Monday, February 18, 2013

Dapur Lelaki : Jem Roselle

bunyi cam hebat je dapur lelaki ni. sebenarnya aku saje nak buat kelainan sikit. biasa kaum pompuan je publish resepi berbagai, kali ni aku nak tunjuk jugak bahawa lelaki pun ada pandai memasak.

heh.... nak kata pandai masak, memang takat2 boleh masak je sebenarnya aku ni. tapi takde la keras cam kayu atau buta kayu bab2 masak. aku kecik2 dulu rajin jugak tolong nenek aku masak.

oklah, aku nak kongsi resepi yang paling aku suka masak dan makan iaitu "JEM ROSELLE".

apa tu roselle? aduyai.... cam kelas budak 2 anggur la pulak nk cerita sejarah buah roselle ni. buah roselle ni biasanya orang kampung panggil buah rebina atau buah asam kumbang. nak tau lanjut, korang gooooglee.....

oh ya, sebenarnya ada banyak resepi jem roselle yg biasa aku buat termasuk yg menggunakan perahan air asam limau nipis, lemon, gula melaka, gula batu, dan sebagainya. untuk tidak menampak sangat aku ni hebat, aku buat resepi jem roselle yg paling ringkas. aku buat ketika aku malas. kalau aku terlebih rajin, aku buat kordial roselle dan jem roselle dalam satu masa, 2 in 1. tu lain kalilah aku stori ye.

mari kita kembali ke jalan yg benar untuk buat jem roselle ni.

bahan2 jem roselle:
1) 46 biji buah roselle (sebab kat pokok aku petik 46 biji je ada)
2) gula 27 sudu makan (9 sudip)
3) air secawan

cara2:
utk dapatkan buah roselle, anda kena ada pokok roselle. atau setidak2nya ada duit untuk beli buah roselle di pasaraya. murah je... dlm rm4-6/kg. kat pasaraya NSK taman sentosa selalu ada jual.

ini buah yg baru dipetik. muah... terbaik dari ladang. ini aku tanam dalam pasu bunga depan rumah je. kang aku tunjuk kebun belakang rumah, dalam pagar jiran dan sebagainya, lagi korang terkejut. utk kali ni, 46 biji je berjaya dipetik.

 buah yg fresh tu dikupas. ambil bahagian yg merah2 tu. biji dia jangan ambik pulak. ada yg kata biji tu elok blend sekali untuk ubati sembelit, tp aku tak pernah cuba la. biji tu jangan buang, jemur kering dan boleh dijadikan biji benih. sape nak benih roselle sms aku, tapi bagilah duit pos dan duit minyak kereta ke pejabat pos sekali ye. asyik nak free je, tokey getah pun jual kayu getah.

sebab aku malas, aku blend je. opss.... sebelum tu kena la basuh bersih2 dulu. toskan dan barulah boleh diblenderkan (ayat ingeeris dimelayukan ni). nak blend tu tak reti2 nak masukkan air dulu ke. 

 
ini rupanya buah roselle yg siap diblend. aku saje bagi blend halus sebab nak jimatkan masa memasak. kalau aku rajin biasanya aku rebus tanpa blend. dalam 30 minit lebih la aku mengacaunya atas dapur. nak masak tu kenalah letakkan dalam periuk cik kiah oi.... kalau korang nak wangi, letaklah daun pandan sikit masa memasak ni. aku tak suka, tu yg tak letak. bau masam manis ori ni yg aku suka.

dalam air yg sederhana besar, biarkan ia menggelegak. pastu masukkan gula sedikit demi sedikit dan kacau. sambil2 tu rasalah masakan anda tu. kalau anda suka masam, jangan letak gula banyak sangat. merah tu warna semula jadi, jangan campur apa2 pewarna. dalam 10 minit je dah boleh tutup api dapur tu. kalau anda tak suka gula biasa, boleh pakai brown sugar, gula batu atau gula melaka. aku suka letak gula melaka, tapi episod ni aku tak letak sebab gula melaka bini aku cakap dah abis, aku belum beli. 

inilah rupanya jem roselle hasil tangan aku tu. sebenarnya lepas masak tu biarlah ia sejuk dalam periuk. pastu dalam 1 jam masukkan kedalam botol dan simpan dalam peti. kebiasaannya, ia boleh tahan sampai sebulan. err... tapi untuk keluarga aku memang tahan tak sampai seminggu la sebab semua anak2 aku suka makan, terutama anak pompuan aku si pika tu. jem ni sapu kat roti, pergh! sedap bangat tu!

camaner resepi dan penerangan aku? kalau korang tak faham nasiblah.....

selamat mencuba.

2 comments:

NURUL YAHYA said...

Salam.kalau sy hendak beli secara borong bunga roselle boleh untuk projek tahun akhir sy .sy di Melaka.
0173828477

izman said...

Nurul Yahya,
buah roselle ada jual di sesetengah pasaraya spt NSK.

kalau nk guna hujung tahun dn ada kwsn tanah, boleh tanam sendiri. ia cukup senang tumbuh dan dijaga.

cuma beri saya duit pos, saya hantar benihnya.

012-2713260 (izman)