalau papa aku lupa beli kat singapore tapi beli kat cho ket (chow kit road). yg penting ada muka MJ depan baju tu dah kiro hebat gilolah!.

dah masuk unibersiti, aku masih suka MJ, walaupun masa tu aku sangat gile lagu2 reggae. aku beli vcd konsert Mj dan koleksi video klip terbaik dia masa anugerah mtv award. aku paling sayang vcd konsert jelajah dunia dia masa album black or white. clip lagu di kawasan genster di brasil kot yg diiringi paluan gendang antara aku suka.

cuma, aku dah kureng minat dia bila dia tukar colour dari hitam ke putih. apa salahnya terus hitam, tetap superstar ape! manusia camtulah kalau dah tak reti bersyukur.

kematian Mj pada aku akan meningkatkan lagi nama dia yg dah tengegelam susah nak timbul tu. konsert kat london (kot??) terbengkalailah. kecualilah penganjur buat konsert MJ tapi tayang koleksi konsert2 Mj yg lepas2 je. mau ada yg bakar pentas.

di malaysia hari ni rata2 radio menyiarkan lagu2 MJ. masa aku dalam perjalanan ke petaling jaya pagi tadi, aku tertekan radio mana tah, bila terdengar suara hunny madu yg aku suka tu, aku terus stay tune. dia deejey ke? adakah radio hot fm? aku bukan naik kereta aku, pergi urusan rasmi dengan kawan, dengan kereta dia. aku kalau bab2 ada jammed ni sangat la fobia. kami terus terpaku di steten tersebut kerana hunny madu dan lagu Mj terus menerus dari aku pergi sampai aku balik.

kalaulah MJ tu muslim, aku doakan beliau selamat menempuh alam barzah. aku doakan moga rohnya dapat menjawab soalan2 mungkar dan nakir. kalau dia kaf fa ro, nasiblah!

16 comments:

haruan tasek said...

kat london tak macam i**** le nak bakar2 pentas atau panggung.... ha..ha..ha

Fadhullah Muqri Izz Hasib said...

Hunny madu dkt Fly.fm (: Well gonna miss him . His the best !

JO said...

gonna miss him :( his songs.

bedah jackson said...

ada aku kesah!!!

izman said...

haruan tasek,
nasib baik la...

izman said...

fadhullah muqri izz hasib,
aku suka hunny madu... kepetahan dia (cover takut bini baca)

izman said...

jo,
samalah ngan aku. lagu2 dan tarian dia memang best.

izman said...

bedah jackson,
akupun tak kisah! ha.3x...

@LiYaNNuaR said...

mlm td aku baru dpt tau... no komen laaa.. still dgr lg lagu2 dia...

rayz said...

moga-moga dia mati sebagai Islam

Nur a.k.a admansyah said...

Insya-Allah... dia dikebumi cara Islam coz sumer family dah lama tahu! tapi... yg aku tak berkenan-nya ms berkabung sblm tanam tur... mesti seminggu dua, kan? kesian die kena seksa!

izman said...

@liyannuar,
soal jawab dlm kubur tu sendiri2. tapi lagu2 dia mmg aku suka.

izman said...

rayz aka razman,
akupun doakan begitu.

izman said...

nur aka admansyah,
yelah,lama2 tak dikebumi terseksa lak roh si mati.

Jard The Great said...

dulu2.. mmg addicted betol dgn tarian moon dance si micheal tu.. ehhe..

izman said...

jard the great,
dialah lagenda.