Saturday, June 13, 2009

Yahoooooo...... Aku Menang Baju "MU"

sehingga saat ini dah 3 kali setengah aku suruh anak aku cium aku untuk pastikan aku tak bermimpi. confirm, ada dah sedar. dah 2 biji roti canai aku bedal, kalau kata tak sedar lagi tah la, itu namanya tak sedar diri kuat makan tu.

ini gara2 ada note dari adik asis (http://akupunyecrite.blogspot.com) yg kata aku menang moto, opss! aku memang baju MU. sepantas internet connection yg lembab, aku pergi ke blog joe (http://joegrimjow.blogspot.com/2009/06/tanyaku-sekarang.html#comments). secara ikhlas aku dah 2 hari tak jengok blog joe sebab bila diumumkan 10 tempat saguhati nama aku tak tersenarai.

tapi, rupanya doa pengasih yg aku hembuskan pada gambar joe masa dia kat paris yg menyebabkan screen laptop aku basah dengan air sirap semburan aku menjadi. aku yakin joe akan jadi sejuk hati dan muka bila baca entry aku sebab aku dah sembur dengan sirap ais, ada limau lagi. ha.3x....



trima kasih pada mak su (http://ceritakosong.blogspot.com) kerana memberi inspirasi pada cerita kemenangan tu (pembahagian royalti tu nanti kita bincangkan). buat sesiapa yg terlepas baca, korang boleh baca entry tu kat http://izzi-income.blogspot.com/2009/04/suatu-amanah.html

bagaimanapun aku yakin ada aku setuju dan ada yg bangkang entry ni menang. itu normal. matlamat pertama aku masa masuk contest cuma nak memeriahkan majlis dan menang baju MU (cisss, tak malu mengaku). ada yg aku yakin anggap entry tu ada unsur2 lucah. memang ada, sebab itulah senario sebenar dalam kehidupan. kita boleh anggap semua benda sebagai double meaning. cuma yg rasa ia ada sedikit cerita tauladan untuk bangsa kita, aku rasa sangat terharu. siapa pernah pergi BTN akan tau kebenaran cerita sebegini.

since keputusan penuh dah keluar, aku sekali lagi mengucapkan terima kasih pada joe kerana menangkan aku. dan aku setuju sebenarnya karya sahabat2 lain aku rasa lebih layak menang, cuma may be kali ni rejeki aku. aku dah baca sebahagian, dan aku akan ambik masa baca semua entry2 yg masuk contest.

since aku memang baju MU, rasa2nya aku terpaksalah jadi penyokong MU. dan nampak gayanya aku kena mula kenali siapa pemain MU. hah! cerita pasal MU ni, machester United kalau siapa2 yg masih mamai tu. cerita ni dah lama, tapi aku tulis, korang baca lah ye...

kisah ni terjadi masa aku masih bujang lagi. masa tu piala dunia. masa tu akupun mana minat bolapun (sampai sekarang). cuma kat rumah bujang aku akan layan bola live kat tivi. mau tak layan, dah duduk rumah bujang dan semua jenis tidur kat ruang tamu walaupun banyak bilik tentulah layan bola. satu rumah bersorak, bertempik, manusia mana boleh tidur. buka mata nak marah, tengok kopi panas dan megi dah tersedia. nyap! dan tengok tivi la layan bola. dan kebetulan pula masa tu, makwe aku (sebelum tau isteri orang) minat bola. ala pompuan, minat pemain bola yg hensem dan badan sasa je macam david beckham, suruh diorang minat si ronaldinho? tak maunya!

suatu hari makwe kesayangan ni (semua aku sayang) ajak gi makan western food, dan masa tu pilihan kami adalah F1 cafe kat puchong, ala area ioi tu. si dia ajak ke situ sebab nak layan bola live sebenarnya. tak kan nak gi lepak rumah aku, nak mampos! aku belum bersedia kawin lagi masa tu. sebab kami jauh dari screen besar tivi, kami abaikan dan kami makan je, si dia memang tak selesa sebab nak tengok bola jugak. ajak gi tempat lain tak mau! ketegaq!

aku dah lupa masa perlawanan tu antara england dengan siapa, brazil ke hape. ala abaikan.! yg penting ada england. si dia ni tiba2 menghempas henponnya ke meja (ganas tau bini orang ni. ganas apa? he.3x). dia beritau dia kalah betting rm200 hengget. mak oii... rm200 tu! sape nak bayar makanan ni bila dia dah hilang mood, berasaplah card aku ni. selidik punya selidik, rupa2nya dia bet kalau sebiji gol lolos rm 100. england kena titik 2 gol berbalas kosong. aku yg memang kaki bangku pasal bola ni bersuara;

teman lelaki : apsal honey pilih england kalah?
teman wanita : england takde pemain star.
teman lelaki : takde star, ada la... david backhem ada. kapten england lagi.
teman wanita : ha.3x... nampak sangat abang izz tak tau bola.
teman lelaki : kenapa pulak? salah ke?
teman wanita : memang salah! david beckham tu pemain machester united la, bukan pemain england.
teman lelaki : ha.3x..... memang la becham main untuk kelab machester united, tapi kalau piala dunia dia main untuk negara dia, england. padan muka kena rm200.
teman wanita : la... kenapa abang izz tak cakap. dah kena bayar kat si samdol tu rm200. camaner nak gi jalan genting ni.
teman lelaki : dah honey tak tanya. dahlah, makan ni abang izz settlekan, jom kita balik.

12 comments:

Anonymous said...

wahhh...sronoknye..naseb baik diberitahu..

secangkir madu merah said...

Izman, tahniah lah sbb menang dpt Tshirt MU tu... wah lepas ni walau pun tak minat kena buat buat minat lah tengok bola tu.. (ada jer crita perempuan yg disayang.. ish ish tak habis habis romeo dia tu...)

Precious said...

Weeiii ... tahniah tuh! Jelesnyer...

izman said...

asis,
terima kasih daun keladi,
kalau tau apa2 berita beritahulah kami.

izman said...

secangkir madu merah,
he.3x... cuba akak cakap saya yg tak sayang pompuan dalam dunia ni. kalau ada jenis camtu, otaknya sewel barangkali. bezanya cuma sayang sorang, sayang semua orang. ha.3x...

terima kasih.

izman said...

precious,
trima kasih. ala... kebetulan rejeki Allah, dan penganjur baik hati.

haruan tasek said...

tahniah..... pastikan anda terus menyokong MU....

Kapten Luffy said...

ko tak minat kan

bg ler aku

lalala

pB said...

ada pertandingan ker ???


tahniah....

ima shhs said...

tahniah sbb menang....;))

apalah xgirlfren ko tuh...lomah pengetahuan am tul...kui..kui..kui..

Nur a.k.a admansyah said...

Ooo... ber-honeyX2 yea! pssst... bini ko tak mare ke? kalo I, MELETOP MAK!!!!

tu yg aku pelik psl kaum sebangsa dgn-ku! kata minat gilerrr BOLA tapi kalu tanye depa pakai jersi No brp, sapa penjaga gol or baper kali MU juara... DEPA TAK TAHU. Yg depa tahu... suke bola sbb ADA MAMAT HENSEM! isshh...

izman said...

haruan tasek,
MU yeah!