Thursday, January 21, 2016

Save Kedah

Save Kedah.
Sejak kelmarin, newsfeed fb berkisar mengenai gesaan kelompok majoriti agar PM memecat MB kedah, YB Mukhriz. pada aku ia hak berparti dan berdemokrasi. namun kuasa melantik dan memecat MB terletak pada PM sebagai ketua parti. Kuasa Sultan sebagai kuasa pemutus selalunya didokong oleh kuasa parti pemerintah.
aku tidak tau apa istimewanya ADUN Ayer Hitam, Jerlun ini selain dia anak Tun Dr.M. hebat sangatkah dia sehingga tidak boleh dipecat. sejarah umno lama bukan rahsia, rata-rata orang hebat akan dipecat atau keluar parti kerana pelbagai isu; sama ada terlalu ghairah mengejar jawatan, mengejar duit, mengejar belaian wanita muda bukan isteri atau sekadar tidak disukai atasan.
sejujurnya aku juga tidak pernah mendengar scandal mengenai YB MB kedah ini. tidak pernah! sahsiah yang dibentuk dan moral yang tingginya aku yakin dia seorang yang berhemah tinggi. aku juga yakin dengan karisma kepimpinannya dalam mentadbir negeri. dia MB yang mudah didekati rakyat dan digeruni seteru. namun apakan daya, teman separti pula mengistihar jihad melawannya.
biarpun aku bukan ahli umno, dan bukan juga ahli mana-mana parti, aku secara peribadi menyokong kepimpinan YB Mukhriz dalam memimpin kedah. mungkin kedah tidak mencanak pembangunannya, tetapi pembangunan insaniah tampak lebih terbela.
aku yakin PM kita sedang sakit kepala, kerana bila semua bergabung menentang satu, PM kitalah satu-satunya kuasa penentu. ia ibarat ditelan mati emak, diluah mati bapa. apatah lagi dengan kelantangan parti lawan yang semakin galak menggasak, nasib pemerintahan kerajaan sekarang umpama telur di hujung tanduk.
sebagai pengundi, kita tunggulah keputusannya dan gunakan kuasa undi kita kelak dengan berhemah.

No comments: