Friday, February 15, 2013

Restoran Selera Ramai Ikan Singgang, Kota Damansara

ok.... hari ni kite crita psl makan lagi.

tempat makan ni dah beberapa minggu lepas kot aku pergi bersama saiful dan hadi. cam biasa.... area dekat2 opis aku je. kami ke Restoran Selera Ramai Ikan Singgang.

ini antara menu tempah khas tengahari kami bertiga. emmm... ala kadar je sebab pukul 10am dah minum pagi.
1) Siakap singgang

 2) Kailan ikan masin

 3) Udang Celup tepung

 4) Ops.... ini sambal cili bagi udang celup tepung

 5) Nasi putih (mmm.... harum!)

6) Telur dadar

  7) Daging lembu masak kicap

8) Sambal belacan

Ini laicikang ais aku punya. untuk sejukkan panas badan.

Aku dan saiful sebelum upacara makan2 bermula.

secara keseluruhannya restoran ni memang menepati ciri2 kegemaran aku. ikan singgang dia memang terbaik! sebenarnya ikan2 biasa singgang ada.. tapi si saiful tu gatal nak cuba siakap singgang. masa makan sedap, tapi masa nak membayar terkedu jugak dia sekejab. nasib baik kira tong-tong. harga semua hidangan tu termasuk air tak mahal, hanya RM69.00 je. pada aku tak berapa mahal untuk hidangan yang sedap. lagipun 3 orang makan. 

kuah singgang dia just nice, tak masin sangat. teringat kuah ikan singgang nenek aku buat masa aku kecik2 dulu. rasa lagi kekampungannya. daging masak kicap even lain dari gambaran otak aku masa order, tapi masih ada rasa sedap. sambal belacan dia terbaik! nasi diapun harum. 

pada aku restoran ni patut dicuba untuk kaki2 makan yg se spesis dengan aku. alamat restoran ni :-


Restoran Selera Ramai Ikan Singgang
Jalan Sepah Puteri 5/1B
Pusat Dagangan Seri Utama
Pju 5, Kota Damansara
47810 Petaling Jaya, Selangor


Dikemaskini 07/3/14. RESTORAN INI TELAH DITUTUP.



3 comments:

JUK DIN said...

dah lama x makan ikan singgang. sdgkan masa kecik lauk ni la yg sy mkn sokmo...BTW blog sy dah berubah dari www.jukdin.com kpd jukdin.blogspot.com. Mohon update bloglist man..TQ.

izman said...

juk din :
dah update perubahan blog abang tu.

sukeikangsinggang said...

restoran ikan singgang pindah mana? tutup for good? ada contact dia?