Sunday, December 12, 2010

Kupas Pisang Macam Monyet ???

hari sabtu dan ahad adalah hari dimana aku boleh memerhati anak2 membesar dihadapan mata seharian. hari2 lain bukan tak tengok, tapi masa sekejab sangat. pagi aku dipejabat, anak2 pula disekolah atau dirumah. jadi, sabtu dan ahad adalah hari2 anak2 membesar di depan mata. bagi anak2 pula, hari sabtu dan ahad adalah hari ayah mereka memerhati gelagat dan kelakuan mereka. menjerit kuat salah. main tumbuk2 salah. tak baca buku salah. main sepanjang hari salah. tengok tivi sepanjang hari salah. tak mandi salah.

heh... kita semua pernah jadi kanak2 suatu masa dulu, dan bukan kita nak dera mereka. semua ibubapa nak kan anak2 mereka berjaya, berbudi bahasa, taat kepada Allah dan Rasul, mematuhi ibubapa dan sebagainya.

bercerita pasal kita yang pernah jadi kanak2, ada juga kelakuan kita yang sebenarnya dicerminkan oleh perangai anak2. ala, orang tua2 pernah kata bahawa 'tak kemana kuah kalau tak ke nasi'. maksud dia, sedikit sebanyak perangai ibubapa akan diwarisi oleh anak2. akupun bukan baik mana, dan aku harap anak2 aku mewarisi sifat aku yang baik2 aje. perangai anak ni kadang2 buat kita marah pun ada. contohnya anak aku luqman hakim. tak padan dengan lelaki, dah 6 tahun dah, tapi merajuknya..... masyaallah. penakutnya,...... lagi masyaallah. kadang2 bila balik kampung aku ada jugak cerita dengan ayah dan kakak aku. jawapan mereka? perangai aku lagi teruk dari luqman.

ok, dah lupakan pasal perangai aku kecik2 dulu (aku tak percaya aku kecik2 dulu perangai macam tu).

dalam melihat anak2 membesar, aku suka memerhatikan anak2 bermain, bergurau, bertengkar, makan, belajar dan lain2 sesama mereka. kadang2 kelakuan mereka itu mengingatkan aku pada kisah zaman aku kecil2 dulu.

contoh? petang tadi, sambil lepak2 baca gila-gila disember 2010 yang baru aku beli, aku diam2 perhati anak2 aku makan pisang. luqman dan pika memang kupas kulit pisang sendiri. mira, kenalah aku mengupasnya. mereka kupas pisang sebanyak 4 belahan.

apa kena mengena kupas kulit pisang dengan kisah aku kecik? kecik2 dulu masa aku tinggal di kampung damak, pisang adalah makanan paling senang didapati. ayah aku ada kedai runcit, kadang2 ada jual pisang masak orang2 kampung. didepan rumah aku di pekan sari damak memang ada kebun pisang. heh.... aku masih ingat, kebun pisang pok man misai tu dah jadi makan kebun aku dan kawan2. aku, fazli pok wel, mak duk, dan beberapa orang budak lagi suka sangat kekebun pisang pok man misai. macam2 pisang ada, semuanya fresh atas pokok. rasa berkenan pisang yang mana, kami pakat ramai2 tarik pelepah pisang tu sampai tumbang. dah tumbang, pakat makan ramai.

apa kaitan dengan anak kupas kulit pisang 4 belahan? woi samdol, biarlah aku habis cerita sendiri.

persamaannya ialah kami tak akan sesekali kupas kulit pisang dengan 3 belahan. sebab?
sebabnya ialah masa kecik2 dulu, budak2 damak sepakat menyatakan bahawa sape yang kupas pisang 3 belahan, dia keturunan monyet. mengikut ceritanya, hanya monyet yang makan pisang dengan mengupas sebanyak 3 bahagian kulit. so, dari pengalaman aku masa kecik2, aku pernah cerita kat anak2 masa makan pisang bahawa siapa makan pisang kupas 3 bahagian, dia keturunan monyet. semua anak2 ingat bahawa tak boleh kupas kulit jadi 3 helaian.

jadi, lain kali kalau ada kawan2 yang makan pisang, korang diam2 tengok cara dia kupas kulitnya. kalau diorang belah 3 helaian, jaga2, species monyet tu (kuang.kuang.kuang). manusia normal akan belah 2 atau 4 helaian. tapi, kalau jenis tak belah tapi makan terus dengan kulit2, atau belah kecik2 sampai berbelas2 helaian, baik korang lari. itu bukan species monyet lagi, itu species baboon.


izzi note :
cerita ni sekadar pengalaman hidup. sama ada korang makan pisang belah berapapun, korang punya pasal. kita manusia bukan setaraf monyet seperti didakwa dalam teori darwin. darwin sorang je keturunan monyet.

4 comments:

jejakalkindi said...

hehe....patutlah kadang2 aku tengok monyet dok perati cara aku kupas pisang....ada cerita di sebaliknya..

mokjadeandell said...

Cik Izman
Seronok dan bertuah badan andai masa kecil penuh kegirangan..andai sebaliknya menjadi igauan.
Sometimes seseorang tu bukan nak abuse anak atau terlalu garang,tapi cara dia dibesarkan memberi pengaruh dalam hidupnya.
An abused child would probably be abusive himself.
Seen that.been that.

Insan Marhaen said...

tapi memang ada pisang yang tak boleh kupas dengan 4 belahan melainkan 3 jer..

SUZIE APAI said...

aku pun di hantui dgn perkara ni ms kecik2 dulu. Pisang feberet aku...aku mesti kupas dan buang terus kulit nyer dan makan..spya tak der org nk nilai spesis aper...hahahhah