Wednesday, June 17, 2009

Anak IBU atau Anak AYAH?

semalam (16/06/09) balik kerja dan lepas makan malam kami sekeluarga ke pasar malam andalas, klang. aku memang malas kalau bab2 psl malam ni, tapi wife nak cari rambutan. dah kehendak ibu mengandungkan, ikut je lah. kalau ikut saje ok lagi, ini kena ikut, bayar dan bawa. tapi takpe, anak yg keluar nantipun anak aku jugak.

cerita pasal kisah anak dikandung ibu tapi bila keluar diberikan nama dibin atau bintikan si ayah. aku ada kawan pompuan yg kata ini tak adil sebab kaum ibulah yg susah mengandungkan selama 9 bulan 10 hari tu. alih2, si ayah yg berkuasa pada si anak.

pada kawan2 sebegini aku cakapkan pada mereka;

"kenapa nak kecoh pasal bin/bintikan pada ibu atau bapa; Allah itu sebenarnya maha adil. memang ibu mengandungkan si anak, dan tak sepatutnya dikatakan hak ibu diketepikan".

korang tengoklah sekitar alam ni majoriti dinamakan sempena nama ibu, kaum bapa tak kecohpun! contoh?

IBUnegara
IBUnegeri
IBUsawat
IBUpejabat
IBUjari
IBUroti
IBUpertiwi
dan banyak lagilah.

kelau dalam bahasa omputehpun, mak (mother) yg mereka pentingkan dalam semua benda, contoh:
MOTHERearth
MOTHERboard
MOTHERnature
err...err...MOTHERfu**Er tak termasuk yer.


tak cukup kuat fakta (auta) tu? sedarkah kita bila seseorang anak adam yang Islam meninggal dunia, perjalanan akhirnya semasa talkin dibinkan kepada ibunya. kepada tak ayah?

kalau sape2 ada kad hutang, bila korang call mereka nak tanya apa2, apa diorang tanya?

"encik, boleh saya dapatkan nama ibu encik untuk pengesahan?". apsal diorang tak pernah tanya "encik, sebutkan nama bapak encik untuk mengesahkan encik bukan penipu?"

kesimpulannya, toksah pedulilah menda2 remeh camtu. yg penting si ibu dan bapa kena tau bahawa anak yg terjadi tu adalah anak hasil cantuman kasih sayang korang berdua. kalau buat sorang2, tak jadi budak tu. dari bercakaran bergaduh, baik guna cakar harimau ustazah bakyah untuk dapat baby lagi.

apa? lari tajuk dari pasal malam? ye ke...

pegi pasar malam tu just beli sedikit buat rambutan. pastu sedikit laici, sedikit kuih putu bambu dan sedikit putu piring. ada semua serba sikit. anak2 cuma nak stiker lekat2 tu. setakat ni belum ada lagi kes sticker2 dilekatkan kat dinding atau peti sejuk. agak2nya anak aku takut mereka pulak yg melekat kat dinding kalau lekatkan sticker kat dinding rumah. ha.3x... apaleh! aku ayah yang baik tau! mana sanggup pukul anak, pada aku orang yg dera anak tu ada tekanan mental je. terpisah kerja sekejab pun aku rindu kat anak2. ruginya orang yg tidak dikurniakan kasih sayang terhadap anak2.

8 comments:

haruan tasek said...

ibu mengandung kena ikut jangan minta bukan2 dah le... susah nak cari tu

Nur a.k.a admansyah said...

Setuju ngan ko Izman. Tak yah ler kecohX2 noo...

Baper bln dh bini ko tu? biler due bro?

re: thanks! bz aku tu biasaX2 jer...

secangkir madu merah said...

betol tu izman, akak setuju bebenor.. tak kisah lah anak ayah ke anak ibu ke, yg penting ada lagu untuk mu ibu tapi lagu ayah? ayah ku kawin lagi ade le...

Abang Long said...

Nasib baik ada bin ... kalau tidak ... tak ke naya ... tak ada status...

Monkey D Luffy said...

kalau mengidam melancong australia camana?

hahaha

Mr PenyuBiru said...

ko beli rambutan anak sekolah ke bapak sekolah? ko tau kan beza rambutan anak sekolah ngan bapak sekolah kan? hehe...

nadya said...

Wei..bini lu tak kerja... itu pasal lar kena bawa & bayar... aparaa... lagi mau kira ....meh tayang vontot ko sini aku kasik kicker skt...

julietchun said...

kasih syg dan didikan pada anak lagi penting dari dok kecoh hal remeh temeh. Kenapa org dok ckp rambutan anak sekolah?