Tuesday, February 24, 2015

CHAR KUEY TEOW BABA

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Ini saje nak update dlm blog. 

saya adalah penggemar nasi lemak, nasi ayam, char kuew teow, chicken chop, roti telur dan sebagainya. jadi bila ada yang seru bgtau ada tempat yg sedap, saya akan cuba menghadirkan diri merasanya sendiri.

pada 30/1/2015 yang lepas, saya sekeluarga telah berkesempatan untuk ke sebuah gerai char kuey teow yang terletak di kampung jawa, klang.

ia semasa itu menjadi sangat viral di hmlive. siasat punya siasat, ia adalah kepunyaan rakan saya di pertubuhan kebajikan AMALTEAM (www.facebook.com/amalteam ). chef mohd nor yazid dan isterinya puan rina adalah tulang belakang kepada keenakan char kuey teow ini.

biarpun semasa itu hujan lebat, parking agak jauh, kami sekeluarga gigih ingin mencuba.

isteri saya agak skeptikal pada mulanya kerana dalam jadual kesedapan char kuew teow saya cuma ada di meru dan di taman pendamar indah 1. yg lain tak berapa nak sedap.

alhamdulillah, saya cuba char kuew teow tanpa saya menunjukkan diri kepada rakan saya itu. apa guna sedap jika dimulut saya seorang. 

mmm... saya rasa kuahnya. memang ada kelainan daripada resepi biasa. rasa sedikit berangin. adunannya melengkapi. saya kemudiannya mengwhatapps chef yazid yg saya tgh makan. beliau dan isteri kemudiannya mengalukan kedatangan kami dengan mesra, kebetulan hujan sangat lebat, pelanggan baru agak kurang, jadi beliau ada masa untuk menyantuni saya yg lebih leka makan dari berbual.

saya mengorek rahsia kuah. ini confirm bukan kuah yang dibeli ready pack kat internet atau tiru buku resepi biasa. dan saya agak terkejut apabila dimaklumkan bahawa ia turut mengandungi habbatus sauda dan rempah ratus yg istimewa. ia diperap sempurna. 

masih tidak berpuas hati, saya meminta chef yazid untuk menggoreng kuey teow goreng untuk saya. kalau char kuey teow sedap, adakah kuey teow goreng juga setanding?

Alhamdulillah, memang sedap jugak. abaikan apa yg isteri dan anak2 saya makan. saya secara peribadi mkn kedua resepi itu. err... bukan saya pelahap, kebetulan hari tu saya mmg tak makan tengahari (tolong percaya).

secara peribadi saya boleh katakan bahawa char kuey teow baba ini berbeza daripada char kuey teow kat pasar malam. ia memang terbaik dari segi rasa dan kuantitinya adalah agak banyak.

SANGAT PUAS HATI.

Waktu operasi:

1. Char Kueh Teow Baba, Lokasi di Kg. Jawa.....beroperasi dr pkul 7 mlm sehingga 12.30 tgh mlm.....tutup hanya pd hari Ahad mlm Isnin sahaja..... (ditutup sementara utk renovation. sehingga april 2015)

2. Char Kueh Teow Baba, lokasi di Jalan Y
adi Klang.....waktu operasi pkul 6 ptg sehingga 12.30 tgh mlm.....di tutup hnya pd hari Khamis mlm Jumaat......
CUTI UMUM TETAP DIBUKA !!!


3. Char Kueh Teow Baba, lokasi gerai no. 3, medan selera MPK, simpang 4 teluk pulai, klang. Buka 7pm-12 mlm. 




ini rupa char kuey teow yang aku makan hari tu.



ini pula gambar kuey teow goreng yang aku makan.



Rating : 8/10 (Char Kuey Teow)


info lanjut, sila hubungi:
CHEF MOHD NOR YAZID (019-3828994) call/sms/whatapps

No comments: