Wednesday, June 1, 2011

Gula Kapas

kadang2 dah takde tempat nak pergi (takde duit sebenarnya) aku bawalah keluarga ke pekan india (litte india) di klang (selangor). dalam 20 minit dari rumah. takde menda menarikpun disana, kalau menarik dah tentu banyak duit abis. paling2 kami ke pasaraya mydin. area pasaraya mydin di pekan india tu, rata2 kedai ialah kedai india. ada masjid india yang tersergam indah juga. kalau aku ambik gambar disini bersama keluarga dan aku tulis aku dah melancong ke negara india, aku yakin 100% orang percaya.

dalam doq membeli sedikit barangan sebagai syarat keluar berjalan dengan anak2, tiba2 isteri terpandang seorang anak india perempuan menjual gula kapas. aku meletakkan barangan dibeli bersama isteri dan anak2 sementara aku cuba memanggil penjual gula kapas yang berada diseberang jalan. masa aku panggil dan lambai dia, dia tengok arah lain. nak seberang jalan, dia lintas sebelah sini pulak. jauh jugaklah aku membontotinya.

aku beli dua. satu rm2.00. bermacam2 warna ada. warna berbeza tapi rasa sama. inilah rupa gula kapas tersebut.



aku berikan pada isteri dan anak2. anak2 macam takut je nak memakannya. luqman bertanya "boleh makan ke makanan orang tamil ni ayah?". eemmm, anak aku biasanya memanggil orang india sebagai orang tamil, aku yang ajar. kalau tidak dia panggil orang k*ling. itu bahasa yang dia dapat melalui pergaulan disekolah.

sebab aku dan isteri makan, mereka mula makan even cam takut2. biasalah budak2 sekarang dah tak kenal makanan tradisi (tradisi siapa ye??).

sebut pasal gula kapas ni, teringat masa aku kecik2 dulu di pekan damak (jerantut, pahang). aku tinggal di kedai panjang di pekan sari damak. ayah aku berniaga kedai runcit dan pembeli getah pada masa itu. sebelah rumah kedai papa aku ialah kedai makan pok weil dan kedai makan pok pa (jaafar). kedai pertama ialah kedai haji yaakob. haji yaakob tu meniaga diserata pekan sari. dirumah kedai dia tu tempat isterinya mokmoh berniaga pelbagai jenis bawang. disebelah petang anak haji yaakob iaitu haji juli akan menjual gula kapas. paling seronok masa haji juli memesin gula yang pelbagai warna itu. pada hari sebelumnya, mokmoh akan memcelup gula kedalam pewarna. biasanya warna terang seperti merah bunga ros dan hijau daun. gula dikeringkan. bila kering baru boleh digunakan untuk dibuat gula kapas.

sebab kedai dia berselang 2 kedai dari kedai papa aku, dia kedai no. 1, papa aku kedai no. 3; so aku selalu orang terawal tengok dia memesin gula menjadi gula kapas. ada mesin khas yang entah dibeli dari mana. kepala mesin tu macam mesin kelapa jugak, tapi bezanya diatas kepala yang berpusing tu ada lubang yang diisi dengan gula berwarna tersebut. mesin berputar, dan sekejab lagi keluarlah gumpalan berupa kapas. lama kelamaan jadi banyak. bila banyak haji juli ambik dan tempekkan pada kon ais krim. emm... dalam rm0.20 je kot sebatang tu. tiap2 hari aku beli satu, tapi aku duduk tengok dari awal hingga akhir.

itu dulu, budak2 sekarang dah tak kenal lagi. mereka lebih kena dunkin donut dari kuih keria atau kuih badak (donut sira gula). pada mereka kuih ialah cookies. zaman berubah, citarasa berubah. tak boleh salahkan mereka sebab peniaga gula kapas juga dah pupus sebagaimana pupusnya dinasor.

2 comments:

Aimi dan Pakcik Hashim said...

aku pon x pernah tgk mesin tu
pernah tgk peniaga dia jual jalan2 keliling kg ja

dah pupus ek..

julietchun said...

dekat stesen minyak kedkg ada gula kapas ni. seronok makan.