Tuesday, January 19, 2016

The Food Bank @ Kota Damansara

The food bank @ ķota damansara.
Hari ni berjalan jauh sikit makan. Nak test kedai makan yang baharu dibuka berhampiran kompleks membeli belah the strands kota damansara.
Ia kedai makan berbilang gerai dengan deco yang simple, ala-ala makan bawah kolong pun ada. Aku suka sebab tak menyemak mata.
Aku cuba nasi daging bakar. Rm8.00 sahaja. Ia hidangan ringkas namun mencukupi. Rasanya?
Nasi kurmaknya tiada rasa apa-apa, dhal sayur campurnya agak cair, air asamnya tiada rasa pedas cili dan asam, dagingnya keras dan tidak 'juicy'. Namun bila diadun bersama dan dimakan bersama papadom yang masin, terasa nikmatnya.
Aku bagi 2/5 bintang. Tetapi aku pasti akan makan lagi nasi sederhana ini.

No comments: