Tuesday, June 16, 2009

Tikus Makan Buah Apple.

semalam (15/06/09) adalah hari pertama bukak sekolah tadika bagi anak aku luqman setelah bercuti 2 minggu. malamnya dalam doq layan buletin utama, aku saje2 tanya tentang apa dia belajar kat sekolah.

ayah : luqman blajar ape kat sekolah tadi?
anak : luqman belajar binatang.
ayah : binatang ape?
anak : macam-macam binatang la.
ayah : apa nama binatang tu? ceritalah kat ayah.
anak : lalat
ayah : lagi...
anak : lembu
ayah : lagi...
anak : tikus
ayah : lalat makan ape?
anak : tak tau. cikgu tak ajar lagi.
ayah : luqman tekalah
anak : (berfikir) aa.... lalat makan kismis.
ayah : makan kismis? (memandang isteri dan terus bertanya luqman) mana luqman tengok?
anak : semalam (ahad)luqman tengok lalat makan kismis kat lantai.
isteri : (menyampuk) ala... dia tengok lalat hinggap atas kismis yg jatuh kat lantai la tu.
ayah : ok... tikus makan apa?
anak : tikus makan apple.
ayah : (tergelak)apa-apalah luqman.

jawapan luqman membuat aku teringat kejadian di blok pejabat aku bulan lepas.
kami ada beberapa blok pejabat, dan HR ditempatkan di kawasan pejabat production. senang nak kawal production workers. dalam minggu tu aku perasan ada pejabat yg kena serangan tikus, dan bila serangan bertambah dahsyat aku segera meminta safety officer si saiful tu untuk menyediakan perangkap tikus.

ada yg kena. kemudian serangan tikus berhenti sekejab. mungkin lepas brkabung atas kematian ahli keluarga tikus tu, ahli yg hidup cuba membalas dendam. macam2 umpan di pasang untuk menangkapnya; umpan roti, ikan, ayam, telur, jajan, selipar jepun... semuanya tak jalan. akhirnya salah seorang production manager cina telah memasang umpan sebiji buah apple dalam perangkap tikus. aku gelak besar jugak masa dia pasang umpan apple hijau tu, sebijik pulak tu. dah hilang akal ke hape orang tua tu. kalau bagi kat aku kan best.

memang si tikus makan apple hijau tu. tapi sayang perangkap tidak bingkas dan memerangkap. sisa2 gigitan tikus apa pada buah apple tu. the next day si manager tu cuma potong bahagian buah apple hijau yg tidak digigit dan pasang kembali perangkap. esoknya, datang opis aku tengok perangkap tikus tertutup dan ada sekor tikus hitam ekor sangat panjang dalam perangkap tu. sebab bukan kat tempat aku, aku malas pergi dekat sangat, dan aku mintak si saiful tu uruskan tikus tu. aku tak peduli dia nak goreng ke buat sup, yang penting jangan ada kat blog opis kami.

inilah kali pertama aku tengok species ini tertangkap dalam perangkap ni. confirm bukan tikus biasa. tikus cencurut? bukan sebab bukan muncung panjang. yang panjang cuma ekornya. panjang gile! kalau korang tak penggeli, boleh tengok kat bawah ni. kepada pencinta haiwan yg risau, kami tak siksa tikus ni. masa dijumpai dia memang dah lama mati.

jeng!

jeng!

JENG!!!!!





he.3x.... 'mouse' kumputer rupenya. siapalah yg lahanat main2 ni. kesian si saiful dan managernya kena main. sebab dia kawan baik aku, aku saje ambik gambar ni kononnya nak ambil tindakan pada orang yg suka main2 dalam waktu kerja ni. mana buleh kenakan kawan2 diluar tarikh april fool. kesian si saiful yg berkulit gelap tu merah padam. padan muka dia! ha.3x... bagus zal, misi kita berjaya.

12 comments:

haruan tasek said...

wah berjaya akhirnya si saiful menangkap kembar tikus. Tikus suka epal merah...

Ms.Lilies said...

kdg2 jwpn anak2 buat kita gelak x sudah

sonata anak kancil said...

baca n3 tentang tikus - aku memang takut tikus...sampai kat jeng jeng jeng...aku suspen - pelan2 aku tarik side-bar - takut terperanjat....Ya Allah, betol la, ko ni....

AZANI said...

tetikus pun pandai merayap ya..ka ka ka.

Jard said...

aku dh saspek dh nie. Hahaha.

asis said...

ceh...hik hik hik

Monkey D Luffy said...

mcam lahanat

hahaha

ima shhs said...

dah agak dah, mesti nak mengena nih...kui..kui..kui...

Abang Long said...

Mouse tu jantan ke betina ?

Lain kali bubuh umpan buah durian ... gerenti dapat tangkap banyak tikus, termasuk tetikus.

Mr PenyuBiru said...

part cakap ngan anak² tu aku bleh timer.
part tikus tu terkena aku.keji sungguh n3 ni.hehe

nuyuljana said...

hahahaha.

pwned!

nadya said...

Ape tangkap tikus pakai perangkap lagi... x up todate betui.. orang sekarang pakai gam ler.... bukan takat tikus jer dapat, segala spesis cicak & lipas pun ada