Saturday, June 27, 2009

Selamat Pengantin Baru Haryaddy

tengahari tadi (27/06/2009) atas jemputan sahabat lama yg mendirikan mahligai bahagia, aku dan beberapa sahabat ke sungai buluh, selangor. sahabat ni dah lama aku kenal, dari masa kerja di APM lagi malah masa dia nak masuk kerja dulu aku dan boss aku yg buat selection. so far pilihan kami jarang salah, dia pekerja yg berdedikasi.

kemudian dia kerja di samsung, bila aku berhenti apm dan masuk tkh dia dah masuk tkh. pendekkan ceritalah.... since orang rumah tak larat, aku pilih pergi dengan kawan2. aku, en rusli dan taufiq naik satu kereta, yg lain naik kereta masing2lah sebab ada yg gi ngan family. ngam2 sampai perot dah lapo, kita ngap dululah.

oh ya! dia buat majlis kat dewan mbsb. ini untuk belah lelaki. belah pompuan 20/6/09 kat jerantut. daerah aku tu tapi aku tak leh pergi sebab hari yg sama adik pompuan aku menikah.



makan ape? mari kita kasik close up apa dalam pinggan aku. ada nasi, ada lauk ayam masak merah, ada rendang lembu, ada acar buah, ada popadum, ada kuih lagi. aku suka. kat meja makan pulak ada tapai pulut, sempatlah aku makan satu sebab itu je ada. kalau ada 10, aku yakin aku makan 10. bukan tamak, tapi tak nak membazir. paling sedap pada aku ialah daging dia, sangat lembut. acar buah pun best tapi aku ambik sikit sebab aku tak pernah makan acar jawa ni, ingat tak sedap... tapi sedap! sebab sedap, aku dua kali menambah nasik dan lauk pauk. sorilah haryaddy, sedap. ko fahamlah saiz badan aku. he.3x..



makan dah. air anggur bancuh dah 3 gelas. ole2 dah bedal 2 set. kita bergambar lah dulu dengan pengantin. dah bergambar tak reti nak 'salam'. kemudian baliklah.



Err.. trima kasih En Rusli kerana pengangkutan percuma. kalau selalu begini kan best.

kepada Haryaddy dan isteri 'Selamat Pengantin Baru. Moga Kekal Berkekalan Hingga Akhir Hayat. Semoga dikurniakan cahaya mata cepat2. Murah rejeki. Panjang Umur. dan kasih berkekalan".



IZZI ADVERTIZING------------------------------------------

8 comments:

Kapten Luffy said...

kalau tetamu puas hati... senang hati tuan rumah

hehe

Abang Long said...

Ahahaha ... ber SALAM.

Budaya yang boleh membuatkan ramai tersenyum.

izman said...

monkey d luffy,
itulah harapan tuan rumah dan pengantin.

izman said...

abang long,
salam bersalam tu mmg tradisi kita org melayu.

dulu giliran kita, sekarang giliran orang. sama2 merasa.

Rayz said...

bila lar ko nak start berdiet ni mey..

zafi said...

lovely event!!! lovely food of coz!

secangkir madu merah said...

selamat pengantin baru pada izman..eh sorry tersilap pulak..kawan izman haryaddy & isteri semoga berkekalan hendaknya...amin..

JO said...

best nyer.......................

KAWEN T_T