Tuesday, June 2, 2009

Teh Sabah

Tiba2 je aku teringat teh sabah, tu aku buat satu entry khas untuk teh sabah. cam biasalah, idea terbit ketika minum teh. rasa rindu lak nak minum teh sabah yg dah berjaman aku tinggalkan. last minum 7-8 tahun lepas kot.

secara nyata, aku adalah peminum teh tegar. sehari 4-5 cawan teh aku minum. dari teh boh bancuhan isteri sebelum ke pejabat, minum pagi dipejabat, makan tengahari, minum petang, minum time maghrib, hinggalah supper. asyik2 teh je. cuma teh berlainan jenama dan nama. kat rumah aku suka teh 'o boh. dipejabat aku suka teh susu. makan tengahari aku suka teh o' ais limau, petang aku suka teh o' ais, malam dikedai mamak aku suka teh tarik, dan supper aku suka teh 0' untuk cicah dengan biskut kering keras.

dalam banyak2 teh, aku suka teh boh dan itulah teh rasmi dirumah aku. teh lipton, aku kureng. di kedai, lantaklah teh ape mana aku tau, cuma biasanya mereka guna serbuk teh cap senapang atau serbuk teh halus. balik kampung, emak aku suka guna teh wangi, atau teh timbang. sedap!

kalau gi seafood atau meeting di company aku yg relatifnya ramai cina, biasanya chinese tea akan disediakan. biasanya aku tak minum, aku tak leh terima rasanya. aku suka yg ada rasa manis. padahal chinese tea kalau meeting management tu dibuat dari serbuk chinese tea yg sangat mahal. disimpan dalam bilik big boss dan hanya dia yg boleh keluarkan dari peti keselamatannya. berharga sungguh tea tu. yg kurang mahal memang ada dipantry dan dibilik mesyuarat. aku tak heranpun sebab aku tak suka minum. kalau tiada pilihan, aku minum gak chinese tea tapi campur ais batu atau air sejuk untuk tawarkan rasanya.

masa gi cameron highland tahun lepas, banyak gak kami borong teh berperisa seperti oren, strawberi dan sebagainya. kalau sape2 gi sana aku nasihatkan jangan beli di kilang teh sama ada bharat tea atau boh, beli kat pasar malam berganda lebih murah. aku tak tau kenapa. dipasar malam paling mahal rm5 hengget je, kalau beli banyak lagi murah, kat kilang teh mahal ya ampun.

berbalik pada nawaitu aku nak cerita teh sabah. teh sabah ni aku kenal masa first time aku gi sabah, semporna in spesific. dalam tahun 2000 kot, aku dah lupa. masa tu ada urusan di jabatan buruh sabah di wisma karamunsing, kota kinabalu. aku pergi dengan 2 boss company pertama aku kerja. dengan ketakutan aku first time naik flight, dan kemudian dipaksa ke tawau dan ke semporna seorang diri untuk urusan recruitment.

masa tu elaun seberang laut untuk aku adalah rm100 sehari, dan aku di sabah 7 hari. semua makan minum, hotel, tengok wayang, jalan2 under company expenses. best! untuk cendrahati keluarga, yg tersayang, dan kawan2 aku beli mutiara, batu air sabah, parang, ikan masin dan sotong kering, dan teh sabah.


Gambar teh sabah ehsan http://www.sabahtea.com.my

mula2 tu aku beli dalam 5 kotak je. sampai airport tawau (airport lama)aku kira2 duit elaun aku masih banyak, aku beli lagi dalam 15 kotak. harga aku dah tak ingat, dah lama. pada firasat aku may be inilah first dan last time aku dapat peluang datang ke sabah. so, baik aku pulun beli banyak2 teh sabah. lagipun rasanya berbeza dari teh2 disemenanjung. penuh beg aku dan memaksa aku beli extra beg disabah untuk barang2. malah kerana parang kontot aku beli ditawau tu, 2 kali aku disoal siasat di tawau dan klia walaupun aku dah ambil permit dari balai polis semporna.

seronok kawan2 dapat hadiah berupa teh sabah. yg istimewa tu dapatlah mutiara sekali. 2 orang teman istimewa dapat ciuman hangat, opss! dapat set rantai dan gelang mutiara ratusan ringgit. ahli keluarga ada dapat gelang, rantai, cincin mutiara, dan yg jauh2 tu aku bagi mutiara kosong je sebijik. ok la tu! untuk anak2 saudara aku beri batu air sabah buat loket rantai. setiap keluarga dekat dan jiran2 dekat aku bagi teh sabah sekotak sorang. heboh sekampung, teh sabah la katakan! mana ada jual di tempat kami.

oh ya, masa tu aku masih bujang dan tinggal di rumah sewa di taman sri muda, shah alam. suatu hari seorang kawan ajak temankan dia ke pasaraya untuk membeli sedikit barang di pasaraya sri kota di sri muda. dan.....

masa lalu rak teh/kopi tu, aku dapat lihat deretan kotak2 teh sabah tersusun kemas. lagi murah dari yg aku beli disabah dan di airport. cilampret! kenapalah aku lupa bahawa tempat aku tinggal di sri muda tu sendiri adalah perkampungan orang2 sabah yg memang dikenali sebagai 'pekan sabah' dikalangan warga shah alam. malah, kunjungan aku ke sabah yg itu juga bukan yg pertama dan yg terakhir; berkali2 aku pergi ke sabah selepas itu. dan teh sabah bukan lagi pilihan aku untuk dibawa balik. untuk kawan2 dan keluarga yg tau aku ke sabah dan mintak teh sabah, aku beli je kat pasaraya area rumah aku tu. murah dan menyenangkan. ha.3x.

apa rasa teh sabah? korang belilah sendiri, dan rasailah kesedapannya. dan dengan terbitnya entry ni memaksa aku mencari teh sabah malam ini.

atau adakah kerinduan aku pada teh sabah ini menunjukkan aku dah lama tak kesabah,
aku tertanya2 masihkan ada panggung2 wayang xx di pekan semporna? rindu aku pada kesejukan pekan keningau, kecantikan pulau mabul, keindahan wajah dan tubuh gadis2 di kampung bugaya. Aku rindu nak ke sabah.

22 comments:

haruan tasek said...

hebat teh sabah. tapi ada satu yang menarik perhatian aku. ko dah berjaya mencipta formula di sini "chaines tea + peti besi = emas" wak...wak..wak.. bapak kaya nak

izman said...

haruan tasek,
ha.3x.... banyak la ko punya formula. tapi aku yakin chinese ea tu mahal sebab dijaga rapi.

atle ♥ waT¡e said...

teh sabah? sakng ni ade iklan kat tv kan? penah tanye laling..tp tak mo le minum..minum x elok..! Hehehe..

Sekian dr saye..wanita yg mjaga kesihatan! :p

julietchun said...

bawaklah famili ko bercuti ke sabah.

iNsaN BiaSa said...

teh berperisa strawberi mmg fav teman..sungguh nikmat..
cuti2 la malaysia ke sabah bro..
bleh minum teh sabah puas2..=)

Lily.Lulu said...

hahaha
abang ni lawak la
cilampet katanya

tak pe la
kurang2 abang bawak hadiah balik dr sabah walaupun harganya lebih mahal dr kat shah alam

saya pun minat teh jugak
bukan teh yang dengan susu
mungkin saya akan mencuba teh sabah ni
nak la jugak try kan sedap ke tak

:D

secangkir madu merah said...

izman, awak rindukan suasana negeri kat sabah tu ke atau rindukan wanita2 di sabah itu, ish..ish...

cendawanintim said...

giler banyak ko minum setiap hari, aku nak minum teh agaknyer setahun buleh bilang ngan jari kot...

cuma aku suka ngan boh seri songket, markisa ngan lychee....!

izman said...

atle ♥ waT¡e,
betul2 jaga kesihatan ni! baguslah.

tapi ada org kata teh bagus gak untuk kesihatan spt teh hijau yg anti oksidan.

izman said...

julietchun,
mmg ada niat, tapi wife tgh sarat. dan dia pun masih nak repeat gi cameron highland atau langkawi.

izman said...

insan biasa,
kami sekeluarga pun suka perisa strawberi. kalau rindu2 perisa strawberi kami beli ahmad tea.

izman said...

lily.lulu,
cubalah... katanya bebas racun serangga. cilampret tu katalain untuk "alamak! terkena aku." (tipu)

izman said...

secangkir madu merah,
saya memang sukankan keindahan bumi sabah (kak, .. jangan la tanya terang2 nanti wife saya baca)

arsaili said...

salam bro..jom ngeteh ahahhaa

arsaili said...

opsss lupa..org kata green tea tu bagus untuk buang toksik..tatau sejauh mana kebenarannya

izman said...

cendawanintim,
teh oklah. menda halal. tapi aku suka kurang manis (ye lah tu!)

joegrimjow said...

tea ku lagi sedap
minum sehat badan
hehe

Monkey D Luffy said...

awek sabah cute miut... itu ker yg ko rindu?

larikkkkkkkkkk

asis said...

sdap ke?
kalau bt teh tarik perghhh x?

izman said...

joegrimjow,
tea ko jenis apa joe??

izman said...

monkey d luffy,
awek sabahan? errr... aku tak leh jawab la.

izman said...

asis,
minum terus sedap. buat teh tarik? tak pernah cuba la...