Sunday, June 12, 2011

Hari Bapa : Nasihat Datuk Luqman Hakim

seminggu blog aku tak diupdate. err... sebenarnya 2 minggu, minggu sebelum tu masa aku cuti seminggu aku dah pulun buat scheduled post. kami bercuti di Pahang dan Kelantan.

malas nak cerita pasal cuti, sebab cuti seminggu memang rilek. balik cuti???? kerja menimbun atas meja. nasiblah jadi kuli ni, kerja aku memang takde sape nak buat (jawapan sebenar ialah takde siapa yang reti buat). so, pening kepala otak jugak dan dalam kurang sihat dan batuk2 masih jugak gagah ke pejabat. even doktor panel suruh ambik cuti sebab batuk menyebabkan kerongkong aku berdarah, aku ketegaq jugak kerja. heh.... nak jadi pekerja terbaik la konon, tapi anugerah tu sebenarnya tak wujud. biasalah workohorlic (work & minum horlick ais).

hari ni (ahad, 12/6/2011); aku ke kenduri di rumah sahabat lama di pandamaran jaya. kenduri kawin anak perempuan dia. heh... nampak sangat aku dah nak masuk kelab orang2 berumur, kawan2 semua dah pakat nikahkan anak2, tapi anak2 masih belum mumayyis. kawan aki ni keturunan mamak (india muslim), so kenduri rumah dia tu hanya beberapa kerat je muka melayu. dah standard, mamak mesti kawin dengan geng mamak jugak. itu bukan kisahnya, sebab aku pergi masih awal, aku dapat saksikan pengantin potong kek perkahwinan mereka. lagi best, pihak pengantin turut sponsor satu kek untuk golongan bapa2 yang hadir sempena hari bapa. bapa2 yang hadir diminta bersama2 memotong kek hari bapa tersebut. aku pemalu, so aku sekadar lihat sahaja.

secara jujur, aku tak tau tarikh hari bapa. even masa nasi lemak kopi o dan kat tivi al hijrah pagi tadi doh ccerita pasal hari bapa, aku masih sangsi ye ke hari ni hari bapa. setahu aku hari bapa ialah setiap hari khamis malam jumaat. heh.... kalau salah maafkanlah aku, hari bapa tu aku belajar dari kawan aku si saiful nizam. asal je hari khamis malam jumaat, jam 5.45 petang je dah nak balik. bila ditanya, jawapannya ialah "hari bapa, kenalah balik awal pasang badan".

berbalik kepada hari bapa. aku teringat nasihat dan teguran papa aku semasa aku balik kampung minggu lepas. kisah kasih sayang seorang bapa kepada anak.

begini kisahnya.

semasa aku balik kampung, isteri dan anak2 aku kurang sihat. isteri aku kurang sihat kerana buatan orang (dah 6 bulan), manakala anak2 selsema. so, aku banyak menghabiskan masa di bilik bersama keluarga berbanding melayan papa aku. begitu juga lepas balik dari kelantan, aku banyak habiskan masa dengan anak2 berbanding melayan papa aku. suatu masa, ketika aku balik dari membawa keluarga aku ke bandar jerantut membeli sedikit keperluan, aku duduk diberanda rumah. aku membaca akhbar yang baru dibeli sambil minum teh panas. papa juga menyertai minum petang itu. dan..... papa memulakan syarahannya.

"aku tau mu sayang kat anak2 mu, tak boleh dengar anak2 menangis sikit, mu nak gi jenguk. aku tau anak2 mu tak sihat, mu laki bini berjaga sampai pagi. tapi mu kena ingat macam mana mu sayang kat anak2 mu, macam tu lah aku sayang kat mu."

aku diam.

papa terus bercakap. "mu ingat aku sayang kat mu masa mu kecik2 je ke? TIDAK! aku sayang kat mu dari mu lahir, masa mu sekolah, sampai la mu berbini dan beranak pun begitulah aku sayang kat mu".

aku dah rasa sebak dan bersalah (aku tak nak cerita bab air mata aku dah bergenang).

"kalau mu rasa sayang kat anak2 mu, aku terlebih lagi sayang kat mu. dari mu lahir, apa mu nak aku beli. mu sakit, aku dan mami mu tak tidur sampai pagi. masa dulu bukan macam la ni, klinik ada 24 jam. dulu klinik takde, hospital jauh. mu demam, berjagalah sampai pagi tuam tuala basah atas dahi mu".

"mu nak sekolah, mu sebut je nak ape, semua aku beli. tak cukup di damak, aku pegi beli di jerantut. semua aku beli, asal mu nak gi sekolah je. tu pun punya la pemalas mu nak gi sekolah. macam2 peel tak nak gi sekolah, tapi aku sabar. mami mu puas pujuk gi sekolah hari2. dengan aku, dapat la rotan kalau malas gi sekolah".

"mu kerja, aku tak mintak apa2. mu bagi duit, aku ambik. mu tak bagi, aku tak mintak. aku jaga anak2 aku tak pernah minta anak2 bayar balik. kalau mu nak bayar, mu rasa berapa harga mu nak bayar aku? mu kerja sampai matipun mu tak boleh bayar! tak de harga, tak ternilai harga untuk ibubapa yang jaga anak2. mu tak perlu bagi duitpun, aku masih sayang kat mu. mu tak bagi duitpun aku masih hidup, duit aku ada. tapi kalau anak2 bagi duit, walaupun RM10, aku cukup bersyukur. rasa seronok sangat".

"segala yang anak2 bagi, aku tulis dalam dairi aku. bukan aku nak banding anak2, atau aku nak tau berapa anak2 bagi duit kat aku. tapi aku seronok ingat apa anak2 bagi kat aku. mu kena ingat, mu buat baik kepada ibubapa sekarang, Tuhan akan balas dengan memberi keberkatan. Insyallah anak2 mu nanti secara automatik Tuhan beri mereka ilham untuk membuat jasa kepada mu laki bini pulak. kalau aku mati nanti, mu mintalah dairi tu, mu tengoklah apa mu pernah bagi kat aku. aku tak nak banding berapa mu bagi kat aku, berapa adik beradik mu yang lain bagi kat aku. mu kerja besar, memanglah mu bagi lagi besar. tapi ingatan dan bagi tu dah cukup. mu bagi Rm10, aku terima. mu bagi RM100 ,syukur. mu bagi aku rm1000, aku alhamdulillah".

"mu anak hok tua, mu kena ingat. adik beradik kena sepakat. kalau adik beradik susah mu kena tolong. mu adik beradik memang ada yang susah, ada yang senang. aku tau. aku kalau aku sakit, aku cakap kat ma mu jangan telefon kat anak2. tak nak susahkan anak2. aku tau kalau anak2 tau aku sakit, anak2 pakat nak cuti, nak balik tengok aku. mu yang paling jauh, aku sakit masuk spital baru ni aku tak bagi cakap, tapi mu sampai dulu. dah kena cuti 2-3 hari".

aku hanya diam.

"mu ingat berapa kali mu pernah beli kain baju kat aku?". aku mengeleng.

"aku tau anak2 tak pernah ingat sebab anak2 rasa kalau bagi kain baju, tu cuma kain baju. tu pada anak. pada aku, kain baju tu tanda anak2 ingat kat bapak dia. raya baru ni mu beli baju john master kat aku, size L. aku dah la makin kurus. sebab anak beli baju, punya la aku suka, aku gi kedai jahit cina di jerantut tu nak kecikkan baju tu. nak kecik dengan aunty mu, dia takut rosak baju. baju tu dah la harga dekat rm200, aku habis rm26.40 pergi kecikkan baju tu. suka aku pakai gi sembahyang raya. suka sengih aku sorang2 pakai baju mahal anak bagi. tapi bukan maksud aku suruh anak2 bagi kain baju mahal kat aku, kalau bagi kopiah harga rm2 pun aku pakai. Alhamdulillah, hak anak bagi ni makayah rasa suka pakai".

"dulu masa mu baru kerja, belum nikah, tiap2 bulan mu balik. dah mu menikah, anak keluarga sendiri, 2-3 bulan baru balik sekali, aku tak kata apa. mu dah ada tanggungjawab sendiri. kerja pun banyak, aku faham kalau anak2 tak boleh selalu balik. tapi sebagai bapa, aku pun teringat kat anak2 aku. kadang2 lepas sembahyang menangis aku teringat anak2. susah ke hidup anak2, senangke hidup anak2. aku tau, tak kan anak2 aku tak makan walau sehari. tapi kasih sayang bapa tu kuat. kalau anak2 balik, sukanya hati. kalau sakit rasa tak boleh bangun tu, tiba2 je rasa kebah. saje kuat semangat, nak berborak dengan anak2 dan cucu. tapi kalau anak2 balik kampung, tapi buat tak peduli kat aku, rasa kecik la hati aku. ingat balik nak tengok aku, tapi buat tak cara kat aku".

aku dah tak mampu angkat muka. rasa malu pada diri sendiri.

"masa anak2 nak balik rumah, rasa sedih je hati aku. bila la mu nak balik pulok. sempat ke nak jumpa lagi. tapi aku sedih jugak kadang2 dengan anak2 ni, dah balik rumah tu, bagitau la dah sampai rumah ke belum. aku sini tunggu la nak dengar khabar anak2 selamat sampai rumah ke tidak. ye la aku tau anak2 dah besar, dah pandai bawa diri. tapi aku ni masih bapak, selagi ada nyawa mu tu masih anak aku. aku risau kat anak2 aku. kalau dah selamat sampai tu, bagitaulah. tak nak telefon tu, sms lah. payah sangat nak tulis "dah selamat sampai rumah"? kadang2 sampai tengah malam aku dok tunggu2 anak2 telefon dah selamat sampai. kadang2 aku cakap dengan ma mu, emmmmm... dah sampai ke anak2 tu, senyap je tak de khabar berita. kadang2 tu saje cakap buat ambik hati, anak2 semua dah besar, dah selamat sampai la tu. kalau ada apa2 hal, tentu dah ada orang telefon bagitau."

"aku pun tak faham anak2 ni, susah sangat ke nak telefon tanya khabar makayah. tak abis rm2 pun sekali telefon. aku pun bukan tak tanya apa, dapat dengar suara anak2 dah syukur alhamdulillah. lama2 sekali tak jumpa anak2, tak dengar suara anak2; terasa sebak je. nak tidur pun tak boleh. tu yang kadang2 aku pulak yang suruh ma mu telefon. saje nak dengar suara anak2".

aku masih bungkam. tak mampu berkata apa2 sebab apa yang dikatakan memang benar belaka.

"mu ingatlah kata aku ni, mu pesanlah kat adik beradik mu yang lain. aku tak pernah bezakan kasih sayang pada anak2. semua anak aku sayang. aku tau mu kadang2 kecik hati, nak marah ke adik beradik lain, aku marah ke mu. mu kena ingat mu tu anak lelaki paling tua, selepas aku, mu lah yang kena tengok adik beradik mu. aku bukan hidup menongkat langit, suatu hari aku akan mati, kalau mu adik beradik rasa ingat kat aku, bacalah doa. kalau mu ada duit lebih, buatlah tahlil. tahlil ni aku tengok dah lama mu tak buat, buatlah. itu amalan kita pada yang mati. doa jangan kedekut, doa ni biar sampai semua. pakat adik beradik, buat tahlil kat arwah mami mu tu. tahlil ni bukan untuk seorang, buat sekali untuk arwah tok nenek, arwah tok tua mu dan semua muslimin dan muslimat yang dah mati".

"cukuplah anak2 tau, walau aku tak pernah tunjuk macam mana aku sayang kat anak2 aku; macam mana mu sayang kat anak2 mu, macam tu lah aku sayang kat anak2 aku. walaupun anak2 dah besar, aku tetap sayang anak2 aku sampai aku mati".

17 comments:

Lovely Kitchen said...

kasih sayang sejati ibubapa kita memang tak dapat kita nak balas...elok juga ur father tegur mcm tu, sekurangnya mengingatkan apa yang kita terlupa...

alamanda said...

alahai, terharu nye baca crite ni.

marinahunny said...

kasih sayang seorang bapa..

selamat hari bapa buat anda..

Aimi dan Pakcik Hashim said...

sedih siot

Cik Miera said...

sedih nya... huhu.. betul la.. kasih sayang ibu bapa la yang paling sejati.

selamat hari bapa buat anda.

zonaku said...

mohon izin nk guna entry ni yer...


selamat hari bapa!

missSenget said...

teringat kt mak pak...

walau diorang kt ruang tamu depan ni ja...

izman said...

lovely kitchen :
setuju dgn ko e-na, teguran ibubapa tu penting. ye, sebagai manusia mmg aku pun sering lalai.

izman said...

marinahunny :
kasih bapa sepanjang masa.

terima kasih.

izman said...

aimi dan pakcik hashim :
sedih??? aku dah tahap hiba dan bersalah.

izman said...

cik miera :
ye, kasih ibubapa lebih agung dari kasih2 yang lain.

terima kasih atas ucapan dan kerana bertandang disini.

izman said...

zonaku :
kalau mahu, silakan.

terima kasih atas ucapan.

izman said...

misssenget :
ha.ha.ha... ingat tu tak perlu bila berjauhan, kalau dekat lagi bagus. peluk cium mereka selalu.

miss cloudy said...

serious sgt touching...

izman said...

miss cloudy :
terima kasih kerana datang melawat dan meminatnya. harap memberi sedikit manfaat.

jieghah said...

Salam. Mohon guna kisah ini sebagai tauladan adik2 dan rakan2 saya. terima kasih.

Selamat hari bapa!!!

izman said...

jieghah :
ambiklah, dibenarkan. terima kasih kerana nampak pengajaran disebaliknya.