Thursday, May 7, 2009

Kerja VS Karipap Ayam

dalam minggu ni otak aku benar2 penat. penat membuat judgement dan menjatuhkan hukuman. ada benda kita pakai buku, senang. ada benda kita perlu budibicara, itu yang maleh nak fikir. tapi sebab kerja, terpaksarela jugak buat. natijah selepas buat keputusan, adalah yang terpaksa tersengih cam kerang busuk dapat surat chenta atau paling pedih, gantung kerja. hari ni pun, pagi2 lagi aku dah handle satu domestic inquiry. kes kecuaian dan melibatkan kerugian beribu riban pada company dan menjatuhkan imej company jugak. penilaian panel dah siap, tunggu jumpa top management untuk jatuhkan hukuman.

semalam (06/05/09)pun ada kes jugak di labor office port klang. melibatkan syarikat manpower supplier dan pekerja mereka. since pekerja dibekalkan kepada kami, kami terpaksalah kena tanggung dan jawab dengan pihak labor office gak. kes2 gini, aku je wakil syarikat. macam tak biasa. dulu2 masa masih kedunguan, bila kena panggil menghadap labour office, IR office, mahkamah dan sebagainya; memang menggeletar kepala lutut. mau tak selera makan aku 2-3 hari sebelum tarikh kes. sekarang ni, berani la sikit, atas pengalaman kerja.

kes2 buruh ni pada aku cukup simple. just hadir timbangtara dan buat komitment. pastikan kena patuh lah. yang selalu ada masalah ialah kalau kita kena jawab bagi pihak orang lain, atau kena tanggung benda yg kita tak buat. kes semalam cukup simple, kejab je urusan aku dah settle. buat ape nak tipu2. yang penting kena yakin.

lepas urusan settle, perut dah menyanyi lagi reggae. cantek! kat area labour office tu memang ada warung karipap ayam yang sangat best. aku mencanak ke situ, lagipun aku belum minum petang. nilah rupa sekitar warung karipap ayam yg famous amos tu. orang memang ramai, tu aku payah nak snap gambar tu. karipap inti ayam dia the best in klang/port klang. some say in shah alam tooo... ayam dia memang berketul2, fresh n white lagi.





buat sape2 nak pegi, landmark dia susah sikit. yang senang ikut aerialmark, ikut udara, ha.3x. warung ni terletak kat JALAN LADANG, TAMAN PALM GROVE, KLANG. yang aku syiok datang sini ialah ia perumahan orang2 kaya. rumah2 banglo memang mengasyikkan. dengan kemampuan aku? jangankan nak dapatkan rumah begitu, nak dapatkan pondok guard mereka pun aku tak mampu.

apa aku beli? aku cuma beli 5 karipap ayam, 2 kuih lapis untuk luqman, dan 2 kuih jeniffer lopez untuk wife. sebab tak tahan, sebijik aku dah bedal dalam perjalanan. harga untuk semua tu ialah rm5.00 sahaja. nak tau berapa harga sebijik? mana aku tau! dapat pulak minum dengan teh cameron highland, memang sedap rasanya petang2 aku.

20 comments:

AZANI said...

sedap,,,nyamnyam

julietchun said...

kalo lalu ikut jalan air tang mana kedai karipap ni ?kekekeke.

Mak Su said...

wah..... teh cameron highlands :), syahdu

izman said...

azani,
ha.3x... kalau membayangpun dah nyam-nyam; bayangkan saya yg merasanya. best!

izman said...

julietchun,
jalan air? ikut sungai kelang lah. dari sungai kelang, ko ikut kiri lalu longkang besar mpk. kiri! kalau kanan tu saliran najis.

terus je. laluan air tu akan berenti betul2 dekan gerai tu.

ha.3x... gilo apo!

izman said...

mak su,
memang shahdu. perisa strawberri tu...

Anonymous said...

tiap ptang lalu situ...cos nak ambil anak kat sekolah simpang lima
tapi malas nak singgah le pulak...
'SEGAN'!!...
alahhh..of cos lahhh..umah besauu!!.
si ca ya nun punya..syurga dunia katakan..
ada sebilangannya yg baik & dermawan.cos anak mereka sekolah kat simpang lima.tapi ada gak yg berkira..hmmm~~

ila

izman said...

ila,
la... lupa ko memang selalu lalu sana. patutla semalam ingat nak tapau untuk ko, tapi hati kata tak payah.

ko 'segan' sebab malu, atau 'segan' sebab pemalas?

sonata anak kancil said...

kekadang nak cari yang sedap2 kat sini agak payah, akhirnya 'kebulur'...balik umah, gapai apa yang ada dalam stok...

izman said...

sonata anak kancil,
akupun sama, kadang jumpa tmpat makan best... sampai rambang mata. pastu semua tak beli.

Monkey D Luffy said...

DE tu memang menakutkan

tmpt aku selalu buat gak

ima shhs said...

sedappp nyerrr karipap ayam... terliur lakksss...

Jard The Great said...

adehh.. udah lama aku tak makan karipap..

bek sini 12 karipap.. hehe.. antar kat opis aku..

asis said...

karipap ayam nyum2

izman said...

monkey d luffy,
memang menakutkan. aku yg handle pun takut.

izman said...

ima shhs,
nak aku poskan?

izman said...

jard the great,
kalau opis ko dekat,ok lah. ini jauh yg amat..

izman said...

asis,
nak ke? boleh poskan (gambar karipap)

zafi said...

kuih itu sungguh tempting! :P

izman said...

zafi,
kalau cuba lagi syiok.