Tuesday, February 19, 2013

Nasi Arab Ta'if, Kota Damansara

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

ok, kita makan lagi diruang siber ni. kali ni aku nak stori masa aku makan tak ingat diri di restoran arab. bukan arab padang pasir, ini arab malaysia lah.

secara jujur inilah kali pertama aku makan makanan arab. kebab, roti bagdad yang boleh beli kat pasar malam tu jangan ceritalah beb. kang aku marah pulak.

ok, cam biasa, dah duduk kota damansara ni aku suka cari2 tempat makan istimewa. so, aku ternampak restoran nasi arab ta'if berhampiran pasaraya besar giant kota damansara. ala restoran ni berdepan dengan pintu masuk giant tu je. giant masuk belah kanan, restoran ni masuk belah kiri.



punya la jakun aku dan saiful sebab tak pernah makan kat restoran makanan arab, sampai nak order menda pun tak reti. kalau takat melayu, mamak, siam, jepun, korea, cina tu setakat celah gigi aku je (cis riak!). so, belek2 je la menu tu. setelah sesi tanya tanpa jawapan pasti dari waiter yg confirm bukan orang arab, aku rasa cam vietnam atau myanmar je. cakap melayu tak reti, cakap arab tak pandai, cakap inggeris pun lintang pukang. akhirnya aku order lamb kabsa. si saiful order nasi mandi.

untuk air..... lama betul nak pilih. last2 aku tanya ada brader melayu kat sebelah yg kebetulan minum air botol jenama barbican. dia kata sangat sedap. aku dan saiful cuba barbican apple. air berkarbonat tanpa alkohol ni mula2 minum cam sakit tekak sikit. tapi lama2 rasa sedap jugak. tak rugi la cuba.


taraaa...... inilah rupanya hidangan yg aku ambik. nasi lamb kabsa dan air botol barbican apple.
nasi lamb kabsa ni sedap. even kuah dan sambal2 dia aku rasa tak selera sangat, aku menikmati nasi dan kambing dicicah sos disediakan. nasi memang sedap dan banyak. rasa nak pecah perut aku. tapi yang pelik, si saiful siap nak tambah lagi sepinggan, memang spesis bela hantu raya betul dia tu.


secara keseluruhannya, ia destinasi selera yang wajib dicuba. lain kali aku nak cuba nasi mandi pulak. kambing aku nk 2 ketul. sedap siot kambing dia, enaknya dimakan begitu saja.

sebenarnya saiful, hadi dan beberapa kawan dah banyak kali usha2 ajak ke restoran ni lagi, tapi aku saje jual mahal. sebenarnya harganya mahal jugak. untuk hidangan lamb kabsa dan air barbican tu, harganya RM24.00. sebab ia sedap, ia memang berbaloi. 

alamat restoran:-

RESTORAN NASI ARAB TA'IF
43 Jalan PJU5/20E
The Strand, Kota Damansara
47820 Petaling Jaya, Selangor
012-2196725 (Yahya)
www.facebook.com/nasiarabtaif



4 comments:

JUK DIN said...

terasa nak masuk restoran arab di tanah merah ni tp tengok pd harganya mahal la...KIV dulu...

izman said...

Juk Din :
mmg rata2 makanan arab ni mahal sikit bang. tapi kali pertama makan tu rasa sedap gak la. err.... sekali sekala ok la.

Jabalnur said...

Alaa...kalau Mc D, KFC, Kenny Rogers tak der nak komplen mahal..mentang2 benda tu asal dari asia terus komplen.

Merdakanlah minda anda kalian dari penjahahan barat....

izman said...

Jabalnur:
kamu patut balik mengaji, blog tentang Islam tapi pemikiran macam jahiliah.
cuba masuk blog orang lain bagi salam, pastu tegur secara berhemah. tang mana aku komplen psl makanan arab ni. mahal mmg mahal, tapi aku tulis ia berbaloi.
bersihkan minda anda tu dulu.