Thursday, February 26, 2015

ALI'S FRIED CHICKEN

Assalamulaikum & Salam Sejahtera.

Kebelakangan ini, fenomena kesedapan ayam goreng jepun jenama Ali's Fried Chicken menjadi-jadi. ia ada dijual di pasar2 malam, dan juga di gerai2 ditepi jalan atau kawasan perumahan.

Aku menjadi tertarik untuk mencubanya. oh... aku ke gerai di hadapan Pasaraya Speedmart 99 di kawasan Bandar Parklands  (Bukit Tinggi 3), Klang. 

Jadi, aku telah membeli seketul ayam. aku melihat proses menguli ayam mentah ke dalam rempah ratus, menggoreng dan kemudiannya menaburkan serbuk perasa.

Harga seketul RM6.50. agak mahal tapi apa salahnya mencuba.

mmm... pada aku, itulah kali pertama dan terakhir aku mencubanya. sedap memang sedap tapi... aku alah dengan serbuk perasa. aku pening. 

abaikan apa aku rasa sebab peminat ayam ni memang ramai, terutama di pasar2 malam. 

selamat mencuba.




2 comments:

samsudin taib said...

sdr izzi, komen mengenai pengkalan balak di mana ya? terima kasih

samsudintaib@gmail.com

izman said...

Tuan Samsudin taib:
tuan boleh search di kotak di penjuru kanan blog.

atau ikuti catatan lama ini:

http://izzi-income.blogspot.com/2012/02/konvoi-ke-pengkalan-balak-chalet-hajjah.html