Monday, June 8, 2009

Misi Kenduri Kahwin Di Raub, Pahang

semalam, hari ahad (07/06/09)aku sekeluarga awal2 lagi keluar untuk menghadiri kenduri kahwin 2 orang anak sepupu aku di raub, pahang. majlis itu dibuat serentak sempena perkahwinan si kakak iaitu saadah dan pasangannya, dan kenduri sambut menantu untuk si adik iaitu amirul dan pasangan. dua2 buat sekali, senang.

masa aku sampai, memang ngam2 masa ketibaan kedua2 pasangan pengantin. aku tak sempat snap gambar kerana sibuk mendokong pika dan memimpin luqman. korang kena fahamlah, wife akukan sarat mengandung. malas nak berebut, aku ambik peluanglah dulu sembang2 dengan saudara mara yg datang tu. Di hah, kawasan kenduri, 2 kawasan makan didirikan, dan konsep layan diri; senang!



kasik close-up sikit. banner lagi tu. ini untuk elak tetamu silap majlis kot. ha.3x... jangan gelak, aku pernah terkena dulu. silap majlis. dah siap makan lagi, nak hulur hadiah baru tau silap rumah.



bila dah kurang sesak sikit, aku pelan2 cari port untuk makan. makanan standard kenduri orang pahanglah; nasi putih dan nasi minyak, acar timun, gulai daging lembu, ayam masak merah, dan paling special kerabu umbut pisang. masa nak ceduk makanan, awal2 dah diorang bagi goodie iaitu bungkusan gula2 untuk setiap ahli keluarga.
ingat tu je goodie bag, rupenya tengah suap, diberi lagi 2 goodie bag warna hijau. feberet colorland aku tu. macam2 ada dlm goodie bag tu; ada cenderahati kekal berupa kipas tangan, ada pult manis (wajik), ada gula2, ada kuih bahulu, ada jelly, dan ada 2 - 3 menda lagilah. aku tak kuasa nak tengok sebab dua2 anak2 dah rembat. gambar anak2 tayang goodie bag.




dah kenyang, dan jumpa keluarga pengantin... nak tunggu apa lagi. beransurlah. masa 'salam' dapat bunga telur lagi. banyak betul ole2 untuk tetamu. on the way balik tu aku singgah la dulu kilang kacang sempalit kat raub. famous amos giler kilang ni. belilah sikit2 untuk juadah perut sendiri dan bagi kawan2 seopis rasa. kacang sempalit ni bukan ada jual meluas seantero malaysia lagi. takat pahang pun beberapa tempat je ada. sepaket cuma rm2.70, ada perisa masin, manis dan lain2. aku cerita esok lah psal kilang kacang ni, aku buat entry khas. sambil2 tu, korang layan la gambar anak aku depan kacang besar dikawasan kilang kacang tu.



since tak kalut nak gi mana, singgah jab masjid bandar raub berehat, dan kemudian pelan2 bertolak balik ke klang. ingat nak bawa anak2 mandi air hutan lipur lentang. anak2 memang ada bawa pakaian extra, tapi aku cuma ada bawa kain sarung je. kang mandi pakai kain sarung, risau jugak ada adegan tak patut dilihat oleh gadis2 remaja. susah jugak kalau tak bawak spender extra ni.

sampai kawasan rehat genting sempah, singgah isi minyak sat. wife terliur tengok buah berangan panggang, aku beli la 1/2 kilo. nasib baik aku siap isi minyak, rupanya sebelum tol gombak jalan jammed dalam beberapa km. masa orang nak cuti2 malaysia, masa tulah nak turap jalan. kadang2 aku rasa pengusaha hiway ni saje nak kenakan kita sebagai pengguna. suka hati nenek dia je nak lencong2 jalan, nak tutup jalan. nasib baik aku balik petang, kawan aku yg balik lewat petang lagi haru, dari terowong genting sempah dah jammed. seksa woo... dalam kes aku oklah, sebab sambil2 jammed buleh gak makan buah berangan panas. minum air kotak sejuk pulak. tapi berkilo gak lah sumpahan untuk pemilik hiway. bagero!

masuk je kesas lepas bayar tol di gombak, jammed jugak. berkilo gak jauhnya. cilampret! ada accident kereta je, tapi semua pemandu prihatin saje nak slowkan kereta. mentaliti orang malaysia.

keseluruhannya, misi ke kenduri kahwin berjaya dengan selamat. pada saadah dan suami serta amirul dan isteri; abg ngah sekeluarga doakan kalian berbahagia hingga akhir hayat, dilimpahi rejeki, dikurniakan anak2 yg soleh dan panjang usia.

11 comments:

haruan tasek said...

wo.... kawan pi kenduri kahwin.... mesti banyak makan kan.... ha...ha..ha

sonata anak kancil said...

didapati majoriti bloggers semua pegi kenduri kawen - jauh maupun dekat! seronok kan! sedara punya fasal memang kita sanggup pegi - dulu kita, sekarang giliran kita ke tempat mereka pulak...akan2 datang ke tempat kita pulak....he he he lambat lagi lo...

zafi said...

im so desperately kangen to the food!!! how i miss makan nasi kenduri now... adoiii

Papa-Itam said...

rasa-rasa nya dah lama p.i tak makan nasi kenduri...kalau ada sapa-sapa yang buat majlis kenduri jangan lupa jemput p.i tau

ALAF21FC said...

Rasanya boleh tak baca novel dalam keadaan jalan jem ?

cik selamah kundang said...

aku xhapdet blog pun sbb kenduri..lolololo

Jard The Great said...

waaa.. siap ade banner tu.. ehehe

KV said...

tiap kali lalu kut arca kacang sempalit tu, tak pernah lak teringin nak berhenti membeli. Sedap ke wei kacang nya?

aza ni said...

raub ni arah bentung ke arah kuala kubu? aku nak cuba lah kacang sempalit ni.

Rayz said...

Hai... dah tau x bawak spender tu gi lar beli kan pekan Raub ke ape..

Kalau dah duk dlm air tu dah xde sape nak negok de...

Anonymous said...

wow... 2 pengantin..