Tuesday, May 5, 2009

Melawat Baby Baru

semalam (04/05/09), aku ambik cuti half day petang. ada urusan peribadi di klang. kalau kira aku boleh lari kejab uruskan hal aku tanpa cuti, tapi sebab cuti banyak.... aku cuti la. sebelum balik aku dah call wife bersiap, ajak diorang joint sekali. urusan aku kejab je... sebab masa masih panjang, wife ajak singgah carrefour klang untuk beli sedikit barang, dan sedikit buah tangan untuk kawan dia yg baru bersalin. err... dah 3 minggu pun. he.3x.

lepas wife dah puas hati dengan apa yg dia nak bagi (aku malas sakitkan otak fikir nak beli apa), sementara wife sibuk pilih hadiah, aku dan anak2 sibuk pilih buku mewarna dan pencil warna. setiap minggu satu buku. tapi set pensel warna tu terhad sebulan satu sorang je. ala... beli yg murah2 je...

luqman dan pika merengek nak beli hamster. harga dia tak le mahal mane, tapi sape nak jaga. wife aku awal2 dah tak mau jaga. nak harapkan luqman dan pika? mau jadi sarang tikus le rumah aku nanti. aku offer akuarium ikan kecik, semua geleng. eksyen! kecik2 pun main ratus woo.... save duit aku.

keluar carrefour, anak2 mintak kfc. sebab kat situ memang ada kfc, so layan je lah. ambik hidangan paling sempoi. kebetulan sebelum gerak tadi aku singgah petronas isi minyak. aku guna la voucher petronas-kfc tu. jimat le tiga hengget. aku cuma makan separuh ayam je, hari2 ayam naik lemau tekak aku. luqman berselera benor makan, habis 2 peha ayam original dibalunnya.



dah selesai, kami pun balik le,
tak kan nak tidur kat carrefour pulak. next stop ialah rumah kawan wife aku yg beranak kecik tu di bandar botanik. wife aku kononnya nak buat suprise, tapi sebab nombor rumah tak ingat, terpaksa la telefon. ini kawan2 geng2 ibu mengandung la... mereka kenal start wife aku mengandungkan luqman lagi, dan still keep in touch dan berkunjungan time raya atau ada special event.

inilah rupanya baby yang kami ziarahi. comelnya... tak sabar nak tunggu baby ke tiga kami bulan 9 nanti.




IZZI ADVERTIZING----------------------------------------------

Kandungan Ebuku Ini :
1) Sejarah Kaedah
2) Cara Mengira
3) Huraian Nombor
4) Nombor Kombinasi
5) Analisa Kekuatan, Kelemahan dan Potensi
6) Perniagaan Yang Sesuai
7) Arah Kejayaan dan Kekayaan
8) Potensi Penyakit
9) Kod Jutawan
10)Strategi Kejayaan dan Kekayaan

22 comments:

Ms.Lilies said...

wahhh...jgn lupa tepek gambo ur new baby ye....

asis said...

congrate to them..

izman said...

ms. lilies,
lambat lagi.

izman said...

asis,
thank u.

Jard The Great said...

anak ke-3 bulan 9 nnt?? waaa... tahniah in advance..hehehe

izman said...

jard the great,
kenapa... tak percaya?

rejeki, aku terima je. trima kasih.

Abang Long said...

Alhamdulillah. Abang long sudah berhenti ... sudah tidak larat dah ... sudah tua...

julietchun said...

kalo bwk ank buah jln musti drg pau kfc/mcd.

izman said...

abang long,
dah tua ke? saya tengok abang long masih muda belia lagi.

izman said...

julietchun,
memang gitu kot budak2 sekarang. kalau kita bawak mereka jalan, kita mesti belanja mereka kfc atau mc d.

SuFy said...

e'eh..comeii larrr..nak jugak!!hihi..kim salam peluk cium ngn baby k..hehe

izman said...

sufy,
baby mestilah comel.

sonata anak kancil said...

tahniah! terutama tuan rumah yang akan terima ahli baru...Eh eh eh...macam sama je kita, 4.5.09 makan kfc gak! makan 2 beranak je , lain2 semua tak ada....along mkn kfc, umi makan cheesy wedges...muak asyik ayam je!!!

kirana said...

Oooo...ada yg ketiga coming soon. Tahniah lerrr...sungguh bertuah lerr..

Papa-Itam said...

izman kita telah ditakdirkan sama la..umi bersalin pun dalam bulan 9 jugak.tak tunggu new baby...

sedap, suci, segar ... said...

Melayan karenah isteri mengandung, memang kena banyak bersabar.

Mencari Sinar Bahagia @ Tommy said...

Hello Izman,

Wow..Nice to hear U r going be papa again soon...Dah scan anak laki ke atau perempuan..Nanti update me bila dah bersalin ye..I nak beli hadiah bg baby abg,k..

izman said...

sonata anak kancil,
ye ke? macam berjanji pulak. nasib la jauh, kalau dekat dah tentu makan sama2 la...

izman said...

kirana,
yup ketiga. trima kasih.

izman said...

papa-itam,
asyik sama je keluarga kita. syiok kan... memang tak sabar.

izman said...

sedap, suci, segar,
memang...! jenuh melayan kerenah mereka. tapi kena sabar.

izman said...

tommy ho,
nak bagi hadiah? confirm saya call u bagitau. ha.3x... mata metarialistik betul!