Tuesday, June 23, 2009

Operasi Mencari Durian

apsal aku masih malas nak update crita psl kendiri? tah! kemalasan melampau la tu.

masa kenduri adik aku hari tu, kawan baik aku si fairuz yg aku panggil along ada datang. hari2 datang. meskipun dia sibuk dengan bisnes kedai komputer dan cyber cafe dia di pekan damak yg terletak kira2 15 minit perjalanan, beberapa kali dia datang singgah rumah papa aku. nak tolong2pun tenaga buruh mahir dah ramai, kami borak2 la.

apa crita kami borakkan hari tu menda2 biasa2 je sebab kami memang bukan kami mengumpat (yg mengumpat mulut). yg aku nak crita disini ialah si nadya aka razman tu dah timbulkan nostalgia kutip durian di kampung.

masa aku balik kampung tu, sepanjang jalan dari bentong ke raub memang berlambak gerai durian. aku tak singgah beli sebab malas nak peningkan wife aku dengan bau durian. anak2 aku ok sebab dua2 minat durian. wife aku ni takat seulas dua bolehlah.

tapi kat kampung aku langsung takde durian. rambutan pun takde. so, takleh lah nak berebut cari durian dan makan macam orang setahun tak makan nasi.

apa tadi? ooo.... kisah carik durian. kali ni aku nak cerita aku cari durian. bukan kat kebun keluarga aku, tapi kebun orang lain. masa tu aku dah baligh dah. aku, along dan sham yg kedua2nya lebih tua dari aku tengah leka mandi sungai batu balai. airnya tak le besar mana, setakat dada itik je. tapi kalau korang tak reti berenang dan tak reti mengapung, confirm! selamat sampai ke alam barzah.

aku rasa masa tu air agak besar akibat sebelumnya hujan lebat. memang syiok main sungai. aku memang tak reti berenang, cuma aku reti menyelam dan boleh bertahan dalam air agak lama akibat selalu training menyelam (kena selam dengan budak dua ekor tu sebenarnya).

masa tu musim durian. berlambak durian kat kampung aku, termasuk kat belakang rumah aku, dan begitu juga dengan 2 kawan aku tu. tak larat nak makanlah senang cerita. masa kami asyik mandi2 tu, tiba2 perut lapar. kami terpandang ada durian hanyut dalam air. si along terjun dan ambik buah tu. kami gunakan tunggul kayu yg tajam untuk mengopek durian. ermmm! sedapnya. sebiji durian kongsi 3 orang, mana cukup! kami berpakat mencari kebun durian itu, dan.... jumpa. kebun tu kepunyaan orang yg terkenal kedekut dan garang. tapi kami tak takut! (kepala hotak ko tak takut. telur pun dah masuk dalam masa nak kutip durian tu).

kami cepat2 carik durian, mengikat durian2 tersebut dengan menggunakan pokok2 menjalar dan mencampakkannya ke sungai. durian tu timbul la wei! kemudian kamipun gedebuh! terjun sekali dalam sungai berakit guna kayu balak hanyut dan mencapai durian2 tadi. dikawasan lapang yg selamat, kami kenduri durian. kepanasan makan durian, kami terjun ke sungai mandi2 lagi. sampai semua kecut!

dah lapar nasik, kamipun balik rumah. tu dulu2, kami dah lama mintak halal kenakalan kami tu dari tuan tanah masa beraya rumah dia. dia gelak je bila kami cakap kami curi durian dia. dia cakap kenapa tak mintak, dia bagi (eleh! tipu la tu). dia pun tahu, kat rumah papa aku durian memang makan tak abis. setiap pagi kalau kutip buah2 yg cantik2 je mau berpuluh biji. tak larat makan. biasanya buat lembuk durian dan tempoyak je. kalau terlebih rajin, mak aku akan buat jemput2 durian. ada juga bubur durian, serawa durian, dan macam2 lagilah.

20 comments:

Monkey D Luffy said...

hehehe

nasib baik dimaafkan

kalau dia minta bayaran cam mana?

eiman@nurizan said...

terer tektik curik durian. hanyutkan dalam air.. haha

julietchun said...

teror betul korang bleh kopek durian guna tunggul kayu tajam je.

ima shhs said...

aku pantang makan durian.... tp, hubby aku lakss pantang dgn durian nih...pantang jumpa..kui..kui..kui..

haruan tasek said...

banyak menu durian mak ko ya... ko pun pandai buat ke ajar le sikit

nadya said...

macam maner name aku leh termasuk dlm interframe.

Aku nyer rumah diharamkan dibawa masuk durian. Aku nyer 'mem' westerner.

Lily.Lulu said...

hehehehhe
halal dah
cuba kalau time besar main amik je durian tu, mesti lain yg pakcik tu ckp

huhuhu ~
:D

- j o h a r i - said...

kalo larikan durian dia je pakcik tu bleh lagi la halalkan..
cuba larikan anak dara dia, ade la yg kepala terpacak durian krg

Mak Su said...

maksu makan durian, tapi bubur ker, tempoyak ker ... semua tak makan :)

jejakalkindi said...

bro..sekarang dah ada dusun durian sendiri kot?..hehe

izman said...

monkey d luffy,
aku suruh mintak ngan ayah aku la... ayah aku lagi garang dari org tu.

izman said...

eiman,
ala teknik orang kampung je... nak merembat harta orang lain, memang panjang je akalnya

izman said...

julietchun,
tu biasa... kalau lagi ganas pakai jari je.

izman said...

ima shhs,
laki ko species aku... pantang jumpa!

izman said...

haruan tasek,
aku pandai makan.

izman said...

nadya aka razman,

westener konon! seberang tambak je la wei!

izman said...

lily.lulu,
kalau besar masih ambik, confirm dah tido balai polis

izman said...

johari,
la... kenapa aku tak terfikir nak larikan anak pakcik tu dulu. anak dia jantan2 la wei...

izman said...

maksu,
ish.3x.... ruginya maksu. sedap tu!

izman said...

jejakalkindi,
ada. peninggalan arwah emak. tapi bila tengok durian kat kebun orang masih geram nak ambik. apsal ye?