Tuesday, January 19, 2016

Hajat Yang Tertangguh

Hajat Yang Tertangguh.
Aku baharu beberapa hari memasang semula aplikasi 'Mesengger' didalam handphone 3310 aku. bila disemak ada ribuan mesej sejak tahun 2013 yang tidak pernah dilihat dan dibalas. ada diantaranya bertanya mengenai kandungan blogku www.izzi-income.blogspot.com, mengenai kerjaya, peribadi, hobi, promosi pelbagai ubat dan skim cepat kaya, jejak sahabat, dan jawapan bagi persoalan yang pernah aku tanya di mesej sahabat dan peniaga online.
aduh!, bila membacanya, terasa juga sesalnya. sesal ada salam persahabatan tidak bersambut (kawan lama, lelaki), ada tawaran harga pembelian duit yang sangat murah tidak di'lock' mengikut masa padahal itulah item yang diidam-idam. apa nak buat, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian kena bayar cukai pendapatan (nota : ni bukan peribahasa melayu).
kepada sahabat-sahabat yang terasa hati dengan kebisuan aku melalui mesengger sebelum ini, ribuan ampun dipohon. segalanya diluar kawalan dan pengetahuan. jangan pula dianggap aku tidak jujur bermain kata di fb semata. lagipun tak mungkin aku memberakkan periuk nasi sendiri.
aku akan berusaha membaca kesemua mesej tersebut. ada yang akan ku balas, dipadam dan tidak dilayan. semuanya akan diperbetulkan. hendaklah kita berlapang dada dalam kes ini atas semangat salah makan dimuntahkan, salah tarik mengembalikan, salah langkah surut kembali.
semoganya.

No comments: