Monday, January 18, 2016

Program Saringan Kesihatan Perkeso

Program saringan kesihatan Perkeso.
Rata-rata rakan HR kini sedang mengagihkan baucar pemeriksaan kesihatan, dan mamogram ( nota : wanita sahaja) untuk pekerja yang mencapai umur 40 tahun.
Aku sangat marah bila tahu ada pekerja yang ambil sambil lewa untuk dapatkan pemeriksaan dan bertangguh hingga di saat-saat akhir. Ia perbuatan sambil lewa ibarat melepas batok ditangga, dan akhirnya terlupa. Rugi!
Bagi pekerja yang terlalu teruja pula, mereka seringkali terlupa tentang persediaan sebelum proses saringan tersebut seperti berpuasa makan dan batin (nota : untuk mamogram).
Bagi kemudahan pekerja aku, sejak tahun 2014 lagi aku telah sediakan panduan ringkas untuk mereka ( nota : aku tidak ubah risalah sejak 2014, kecuali cadangan klinik).
Ramai yang takut terbukti sakit dengan enggan diperiksa kesihatan; ini salah. Sebaiknya kita periksa diri dan berubat sementara ia tidak sakit atau parah. Bak kata orang, mencegah lebih baik daripada merawat.

No comments: