Friday, June 5, 2009

Don't Judge The Books By Its Cover

Jalan2 jelajah blog tadi aku singgah lama sikit kat blog nur shuhada(http://syuhada162.blogspot.com). lama bukan sebab dia pompuan muda belum kawin, tapi sebab dia bakal nurse, dia banyak abiskan masa belajar nursing dan praktik nursing. pangkat adik bongsu aku dia ni. aku suka dia belajar banyak kerenah manusia termasuk doktor, senior nurse dan pesakit.

sebagai org yg pernah dapat rawatan dihospital, tak dpt dinafikan bahawa personaliti, dan sikap doktor dan nurses penting. bayangkan kita sakit, tapi doktor yg merawat kita kelihatan sangat selekeh, muka macam orang kalah judi, berbau seminggu tak mandi, dan nurses pula kasar, tak senyum dan berparut macam lanun. korang nak tak layanan dari diorang. aku? confirm aku lari terjun tingkap (kalau tingkap rendah la...). dalam kes2 aku, aku suka dapatkan rawatan di tempat selesa, dan kita boleh dapat yg terbaik.

berbalik pada penampilan perawat dan doktor, aku ada cerita melibatkan papa aku. masa tu papa kena heart attact. kemudian kami bawa ke pantai medical cente di bangsar. masa tu aku masih bujang, dan lepas abis kerja aku akan berdesup ke KL untuk lawat papa aku. emak aku yg jaga papa, cuma aku kena selalu datang sebab mak aku juga perlu rehat. kalau hari kerja, hanya sekali sehari aku mampu datang jenguk mereka, itupun malam. kalau hari sabtu dan ahad, aku akan datang awal pagi belikan sarapan. biasanya aku bawalah 'kawan2' perempuan aku, saje nak kenal2kan. ada yg diterima baik dan ada juga jelas tidak disukai. kesimpulannya, yg diterima baik dan tidak diterima baik tu semua tak terpilih, aku nikah ngan orang lain. waaa....!

dah melalutlah. setelah beberapa ujian, sah lah sakit jantung. mula2 tu diorang just nak pasang 'ballon' tapi tidak berjaya. dan terpaksalah operation sebab 4 saluran jantung tersumbat. biasalah perokok tegar!

kebetulan masa doktor yg bakal operate papa aku datang nak jumpa, aku ada bersama papa aku. masa tu rasanya dalam 10 atau 11 malam. doktor cina datang dengan sorang nurse melayu. doktor tu cakap melayu memang failed. aku dan family susah nak faham apa dia nak cakap. aku yakin dia cakap melayu sebab ingat kami tak faham bahasa inggeris. nurse yg ikut dia cuba explain pada kami apa doktor cakap. dan cerita dgn doktor dalam bahasa inggeris tingkatan satu dengan doktor apa yg kami cakap. since, papa aku duduk sebilik sorang, lama gak kami bersoal jawab, yg aku tak boleh lupa ialah bila doktor tu cakap begini....

doktor cina : lu, kalau talak operate, peluang untuk mati 30 percent.
pesakit melayu : (tergamam. sebut mati tu...)

anak pesakit melayu : err.. doctor. I think you better communicate in english with my father.
doktor cina : oh I see. ok..

last2 aku cakap dengan doktor tu suruh cakap inggeris dengan papa aku. papa aku 125 kali lebih fasih berbahasa inggeris berbanding aku. papa sekolah inggeris, kemudian kerja dengan kor kejuruteraan dengan askar british di singapore. bila merdeka papa kerja dengan syarikat2 inggeris. akupun malu nak cakap inggeris dengan papa; grammer, tenses dan vocabs aku lemah. percakapan inggeris aku may be lebih baik sikit dari gadis melayu yg cakap inggeris slang negrito yg aku jumpa dalam train (refer entry sebelumnya). doktorpun terkejut bila bercakap dgn papa aku, dalam borang aku yakin papa cuma tulis kerja kampung dan alamat ditulis 'jerantut, pahang'. rata2 orang ingat jerantut ni hutan rimba, mesti ulu banat mari punya. tolong sikit ye!

so, fahamlah kami bahawa sakit papa tak lah kronik mana, baru serangan jantung peringkat pertama. cuma, tak kan nak biarkan papa sakit. yg sebenarnya kami mula2 kurang yakin dengan doktor cina sebab masa dia datang jumpa kami, kelihatannya dia agak selekeh. rambutnya agak berserabut, lengan baju satu disingsing dan satu terkancing. nampak dah lunyai kekemasan gosokan seluar dan baju. maklumlah dah lewat malam dan doktor tu aku yakin dah keletihan, cuma ambik masa nak berkenalan dan berbual sendiri dengan pesakit yg akan dioperate lagi dua hari.

keesokkan harinya kami diberi penerangan tentang prosedur operation termasuk alatan digunakan, jangkaan masa operation, rawatan susulan, dan doktor yg akan mengetuai operation. pergh! bukan calang2 doktor yg operate papa aku. Datuk Doktor Khoo Kah Lin. salah seorang pakar bedah jantung di malaysia. beliau menguruskan klinik sendiri di KL dan menjadi pakar bedah ikut permintaan hospital2 swasta. malah setahu aku beliau adalah presiden persatuan doktor bedah malaysia, dan salah sorang orang kuat institut jantung negara.

alhamdulillah, papa selamat dibedah dengan urat kaki digunakan sebagai penyambung saluran jantung. beberapa kali juga papa dapat susulan disitu, kemudian secara berkala mendapat ubat di klinik persendirian Dr Khoo.

moral of the story :
1) jangan cepat hakimi orang melalui pakaian dan penampilan.
2) jangan merokok, kos rawatannya sangat mahal.
3) restu keluarga penting untuk memilih isteri. gunakanlah masa diorang tak boleh marah untuk bawa calon2nya. kalau diorang tak sakit, may be kena ceramah (ha.3x)
4) bahasa malaysia patut dipelajari oleh semua bangsa.
5) perokok biasanya susah nak berhenti, dan aku tak pernah percayapun mereka yg tegar itu akan berhenti merokok. dalam kes cerita ini, ia terpakai.

15 comments:

Nek Cun said...

Jangan under-rate doktor yang pakai selekeh kerana bukan mereka selekeh tatapi mungkin mereka dah keletihan kerana kerja tak berhenti. Especially kalau doktor yang selalu kena on-call... pernah anak nekcun yang jadi doktor tu kerja 72 jam straight non-stop bila ada urgent operations... cuba bayangkan macam mana punya letih dan selekeh rupanya!... Bila dia balik rumah, nekcun tengok dia dah macam ayam berak kapor jer!... memang orang tak akan tahu yang dia seorang doktor kalau orang tak kenal dia!...

izman said...

nekcun,
bila dah kena pd saya dulu, saya setuju. kita mmg kekurangan doktor yg expert barangkali, tu mereka kena kerja overtime.

julietchun said...

kita kat malaysia ni kekurangan doktor dan jururawat. Ramai jururawat kita pegi bekerja kat negara2 arab ya,dgr citer gajinya mahal.

ima shhs said...

aku ada pengalaman duk spital taun lepas... ada nurse ok ada yg ko... Dktr lak byk yg muda2 dari yg dah berumur... nurse lg cekap dr dktr...huhuhu...

secangkir madu merah said...

setuju sesangat dlm senarai moral of the story tu tapi ada musykil skit, klu crita izman mesti ada selit kisah perempuan ek... romeo giler ke izman ni dulu??

muadzlife said...

betul2...silalah berhenti merokok dan nurse yg baik dan lemah lembut amat penting dlm mengurangkan kesakitan..

izman said...

julietchun,
nurse kat arab mahal woo gajinya. kawan aku wife dia kerja kat arab, kerja setahun, balik beli rumah rmm100K plus secara cash.

izman said...

ima shhs,
dlm sesetengah keadaan mmg ada nurse lebih terer dari doktor sebab mereka lebih hands-on.

izman said...

secangkir madu merah,
saya romeo? mana ada lah kak! saya saje reka2 cerita je tu, nak sedapkan karangan. wife pun family carikan, mana boleh jadi romeo.

izman said...

muadzlife,
betul tu. so, nurse2 sekalian tolonglah selalu senyum, walaupun kami tau anda juga kepenatan. pahala banyak woo...

sonata anak kancil said...

doktor hospital k'jaan masih tak cukup2...kalau cukup...tentunya dapat rawatan segera! Tapi kalau saya buat check-up kat Poliklinik punyalah lama! maksudnya seorang doktor cater sangatlah ramai patients...kat mana nak cari doktor ni ye...

Monkey D Luffy said...

aku baca blog bakal doktor Izyan Nadirah...

doktor bedah ni macam tak ada life... mungkin itu sebabnya diorang selekeh je

haruan tasek said...

doktor banyak fikiran tu yang selekeh sikit tu.

uShop said...

sebagai org yg bakal jadi doktor, memang la setuju yg dokto x leh selekeh, kene jage diri bile bekerje, tapi kalau ade yg x brape kemas tu bukan alasan untuk pesakit nk komplen. kalau dh tiap kali kerje 48jam berterusan, bile la nk mandi kat hosp tu :P

satu kenyataan yg mudah, tapi ramai akan sakit hati bile denga.

"org yg x tahu berbaha malaysia, x layak jadi rakyat malaysia. g kat negare yg diorang tahu bahasanya"

asis said...

memfamouskan kawanku..