Thursday, June 16, 2011

Biskut Keras Dan Jem Nenas


masa cuti baru2 ni, aku adalah menziarah rumah saudara mara. dan biasalah ada jugak sedara mara yang menjadi soldadu, heh.... askar. aku bukan nak cerita pasal keluarga askar itu, aku nak cerita pasal menda menarik yang mengimbau kenangan aku masa kecik2 dulu.

apa? sabarlah....

lepak2 diberanda rumah, aku terlihat bekalan makanan askar. ala resin atau bekalan makanan untuk askar masa operasi masuk hutan la. biasanya ada beras, gula, susu, garam, biskut, jem, dan sebagainya. aku bukan nak cerita apa boleh askar2 masak dengan semua benda2 tu, itu rutin mereka, taulah mereka memasak apa yang boleh.

aku tertarik dengan biskut keras askar dan jem nenas askar.

ye, biskut keras dan jem nenas. dengan lahap aku meminta izin untuk mengambil biskut keras dan jem nenas tersebut. didepan anak2 aku yang kehairanan, aku membuka bungkusan plastik biskut keras tersebut, kemudian aku bukak plastik jem nenas. aku sapukan jem nenas ke atas biskut keras tersebut dan memakannya dengan berselera. emmm... keras, dan terasa kesedapan jem nenas dan biskut itu. habis kepingan pertama, aku makan kepingan biskut keras dengan jem nenas yang kedua. anak2 memerhati dengan kehairanan. mungkin mereka berkata "apalah pelik benar ayah aku ni suka makan biskut keras dan jem nenas ni".

pada aku rasa biskut keras tersebut dah berubah. masih keras, tapi dah tak sekeras dulu. dulu, memang keras. bak kata orang kampung aku "keras betul, baling anjingpun anjing mati". sekarang dah agak lembut. rasa ? oklah.... jem nenas dia pulak dah kureng sedap. dulu sedap dan pekat. sekarang..... mak ai.... cairnya. perubahan zaman barangkali, askar2 dah tak makan yang terlalu keras dan terlalu pekat. atau, yang dah berubah. dulu aku kecik2 aku suka makan sebab berebut makan, tapi sekarang menda tu sekadar makanan murahan.

bila aku suakan pada anak2, mereka cuba gigit, tapi membuangnya kembali. keras dan tak sedap kata mereka. heh..... anak2 sekarang dah mewah dengan makanan, biskut keras dan jem nenas askar ini memang takde dalam senarai menu mereka, malah tak terjangkau oleh akal mereka. kalau biskut tiger, biskut chipsmore dan seangkatan dengannya, taulah mereka.

aku bercerita kepada anak2 mengenai kisah aku memakan biskut keras askar masa aku kecik2 dulu.

"luqman dan pika tau tak, dulu2 masa ayah kecik2, selalu ada lori askar lalu kat depan rumah tokpa (papa aku la). dulu, kampung batu balai tu banyak komunis. selalu ada askar masuk hutan kat kampung ayah.

petang2 balik sekolah, lepas balik mengaji, ayah suka duduk depan rumah. rumah ayahkan depan jalan besar, ayah tunggu lori askar lalu. sambil2 tunggu, ayah selalu main guli dengan kawan2 ayah. kadang2 ayah main 'dekcok', kadang2 tu main konda kondi. ramailah main kat depan rumah tokpa tu. kalau ada lori askar lalu, semua orang lari ke tepi jalan, kami lambai2 kat askar.

kadang2 ada askar yang baik, askar tu campak makanan kat ayah dan kawan2 ayah. kadang2 dapat susu cair askar dalam tin, ada dapat kari dalam tin. tapi selalunya dapat biskut keras dengan jem nenaslah. biskut tu keras! askar tu baling dari atas trak askar tu kat ayah, tapi tak pecah. biskut dia tak sedap, tapi kalau makan dengan jem nenas dia sedap! biskut tu, jem nenas tu, samalah macam ayah makan tadi. tapi dulu lagi sedap. sekarang dah tak sedap".

luqman bertanya "dulu ayah tak ada makanan ke?"

"bukan takde makanan, tapi ayah suka lambai2 kat askar. kadang2 ramai kejar lori askar, pastu askar2 bagi makanan. suka2. ada jugak kadang2 trak askar berhenti depan rumah tokpa tu. banyak.... sampai belas2 buah trak askar. dia berhenti tunggu kawan2 dia. kalau dia berhenti, ayah pergi mintak biskut dengan jem nenas. kadang2 banyak sangat ayah dapat. askar2 tu dah nak balik rumah dia, makanan yang lebih2 tu dia bagi kat ayah dengan kawan2 ayah. kadang2 bila dapat banyak biskut, nak makan tak abis, ayah dengan kawan2 ayah buat main baling2. sakit tau bila kena baling dengan biskut tu. kadang2, ayah dengan kawan2 pergi baling anjing cina dengan biskut tu. lari mencawat ekor anjing tu.

tu dulu la. tapi luqman dan pika tak bolehlah main buang2 makanan. berdosa, Tuhan marah.

luqman mencelah : abis kenapa ayah boleh baling anjing dengan biskut tu?

"dah lah tu, pergi main tempat lain. ayah nak sambung makan biskut ni."

5 comments:

sonata anak kancil said...

salam...orang2 lama ni macam kita ni semua boleh makan...sebab tu cukup berbesar hati dapat makanan - pulak tu dari askar. kita susah masa2 lampau...tapi anak2 sekarang?
banyak benar cekadaknya memilih!

Miecyber said...

Saya dulu pun rajin belasah resin Arwah Pak Dak dan Pak Teh saya,pastu siap minta dapur lilin dia untuk masak meggi di dalam dusun buah bersama sepupu saya.

Kenangan yang tak dapat di lupakan...

Naik basikal ke Mekah

Jom selalu tukar link suka sama suka...

Roza Ami Nanomiya said...

tak pernah jumpa biskut tu

anak ko bijak2

abuhanifah said...

AH percaya roti itu mesti berkhasiat. Justeru itulah tak sedap!

Almarhum Almarhum II said...

Waktu sekarang, memang orang kata makanan askar adalah paling tak sedap (al maklumlah, lahir-lahir dah ada KFC dan sama waktu dengannya). Tapi kalau berlaku emergency atau peperangan, semua orang pasti mengakui bahawa makanan askarlah makanan paling sedap di dunia. Lebih baik daripada makan ular dan seangkatan dengannya.