Tuesday, January 26, 2016

Pergi Mekah Balik Hari



Pergi mekah balik hari.
Akibat kelaparan, aku keluar mencari kudapan. Memandangkan aku diet, aku beli rm1 goreng pisang.
Dapatlah 5 biji yang cukup comel, bersaiz standard pisang kotaraya iaitu 6cm ke 7cm. Alhamdulillah, muatan ini sesuai dengan perut aku ini.
Sambil membayar aku bergurau dengan berkata, "kalau meniaga macam ni, untunglah ye. Mesti boleh pergi haji balik hari yang sama".
Makcik itu membalas kataku dengan berkata, " harap begitulah. Tapi lepas baca facebook pagi tadi, rasanya esok kami dah nak bawa keluar semua duit dalam tabung. Takut duit habis jadi daun getah macam duit jepun".
Aku menasihati mereka agar tidak gopoh. Jangan kerana sekadar mendengar guruh dilangit, air ditempayah habis dicurahkan. Insyaalah, Tuhan sentiasa mendengar doa hambanya.

No comments: