Monday, December 6, 2010

Jom Ke Zoo Negara

cuti sekolah dah mula, ibubapa sibuk membawa anak2 pergi bercuti. aku? masih berfikir dan merancang. kelengkapan sekolah untuk anak sulung aku yg akan masuk darjah satu tahun depan masih belum diberesin. hanya baru beli kasut sekolah. pada aku tak kalut mana, asal uang ada di kecek, bila2 boleh beli (alasan!).

since plan bercuti entah bila nak jadi, masa lepak ngan anak2 hari ahad (5/12/2010), anak2 ajak ke 'zoo negara'. menarik gak tu, dekat aje dan kos pun ciput. so, jom ke zoo negara.

perjalanan sebenarnya dlam 30 minit je dari rumah aku. tapi since ada road block kat hiwaay kesas, ia menjadi sejam lebih. entah kenapa roadblock aku tak pasti, tapi dengar2 kata sebab nak elak perhimpunan di Istana Negara yg dianjurkan oleh kerajaan pakatan rakyat selangor.

sampai zoo negara, mak aikk.... ramainya kereta dan orang. terpaksalah parking kat parking B yang agak jauh. tapi maasuk entrance belakang la, so, tak le jauh mane. harga tiket masuk untuk dewasa ialah RM 20.00 seorang. kanak-kanak antara umur 3 hingga 12 tahun harganya RM6.00 seorang. mahal? oklah tu, binatang tu semua perlu diberi makanan. harga tu berbaloi untuk tengok haiwan yang betul2 haiwan. kalau takat nak tengok manusia bertopengkan haiwan, bersepah. ia ada disekeliling kita. ala jenis manusia yang jatuhkan kawan untuk naik pangkat, tebar fitnah untuk mencari jodoh, membuang anak hasil hubungan haram dan sebagainya.

anak2 seronok betul. ini kali kedua bagi luqman dan pika. untuk amira, ini kali pertama. kami skip pertunjukan haiwan sebab orag terlalu ramai, dan sebab pernah lihat sebelumnya. sama je. pengalaman pergi tahun sebelumnya mengajar kami membawa bekal dan membeli makanan di luar zoo negara. dalam zoo harganya sangat mahal. kalau sedap oklah, tapi.......

anak2 keletah bertanya itu dan ini masa melihat binatang, sebagai ayah aku kenalah sabar melayannya. melihat anak2 yang gembira, kami turut gembira. pika evan pompuan sangat berani berbanding abangnya. si abang? nak dekat dengan gajah dan zirafah pun takut.

kali ni tak naik pun tram, kami jelajah semua tempat dengan berjalan kaki je. oklah exercise sikit.




banyak sebenarnya gambar yg diambil, tapi maleh nak upload. ini antara yang rajin untuk diuploadkan. kalau korang nak tengok binatang seperti musang lamri, siamang, unta, penguin, ikan, burung, serangga dan sebagainya, silalah berkunjung ke zoo negara.

2 comments:

Mak Su said...

teringat memori zoo negara, lepas maksu berjalan ke zoo negara, kakak maksu meninggal. sebelum pergi tu, sempat singgah rumah dia dan bertanya kabar, arwah muram jer....

manislolilpop said...

Ingat zoo je teringat segala keletihan mengejar anak yang asyik nak berlari je. Tapi yg tak tahan excited 10 minit je lps tu dia boleh buat tak layan dgn binatang lain.hihihihi